News Update :
Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Mencaci untuk membuktikan keimanan, Benar kah?

July 26, 2010

Salam,
Sekadar pendapat seorang mualaf yang tidak arif tentang al-Quran dan tidak pula memahami  bahasa Arab. Mengenali agama Islam cuma melalui falsafah Islam dalam buku bahasa Inggeris, dan membaca kisah hidup Nabi Muhammad s.a.w yang ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia.

Namun beberapa keadaan 'setempat' telah menimbulkan persoalan buat saya secara peribadi. tentang kecenderungan mencaci, memaki hamun dan memburukkan individu tertentu secara khusus. Kononnya semua itu demi Islam yang suci dan membuktikan keimanan diri.

Seolah semakin tumbuh kelompok yang gemar mencaci maki pihak lain dengan gelaran buruk seperti; beruk  dan sebagainya. Mereka beranggapan itulah bukti mereka lebih beriman berbanding orang lain. Benarkah itu tanda keimanan dan keislaman?

Malah kelompok ini menganggap cacian serta hasutan mereka adalah jihad yang suci. Persoalannya, perlukah umat Islam saling mencaci, menghina, memfitnah dan merendah-rendahkan orang lain? Demi membuktikan kita lebih beriman dan lebih Islamic.

Dalam menyedari pengetahuan saya yang amat rendah, tapi saya penuh yakin agama melarang percaya pada cerita yang tidak jelas dan berunsur  fitnah. Apalagi mencaci dan menghasut orang lain atas suatu perkara yang tidak jelas pula. Apakah ini ajaran baru?

Ironisnya agama terus dijadikan kuda tunggangan, dan ayat-ayat suci al-Quran dijadikan topeng perjuangan bagi mereka yang gila kuasa. Tujuan kelompok ini cuma satu, iaitu ingin berkuasa. Maka timbullah ‘sabda-sabda’ tersendiri untuk ‘menghalalkan cara’ demi mencapai kerusi dunia.

Dalam hidup bermasyarakat, elok juga kita renung sebentar; Paderi Kristian, Sami Buddha atau Pendeta Hindu semuanya focus kepada agama dan kebajikan kaum seumat mereka. Tidak pernah mereka sibuk mencaci disana-sini, memfitnah sesama sendiri atau menghasut orang lain untuk membuktikan mereka lebih beriman. 

Sepertimana dalam agama Islam, Agama lain juga percaya setiap agama mempunyai prinsip moral. Namun kelompok Islam ini menganggap moral sebagai suatu yang kuno atau seperti katak bawah tempurung . Setiap cacian mereka adalah Jihad, setiap fitnah dan hasutan mereka juga Jihad yang menjanjikan syurga.

Jika dicermin dari sikap kelompok tersebut, orang lain akan berkata; "Jelas sekali agama Islam itu bukan untuk orang biasa, tapi untuk orang yang gila kuasa..."


Benarkah Islam agama yang "mudah"?. Dengan mencaci dan memfitnah saja boleh meluruskan jalan ke syurga. Kenapa pula hubungan dengan Tuhan ditentukan oleh mereka...

Justeru jika benar memcaci membuktikan keimanan, apakah Islam mampu menjadi agama yang menarik dimata dan hati orang lain (?).

p/s: ditulis sewaktu berbaring diatas pohon sagu, sambil makan buah jambu...

Mentaliti Subsidi dan Tongkat Sakti

July 22, 2010

Santai sejenak..
Sekali lagi rakyat Malaysia mulai berbahas sesama sendiri tentang kenaikan beberapa harga barang, seperti gula, minyak dan gas (LPG). Semua itu bermula dengan tindakan kerajaan untuk mengurangkan beban subsidi yang dikatakan berlebihan.

Lebih penting, penjimatan subsidi secara berperingkat akan mampu memberi imbangan yang positif terhadap defisit belanjawan dan difisit akaun semasa yang tidak kondusif untuk pertumbuhan ekonomi macro diwaktu mendatang.

Dari perspektif macro, kebijaksanaan pemerintah Indonesia dan pengorbanan rakyatnya adalah contoh terbaik bagaimana subsidi dikurangkan secara berperingkat. Meskipun dengan pertumbuhan yang sederhana dan perlahan, tapi itulah momentun kebangkitan ekonomi yang sangat meyakinkan dirantau ini.

Jangan lupa mengamati momentum kemelesetan yang mulai bergerak di beberapa negara eropah. Malaysia sebagai entiti ekonomi yang sangat bergantung pada pasang-surut ekonomi dunia, memang sewajarnya mengambil langkah awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Atau setidaknya, melaksanakan reformasi pemulihan terhadap jentera micro yang kurang agresif.

Mentaliti Subsidi
Keseluruhan nilai penjimatan subsidi oleh kerajaan adalah kecil berbanding beban defisit akaun semasa yang semakin melebar. Kesan pengurangan subsidi juga dijangka minima, jika tidak terdapat manipulasi oleh peniaga.

Namun kenaikan harga gula, petrol dan LPG telah membuat segelintir rakyat Malaysia terpancing emosi dan terbakar janggut. Semua itu kerana rakyat Malaysia memang tidak mampu melihat ekonomi tanpa sentiment politik, atau mungkin memang tidak tahu tentang proses ekonomi dalam sesebuah negara.

Malah seolah-olah, rakyat Malaysia beranggapan ekonomi negara sentiasa mencurah-curah dan mengalir serta datang melimpah seperti air. Maka tidak hairan, jika ditengah-tengah keadaan ekonomi yang lemah. ada pihak  meminta subsidi, kenaikan gaji, bonus atau tunjangan tertentu.

Di Malaysia, pemerintah bukan sahaja mengawal dan memberi subsidi pada harga barang seperti petrol, LPG, minyak masak, tepung, ayam dan lain-lainnya. Malah harga ‘telur’ pun kerajaan terpaksa ‘control’ supaya rakyat Malaysia mampu membeli telur.

Mungkin inilah yang ‘menelurkan’ mentaliti subsidi yang keterlaluan. Anehnya, dalam kehidupan yang sangat bergantung pada bantuan dan subsidi kerajaan. Masih ada juga rakyat yang angkuh dan gemar mendabik dada.

Tongkat Sakti
Orang luar juga pasti tahu, rakyat Malaysia nampak megah dan tegak berdiri kerana ‘tongkat sakti’ dari pemerintah.

Di Singapore dan Thailand. ekonomi mereka banyak digerak oleh inisiatif rakyat dan pihak swasta. sedangkan di Malaysia, rakyat dan pihak swasta terus bergantung dan menunggu insentif dari kerajaan.

Dengan mentaliti subsidi dan tongkat sakti, berapa ramai rakyat Malaysia yang masuk Universiti atas dasar meritokrasi? Mereka mungkin lebih mengenali ‘kouta kronisme dan terus berjuang untuk itu. Kerana ‘isme’ itulah yang menjadi talian hayat agar bangsa melayu/bumiputra mampu berdiri dan bersaing dengan bangsa Cina dan India.

Tanpa tongkat dari pemerintah, mereka bukan sahaja tidak mampu berdiri. malah akan mengemis dibumi sendiri.

Ramai juga teman-teman saya diluar negara mengatakan; “bukanlah suatu yang istimewa di Malaysia, jika anak seorang petani miskin, nelayan atau driver teksi mampu belajar ke Amerika, UK, Canada, Australia atau New Zealand …”. semua itu kerana tongkat sakti yang diberikan oleh kerajaan.

Ada juga yang berkata; "hidup warga Malaysia kelihatan lebih mudah dan senang mendapat apa yang mereka mahu..." Mengapa tidak, dengan kos sara hidup di Malaysia yang relatif rendah, biaya pendidikan dan kesihatan yang murah kerana subsidi kerajaan. Ditambah lagi dengan tongkat sakti, maka semuanya nampak lebih senang dan lebih mudah berbanding rakyat lain di negara serantau.

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia lebih peka tentang sepak terajang ekonomi? berbanding rakyat   Singapore atau Thailand.

Sedangkan di Malaysia, setiap kali masalah ekonomi melanda negara. rakyat mulai meminta kenaikan gaji dan bonus sambil memaki hamun kerajaan yang memerintah. Jauh sekali untuk membicarakan soal ekonomi dengan bijak.

Kerana orang Malaysia cuma ada satu kecenderungan saja, iaitu poltik. Maka semuanya dilihat dari satu sudut pandang dan sentiment politik.

Seorang sahabat blogger di Australia pernah berkata, “orang Malaysia cenderung berpolitik sepanjang masa, makanya kurang ketrampilan dalam hal lain…”.

Lebih dari itu, Apakah subsidi dan tongkat sakti telah melemahkan daya fikir orang Malaysia? Atau memang, mentaliti subsidi dan tongkat sakti telah melahirkan generasi yang moron dan goblok?

Di sisi lain, seolah terbukti  sikap “moron dan goblok” memang wujud dikalangan rakyat Malaysia. mereka mulai angkuh dan bangga dengan menggerakkan segala provokasi dalam masyarakat. Berbagai hasutan, sentiment kebencian dan perkauman telah dianjurkan keseluruh negara termasuk di 2 negeri autonomi Sabah dan Sarawak. yang dihuni lebih 30 etnik.

Peristiwa 1969, mungkin akan berulang dengan lebih dahsyat. Inilah bom waktu  yang mereka lontarkan untuk kemusnahan negara Malaysia…

Semakin jelas, Mentaliti subsidi dan tongkat sakti telah mewujudkan kelompok rakyat yang moron dan goblok. hingga sanggup menganjurkan kemusnahan negara untuk kepentingan peribadi.


p/s: sekadar pendapat orang kampung yang tinggal diatas pohon sagu.

Boikot Produk Kita !

July 3, 2010

Sebelum ini seluruh negara meriah dengan gesaan boikot produk Israel dan Amerika, atau apa saja yang berkaitan dengan negara tersebut. Semua suara itu dengan sendirinya telah tenggelam entah dimana.

Mungkin menyedari usaha boikot tersebut tidak menghasilkan apa-apa, dan tidak juga mengubah atau mengurangkan kebejatan yang ada.

Bagaimana pula suasana dalam negara kita, apakah tidak ada kejahatan yang harus kita boikot?

Dalam kita berteriak jauh ke luar sana, jangan lupa memboikot kebejatan atau kejahatan yang sedang tumbuh dan berkembang di dalam negara sendiri.

Mungkin inilah produk kita, yang tumbuh dari tangan dan jiwa raga kita sendiri. Perlu juga kita akui, kerajaan maupun pemerintah tidak pernah beri lesen atau keizinan untuk produk-produk ini.

Inilah Produk Kita:

1. Pembunuhan dan pembuangan bayi semakin berleluasa
Bagi masyarakat Islam Malaysia, tidakkah kita malu? Masyarakat agama lain jarang lakukannya. jangan asyik 'cover up'.

2. Mat Rempit atau Lumba Haram.
Dalam masyarakat yang ‘monkey see, monkey do’, aktiviti ini tidak akan dapat dihentikan dengan filem atau drama tv. Malah menambah keinginan untuk mencuba. sebabnya cuma satu, kita adalah  monkey see, monkey do!

3. Dadah, Pil khayal dan Kegemaran menghisap ganja.
Banyak juga orang kita yang cuba jadi usahawan kecil dan sederhana dalam bidang ini. Bila sudah tertangkap, mulalah meminjam sandiwara lama yang berjudul “aku sekadar manusia biasa” dengan wajah yang simpatik.

4. Jenayah Ragut dijalanan.
Ini bukan sahaja mengancam keselamatan orang awan, tetapi juga pelancong asing. Jangan sampai negara kita dianggap destinasi yang menakutkan.

5. Seks bebas
Mereka kata ini tanda kita sudah open minded, benarkah? Sedangkan ‘open minded’ tidak ada kaitan secara specifik dengan seks, tapi lebih kepada soal pengetahuan dan ilmuan. atau mungkin, kita memang sudah tolol...

6. Video Seks 3gp
Setiap hari, seolah ada saja yang mahu buat koleksi peribadi untuk kenangan hari tua. Mungkin kerana keinginan untuk jadi seorang pelakon filem atau Celebrity TV yang belum tercapai. akhirnya tercapai juga hasrat tersebut sebagai artis di layar Handphone dengan versi Bluetooth....yang penting, Bluetooth!

Bagaimana, Ada sesiapa mahu berdemontrasi memboikot produk diatas? Pasti tidak, takut nanti malu sendiri . atau kembali saja ke alasan klasik "kita hanyalah insan biasa, yang tidak berdaya". tapi sangat berdaya  saing dalam hal-hal yang salah.

p/s: Selamat istirahat dihujung minggu buat teman-teman. 

Sarawak RWMF 2010 | Rainforest World Music Festival

July 2, 2010

Salam promosi...haha

Rainforest World Music Festival adalah festival unik, yang mengumpulkan para pemuzik terkenal dari seluruh benua di dunia  dan juga pulau borneo.

Penyertaan dan kehadiran pengunjung dari seluruh dunia telah memeriahkan festival ini setiap tahun. RWMF yang berlangsung di Sarawak Culture Village, Pada tahun ini dijadualkan bermula pada 9 hingga 11 July, 2010. informasi lanjut, sila klik di SINI

Festival  RWMF telah berjaya dianjurkan selama 13 tahun, dan tahun ini (2010) adalah edisi yang ke 13. Rainforest World Music Festival di Sarawak juga telah diktiraf sebagai Top 10 World Music Festival oleh the World Music Expo (WOMEX), Aseanta Award of Excellence 2009 dan telah mendapat anugerah UNESCO pada tahun 2007.

RAINFOREST WORLD MUSIC FESTIVAL 2010

SHOW DETAILS:

Date : 9 - 11 July 2010 (Fri, Sat & Sun)

Time : Doors open at 10am till after 12am

Venue : Sarawak Cultural Village, Kuching, Sarawak, Malaysia

Seating arrangement : Free standing

Stalls available : Food, beverages & souvenirs

TICKET INFO:

1-day Pass (adult) – RM110.00
1-day Pass (child) – RM55.00 
 Untuk membeli tiket atau informasi yang berkaitan sila berkunjung ke SINI




photo credit to: link

Jemaah Islamiah, Indonesia telah merasa getarnya

June 23, 2010

Salam buat teman-teman,
Beberapa hari ini, media Malaysia melaporkan tentang kewujudan semula rangkaian Jemaah Islamiah. Kabarnya, Kerajaan Malaysia telah membuat beberapa tindakan terhadap kelompok dan warga asing tersebut yang disy
aki cuba merekrut pelajar untuk menyertai mereka.

Saya mungkin tidak berminat dan juga tidak wajar untuk mengulas lanjut tentang Jemaah Islamiah secara specifik kerana sumber internet boleh kita akses secara bebas. Namun warga Indonesia  lebih tahu, dan negara Indonesia telah merasa getaran Jemaah Islamiah. Malah fakta di pengadilan Indonesia juga telah memutuskan.

Ditengah keseriusan kerajaan melihat isu ini sebagai isu yang melibatkan keselamatan negara. Ironisnya, ada pihak yang berkepentingan politik meremehkan usaha kerajaan dengan alasan yang sungguh 'keanak-anakkan'. Malah ada juga kelompok yang 'lucu' mengatakan; mereka sudah membuka kamus bahasa Melayu, dan menurut mereka istilah "Islamiah atau Islamiyah" itu tidak berbahaya.

Benar! istilah "Islamiah atau Islamiyah" memang tidak mengancam keselamatan negara. dan memang tidak ada kamus yang mampu berbicara tentang konfederasi Jemaah Islamiah. kerana kamus memang sekadar untuk menterjemah suatu 'istilah', tidak lebih dari itu. 

Sewaktu pemerintahan Presiden Megawati, Indonesia pernah dikecam oleh Amerika. bukan kerana 'istilah' Jemaah Islamiah. tapi disebabkan oleh aktiviti dan kecenderungan yang dilakukan oleh rangkaian Konfederasi Jemaah Islamiah di Indonesia.

Sebagai rakyat biasa kita memang berharap pemerintah Malaysia dan Indonesia saling bekerjasama untuk menangani kecenderungan tertentu. Agar tidak menjadi api yang bergerak ditengah masyarakat seterusnya mengancam keselamatan negara.

Usahlah kita meremehkan usaha kerajaan dan keselamatan hanya kerana politik dan cintakan  Islamiah. untuk membaca tentang Jemaah Islamiah silakan disini atau sini.


p/s: sudah ada bau politik di blog santai sejenak

Era Kebangkitan Asia | World Competitiveness 2010

May 22, 2010

Saya tertarik untuk mengutip data ini sebagai pengetahuan peribadi dan akademik. Berdasarkan data ini, tahun 2010 membayangkan dimensi baru kebangkitan ekonomi yang berpusat di Asia. malah lebih menarik Singapore negara dari Asia tenggara menduduki ranking teratas sebagai yang paling berdaya saing di dunia. Data ini adalah berdasarkan kajian oleh IMD business school in Lausanne, Switzerland.

Berikut adalah 20 Negara paling kompetitif di dunia Ranking pada 2010;
  1. Singapore
  2. Hong Kong
  3. USA
  4. Switzerland
  5. Australia
  6. Sweden
  7. Canada
  8. Taiwan
  9. Norway
  10. Malaysia
  11. Luxembourg
  12. Netherland
  13. Denmark
  14. Austria
  15. Qatar
  16. Germany
  17. Israel
  18. China Mainland
  19. Finland
  20. New Zealand
Ini adalah 20 dari 58 negara yang termasuk dalam daftar  World Competitiveness Yearbook 2010, Menurut pembacaan saya, laporan tersebut adalah berdasarkan 327 kriteria yang berbeda dari 58 key ekonomi. termasuk - economic performance, government and business efficiency, infrastructure, exports, and the level of corruption.
Untuk lebih lanjut sila membaca di SINI 

Disclaimer
Artikel ini adalah ulasan peribadi dan ditulis untuk keperluan akademik.

SARAWAK KOLOK MEE

May 15, 2010

Salam santai.
Kali ini saya nak promosi makanan Sarawak yang terkenal dan sederhana, mungkin juga sebagai informasi  untuk teman-teman blogger. Kebetulan ada permintaan dari sahabat blogger Indonesia (Alkatro) agar saya posting tentang Sarawak Kolok Mee.
Kolok Mee adalah makanan yang sangat sinonim dan digemari masyarakat Sarawak, malah siapa saja yang pernah ke negeri Sarawak akan menganggap kolok mee sebagai makanan yang sangat popular diseluruh Sarawak.

Pada asalnya Kolok Mee adalah makanan masyarakat Tionghua yang mudah disediakan, masyarakat Tionghua adalah penduduk utama dan kedua terbesar di negeri Sarawak setelah masyarakat Dayak.

Meskipun Kolok Mee adalah hidangan yang ringkas dan mudah, namun terdapat tips and trick yang tersendiri, dengan langkah-langkah penyediaan yang menarik untuk menghasilkan rasa yang lebih authentic dan Sarawakian…haha

Free Image HostingHidangan Kolok Mee biasanya ditambah dengan ayam, seafood, cendawan, hirisan daging atau char siew (non-Halal).  dan dihidang bersama sup yang diasingkan.
Sebenarnya Kolok Mee tidak sama dengan Wanton mee atau Hakka mee. Cuma ada sedikit persamaan dengan Kampua mee yang terkenal dikalangan masyarakat Foo Chow di Bandar Sibu. Namun Kampua mee dihidang dengan cara dan bahan yang berbeda dengan Kolok Mee.

Free Image Hosting

Kolok Mee is a type of noodle dish commonly found in Sarawak. It is served throughout the day - for breakfast, lunch or even supper. It is made of egg noodle, blanched in water that looks like instant noodle and served in a light sauce with some condiments like shredded beef.

Informasi untuk pengunjung:
Sarawak Kolok Mee terdapat dalam versi Halal dan non-Halal.
nyam,nyam...nyamm

ISU PALESTINE DARI SISI LAIN

April 9, 2010

Entah berapa dekad isu ini sudah bergema, menyentuh jiwa dan kemanusiaan kita. Badan-badan dunia dan NGO mungkin sudah kelelahan menganjurkan perdamaian atau genjatan senjata di Palestian. Entah berapa ramai lagi anak-anak Palestin menjadi korban…oleh kekejaman Israel dan keserakahan pemerintah Palestine.

Kita dinegara-negara Islam mungkin tidak setuju untuk mengkritik kepimpinan Islam seperti Al-fatah atau Hamas. Media nasional lebih banyak menyebarkan berita yang dibumbui candu agama, menyebabkan kita berteriak (sejenak dan terus terlena) dengan slogan ‘Anti’ berdasarkan sentiment agama.

Masyarakat Palestine bukan sahaja beragama Islam, tapi juga beragama Kristian dan Paganisme. Justeru mereka tidak menganggap isu ini berkaitan agama. Meskipun ada kelompok kecil di Amerika atau di negara tertentu yang mempunyai harapan ‘kontra’ dan kepercayaan berbeda berkaitan isu tersebut.

Namun apa yang lebih menjengkelkan adalah sikap pemerintah Palestine itu sendiri, Palestine diperintah oleh seorang President dan seorang Perdana Menteri. Dua pemimpin ini masing-masing memiliki tentera berbeda; Al-fatah dan Hamas. yang siap berjuang untuk mempertahankan survival politik mereka, bukan untuk mempertahankan tanah Palestine atau rakyat Palestine.

Al-fatah dan Hamas memang tidak pernah sependapat dalam urusan pemerintahan Palestine. Jika satu pihak sudah bersetuju dan mahu berdamai dengan Israel, satu pihak lagi tetap menentang dan terus melakukan provokasi terhadap rakyat Israel. Tentera Israel yang ‘responsive’ pastinya mahu menunjukkan kehebatan mereka, akhirnya yang menjadi korban adalah rakyat biasa.

Al-fatah dan Hamas juga sering bergeseran, malah sanggup berbunuhan dan berperang sesama sendiri demi survival politik. Sekali lagi rakyat biasa; anak kecil, wanita dan orang tua yang terkorban dalam peperangan yang sengaja dicetuskan mereka. Malah suatu ketika bila PBB menghantar bantuan makanan serta pakaian untuk rakyat Palestine yang menderita kelaparan dan kedinginan, tentera Al-fatah sanggup menahan dan menyekat kenderaan yang membawa bantuan tersebut demi menunjukkan mereka lebih berkuasa ditanah Palestine.

Waktu itu, dimana suara dunia Islam? Mahu ‘Anti’ siapa? Kita mungkin sekadar berpangku tangan dan mengeluh saja. Untuk menyalahkan Al-fatah dan Hamas, rasanya sudah malu pada dunia.  Namun bila Israel bertindak balas terhadap mereka, kita dengan  pantas melaungkan slogan yang tidak berhujung sambil mencicip candu agama. Tidak pernah ada resolusi dari dunia Islam untuk mendesak  agar Al-fatah dan Hamas bersatu, cuma Arab Saudi secara bersendirian yang berkali-kali menyentuh hal ini.

Adalah suatu yang mustahil untuk mendamaikan Palestine dan Israel, selagi pemimpin Palestine tidak mengubah visi politik kepada survival rakyatnya. Selain masalah politik dalaman Palestine, satu perkara jelas yang mendorong sengketa berterusan antara Palestine dan Israel adalah ‘provokasi’ yang sangat subur antara mereka. Apalah makna ‘kertas’ perjanjian damai yang dianjurkan oleh Amerika dan PBB, jika Al-fatah,  Hamas serta Tentera Israel tidak komited dan bersatu menuju perdamaian.  

Sewaktu masih belajar, Saya juga berkawan dengan warga Palestine dan Jordan yang belajar satu  kampus dengan saya. Hampir setiap minggu dia dapat US$600 kiriman dari keluarga di Palestine, Maka saya membayangkan Palestine bukanlah negara yang terlalu miskin. Saya sempat bertanya isu sensitif ini, namun jelas sekali mereka tidak menganggap isu tersebut berkaitan agama. Selain soal “Hak”, ada masalah politik dalaman yang sering bertukar menjadi perjuangan dan dendam.

Dunia rasanya sudah lelah menyaksikan pemimpin Islam yang tidak bersatu ini, PBB mungkin sudah bosan menjadi ‘orang tengah’ sandiwara mereka. Amerika mungkin sudah ratusan kali menyediakan ‘kertas putih’ dimeja rundingan. Namun dibawah sana tetap saja bertukar letusan peluru dan bom. Anak kecil, wanita dan orang tua menjadi mangsa peluru yang tidak bermata.

Sementara dari jauh, kita sekadar Anti-Amerika, Anti-Israel dan Anti-Yahudi. Sambil memboikot produk Yahudi, kita juga dengan bangga berpetualangan di dunia maya menggunakan produk Yahudi. Sambil mengharamkan KFC dan McDonald, tangan kita sedang ligat menghantar SMS menggunakan produk Yahudi. Sedar atau tidak, jika runtuhnya ekonomi Yahudi, maka runtuhlah ekonomi dunia.

Alangkah baik, rangkaian dunia Islam yang “sangat kaya dan lemah” ini bersatu mendesak Al-fatah, Hamas serta Israel supaya akur dan komited menuju perdamaian. Saya secara peribadi tidak berniat untuk mengkritik atau menyalahkan sistem pemerintahan Palestine, apa yang  saya persoalkan adalah sikap kepimpinan tersebut.

Setiap kali kekejaman di Palestine berulang, kita di Malaysia dan Indonesia memang terkenal dengan budaya demontrasi jalanan. Tindakan itu memang baik untuk ‘penjual nasi bungkus dan pengusaha air mineral’. Tapi apakah ada kesan untuk masa depan anak-anak Palestine, Sedangkan OIC masih dipandang sebelah mata oleh masyarakat dunia. Semua itu kerana kelemahan negara-negara Islam yang sering tidak sependapat, malah terkenal dengan korupsi. Bagaimana mungkin suara kita dihormati dunia, apalagi untuk menentang Israel

F1 MALAYSIA 2010 DAN INTERNET 'SUPER KURA-KURA'

April 2, 2010

Bagi peminat F1 - Formula One di Malaysia, Inilah minggu yang dinanti-nantikan. Petronas Malaysian Grand Prix 2010 bermula hari ini pada 2 hingga 4 April 2010, di Sepang International Circuit (SIC) Malaysia. Kemeriahan dan keterujaan terhadap acara ini dapat dibayangkan, kerana kembalinya Micheal Schumacher menyertai sukan yang paling mahal dan paling berprestij didunia. Micheal Schumacher yang juga dianggap sebagai lagenda F1, sebelum ini pernah menjadi juara dunia sebanyak 7 kali.

Untuk warga Malaysia, F1 kali ini memiliki aura patriotisme  tersendiri dengan penyertaan Lotus sebagai  Malaysian Team. Pastinya penyertaaan Malaysian Team bukan sekadar dilihat sebagai satu perlumbaan, tetapi juga membawa usaha pengukuhan Promotion, Branding, Research and Development (R&D), Technology,  Kerjasama Pintar, Pendidikan dan Tourism.  

2010 adalah tahun ke -11 Malaysia menganjurkan sukan Formula One, dan beberapa kali diakui FIA sebagai penganjur terbaik. Semua kejayaan itu didukung oleh kemudahan infrastruktur yang moden dan lengkap, selain ciri-ciri keselamatan serta logistic.

Bila mengintai kemudahan infrastruktur yang moden dan lengkap dari sisi lain,  Bagi sesiapa rakyat Malaysia yang sudah menggunakan internet sejak tahun 90an, pastinya ada sedikit persoalan tentang kelajuan akses internet di Malaysia. Waktu dulu, lantaran masih baru tentang Cyber World, pasti tiada siapa mempersoal kelajuan internet di Malaysia. Tapi sekarang bagaimana? 

Jika dibandingkan kelajuan internet pada waktu dulu dan kini, rasanya tidak banyak perbedaan. sedangkan Coverage dan kemudahan internet amat meluas di Malaysia. Meskipun WiMAX cuma ada di Bandar-bandar utama, tetapi di ceruk kampung. seperti kampung saya turut terdapat akses Broadband, WiFi atau yang lainya.

Sambil berfikir positif demi kemajuan bersama, tidak keterlaluan untuk  membanding kelajuan internet di Malaysia dengan Korea Selatan, kerana Korea Selatan adalah negara seangkatan dengan Malaysia yang bangkit dengan cepat dari kejatuhan ekonomi pada tahun 90an. Tapi nampaknya kita tidak cepat dalam hal akses internet.

Kecepatan atau kelajuan internet yang ada di Korea Selatan pada waktu ini, boleh saja digelar ‘super cheetah’ jika dibandingkan dengan kita yang masih pada tahap ‘super kura-kura’. Jika di zaman saya belajar, akses internet pada kelajuan ‘kura-kura’ mungkin tidak disedari. Kerana tidak banyak yang boleh mendukung kreativiti, selain surfing dan MIRC, malah Google pun belum wujud, apalagi ‘mukabuku’(Facebook).

Yang menyebabkan kita sekadar berganjak dari tahap ‘kura-kura’ ke ‘super kura-kura’, bukan kerana tidak ada usaha ke arah kemajuan. tapi oleh ketidakseimbangan infrastruktur yang mendukung aplikasi kecepatan internet. Inilah yang menyebabkan standard kecepatan internet tidak menentu, selain persaingan oleh syarikat penyedia kemudahan internet yang belum merata.

Saya yakin, kerajaan juga menyedari hal ini. semoga Broadband (HSBB) yang baru dilancarkan kerajaan, dapat membawa cerita baru tentang internet ‘super kura-kura’. Jikapun tidak secepat ‘super cheetah’, setidaknya rakyat Malaysia dapat menikmati kecepatan baru ‘super penyu’. Sudah tentu dengan kecepatan internet ‘super penyu’ dapat menelurkan kreativiti yang lebih baik buat warga Malaysia

Jangan saja kecepatan yang baru itu nanti menjadi ‘lompat siKatak lompat’, yang menyebabkan akses internet sering terputus-putus. Kerana internet bukan lagi sekadar media, internet adalah wahana kreativiti dan sumber ilmu. 

Teknologi internet, Seperti juga dalam Formula One. Jika ingin maju, sememangnya kita harus terus belajar, berteman, mencontohi dan bekerjasama dengan mereka yang lebih maju. 

Salam 'super' untuk semua

'MyKad' BOLEH DIBELI, BENAR KAH?

March 23, 2010

Salam Hangat...
Mungkin isu ini lebih hangat berbanding salam saya, malah dari dulu lagi sering menghangatkan rakyat Malaysia. cuma entah kenapa? sampai sekarang masih ada cerita ini dan masih ada lagi individu  (warga asing) yang mahu percaya 'Mykad' boleh dibeli. Ada yang mengatakan boleh dibeli dengan harga RM1300, malah ada yang percaya boleh dibeli dengan harga RM600. Alangkah murahnya nilai kerakyatan Malaysia, jika benar seperti yang dikatakan.

Infomasi yang saya tulis ini bukan untuk menimbulkan provokasi, kontroversi atau seumpamanya. Apa yang jelas, semua ini adalah pembohongan pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Maka tidak perlu untuk dipercayai walau dengan apa alasan sekalipun. Informasi ini sebenarnya saya dapat dari seorang TKI yang mengunjungi saya dan  bertanya hal tersebut. Untuk menjadi warga negara Malaysia sebenarnya harus melalui prosedur tertentu dan syarat-syarat yang termaktub dalam undang-undang negara. BUKANNYA DENGAN MEMBELI Mykad... Malah setiap tahun permohonan dari warga Indonesia untuk menjadi warganegara Malaysia atau pemastautin tetap (PR) adalah yang tertinggi.

Sedikit tentang MyKad
Mykad adalah Identity Card untuk mengenalpasti warganegara Malaysia,  Setiap warga negara yang berusia 12 tahun diwajibkan memohon dan membawa MyKad.  MyKad juga hingga kini diakui dunia sebagai yang tercanggih  (sila  beritahu saya jika infomasi ini salah). Dengan menggunakan kombinasi sistem Biometrik dan Mikrocip 64k untuk menyimpan pelbagai data, MyKad bukan sekadar  kad bergambar warna yang boleh di 'print' oleh sesiapa yang  memiliki komputer dan printer. Malah pemerikaan yang dibuat oleh pihak berwajib juga bukan sekadar melihat gambar, tapi menggunakan 'reader'  dan 'software' yang khusus untuk mengakses data yang terdapat dalam Mikrocip tersebut sepertimana yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Aktiviti pemalsuan MyKad memang terjadi, dan lebih mengecewakan bila dilakukan sendiri oleh warga asing demi mengaut keuntungan dari kelompok mereka. Berdasarkan undang-undang negara Malaysia, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) serta Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001 dan 2007). Sesiapa yang memiliki dan menggunakan MyKad palsu mengikut peraturan 25 (1) boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun ATAU denda tidak melebihi RM20,000 ATAU kedua-duanya sekali.

Jika pihak berkuasa lalai terhadap permasalahan ini, suatu ketika  akan jadi fenomena sepertimana masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sekarang ini yang sukar dibendung. Melihat ribuan kes, kecurian, rompakan, perkosaan, pembunuhan dan pemalsuan passport serta MyKad oleh warga asing di Malaysia. Iini adalah ancaman sebenar untuk rakyat Malaysia dalam jangka waktu yang panjang.

Legal Disclaimer
Artikel ini adalah ulasan peribadi dan untuk informasi sahaja agar tidak ada sesiapa mempercayai atau mendapatkan MyKad palsu dari pihak tertentu yang menawarkan. Artikel ini tidak bersifat 'authoritative' dan tidak mewakili Negara, Negeri, Organisasi, Majikan saya, Parti Politik, Keluarga saya, Kampung saya, atau ternakan  yang  ada di Kampung saya; ayam, itik, ikan, kambing, sapi dan yang lainnya.

KOLEKSI AWARD CAHYADI, NUANSA PENA DAN ALKATRO ZONE

March 13, 2010

Salam Blogger buat teman-teman,
Menarik judul diatas...haha. award ini saya dapat dari sahabat Blogger Indonesia yang punya nama diatas. Agar saya tidak lupa dan tidak ada yang tertinggal makanya saya posting bersama. Biar bersatu dan memeriahkan entry yang 'simple' ini.

Award dari Blogger Cahyadi

Award dari Blogger Nuansa Pena

Award dari Blogger Alkatro Zone
Award Komunitas Blogger Bertuah

Terima kasih setingginya atas dukungan sahabat semua,
semoga dengan kebersamaan dan kesederhanaan
menjadikan kita lebih dewasa dalam menghargai sesama kita.
Salam Hormat dari saya

INDIA YANG HEBAT

March 6, 2010

Sebagai pesaing utama dalam gelombang ekonomi dunia, India adalah negara yang sangat unik dan memiliki segala kepakaran untuk muncul sebagai negara kuasa ekonomi bersama dengan China. Dengan transformasi ekonomi yang pesat membangun, India turut memiliki cukup ramai golongan muda yang pakar dalam berbagai bidang teknologi dan computer.

Bukan sedikit syarikat global yang menjadikan negara India sebagai ‘hub’ perusahaan mereka, malah orang India sering bekerja sebagai ‘specialist’ dalam perusahaan-perusahaan besar dunia. Ini bukan sahaja kerana orang India memiliki kecenderungan yang tinggi dalam bidang teknologi, tetapi juga mereka mempunyai budaya kerja yang menakjubkan. Di Amerika sahaja, ada lebih 38% doctor dan 12% ahli Ilmuan yang berketurunan India. Kerana pendidikan mereka telah mencipta nama di Amerika dan Dunia.

Suatu perkara dasar yang harus kita contohi India adalah ‘pendidikan’. Pemimpin dan rakyatnya sama-sama memberi penekanan yang kuat terhadap pendidikan mereka. Sebab itu pendidikan sudah lama berbudaya dalam kehidupan orang India. Universiti atau Kolej di India, meskipun dengan infrastruktur yang sederhana. Tapi R&D (Research and Development), sistem pendidikan dan pencapaian mereka adalah yang diiktiraf dan dikagumi dunia.  

Seperti juga Mahatma Ghandi, seorang tokoh India yang hebat. Mahatma Ghandi bukan sekadar kebanggaan India, tapi juga menjadi ‘ikon demokrasi’ kebanggaan dunia. Secara peribadi saya turut meminati tokoh ini dan tidak pernah bosan membaca berulang buku-buku atau Biografi tentang Mahatma Ghandi.

Ulasan ini mungkin amat sedikit berbanding kejayaan sebenar India, semoga dapat memberi gambaran yang besar tentang India yang dinamis. Agar kita dapat mencontohi dan belajar sebanyak mungkin dari kehebatan India. Apalah ertinya slogan ‘ultra-nationalism’, kalau sekedar menjadikan kita semakin dangkal dan ketinggalan ditengah-tengah arus ekonomi global.

Kita ada pilihan, untuk ‘bergerak bersama’ atau jadi penonton saja.

TAG ABOUT YOURSELF

February 20, 2010

Salam Santai,
Sebenarnya Tag ini sudah lama saya dapat dari Rizky, hampir-hampir terlupa. Tapi saya memang lebih suka pada Tag, sebab tag mampu menceritakan sedikit atau memberi gambaran tentang karektor seseorang. Yang menarik tentang Tag dari Rizky, bila saya siasat perjalanan Tag ini secara kronologis. Mulanya dari Kedah Malaysia, setelah itu pergi ke Tulungagung Indonesia. dan sekarang sampai ke tempat saya di Sarawak, ertinya Tag ini sudah 2 kali menyeberang laut. Tag ini juga saya dapat dari Tovarossi, dan saya gabungkan sekali disini. agar bersatu dengan aman dan sejahtera. Terima kasih setingginya Rizky dan Tovarossi.
Here we go...

 1. Where is your cell phone?
Sering dalam saku, takut dilihat orang. Maklum HP murah.

2. Relationship?
Baik saja

3. Your hair?
Hitam berkilat….sebab saya guna syampu ‘urang aring’..haha

4. Work?
Buruh, itu saja yang saya layak.

5. Your sisters?
Rebecca, Saudara perempuan yang selalu saya bangga kerana sikap sederhananya.

6. Your favorite thing?
Membaca, saya boleh ‘stress’ kalau tidak membaca.

7. Your dream last night?
Tak sempat bermimpi, sebab tidur pukul 4.30am.

8. Your favorite drink?
Air yang saya masak sendiri, Teh 'O', Teh 'C' dan Chinese Tea , tapi saya tidak suka 'Teh Tarik' atau minuman yang terlalu manis atau Ice.

9. Your dream car?
Tunggu saja bila sampai waktunya

10. Your shoes?
yang termurah di Malaysia

11. Your fears?
Banyak perkara yang saya takuti, tapi bukan bermakna saya hidup dalam ketakutan.

12. What do you want to be in 10 years?
Sihat danSejahtera

13. Where did you hang out last week?
Kalau ‘hang out’, pastinya tempat makan (warong atau restoran).

14. What are you not good at?
Sukan, saya minat tapi tak pernah menonjol dalam hal ini.

15. One of your wish list item?
Laptop yang ada Blu-Ray drive.

16. Where you grew up?
Di sebuah Kampung kecil yang sangat bersih, dalam daerah Mukah.

17. Last thing you did?
Hantar ‘sms’ untuk sahabat di Pekan Baru Riau dan Tangerang, Indonesia.

18. What are you wearing?
Seperti biasanya, pakaian orang biasa yang waras.

19. Your computer?
Desktop Acer dan Laptop NEC 13".

20. Your pet?
Saya cuma ada beberapa ikan dalam 3 Aquarium

21. Your life?
Biasa dan sederhana, sebab saya orang kampung.

22. Missing ?
Rasanya banyak juga yang sudah hilang…

23. What are you thinking right now?
Sedang memikirkan cara nak dapat duit banyak dan ingin berkunjung ke banyak Negara.

24. Your car?
Wheel Barrow warna hijau tua, model 2009

25. Your kitchen?
Sangat sederhana.

26. Your favorite color?
Kuning, Hijau, Biru, Merah dan Putih

27. Last time you laugh?
Entah.. dah lupa.

28. Last time you cried?
Dah lama dulu…, waktu itu saya mengajar di sebuah Institute swasta.
(memanglah ada cerita sedih...hiks)

29. Love?
Nun jauh disana...

30. So who wants to share their ONEs? how about?
Siapa saja yang senang berbagi, itu baik untuk jiwa

31. Person elected to the tag
1. Rebecca
3. ...akan ditambah lagi, tunggu...

UPIN DAN IPIN: MEWAH DENGAN KESEDERHANAAN

February 5, 2010

Setelah beberapa waktu tidak dapat online. Saya cuma istirahat untuk menjaga keamanan jantung saya yang tidak stabil. Tanpa meninggalkan rutin membaca setiap hari, saya sempat menonton koleksi lama kartun animasi Upin dan Ipin episode demi episode.

Mengamati watak Upin dan Ipin yang penuh dengan kesederhanaan dalam membawa nilai Islam dan pendidikan. Saya pasti inilah sebabnya kartun animasi ini sangat bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama. Kerana Upin dan Ipin juga adalah hasil kreativiti bersama orang Melayu, Cina dan India. Upin dan Ipin telah membawa imej dan mesej tersendiri yang sangat bermanfaat untuk anak-anak Malaysia, secara tidak langsung turut menggerakkan Industri animasi di Malaysia.

Sebaiknya Upin dan Ipin tidak perlu dibandingkan dengan kartun animasi dari negara-negara lain. Negara lain mungkin tidak meminati Upin dan Ipin kerana mereka memiliki animasi yang lebih baik. Namun untuk rakyat Malaysia, Upin dan Ipin adalah satu permulaan yang sangat baik untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.

Dari sisi perfileman, Upin dan Ipin telah membawa nafas yang lebih segar buat rakyat Malaysia yang selama ini mungkin sudah bosan dengan filem percintaan yang penuh keangkuhan atau filem kisah-kisah ‘Mat Rempit’ yang membayangkan pencabulan undang-undang jalanraya serta maraknya seks bebas dikalangan muda-mudi melayu di Malaysia. Apakah ada orang luar sana memuji dan mengkagumi kita kerana filem seperti itu? Jelas sekali filem-filem ini tidak pernah mencetus satu fenomena dan kesan minda yang baik.

Saya tertarik dengan pendapat saudara saya yang bukan beragama Islam, dia sangat meminati Upin dan Ipin kerana menampilkan nilai agama Islam yang sederhana dengan cara yang santai. Jika kita mengerti hal ini, betapa kesederhanaan mampu menyentuh jiwa dan minda orang lain. Maka tidak perlu untuk menunjukkan keislaman kita dengan berteriak di jalanan seperti orang hilang akal atau memasang bom di setiap ceruk.

Upin dan Ipin telah membuktikan, betapa indahnya kebersamaan dan sederhanaan. Meskipun kita sudah biasa menonton filem animasi dari negara lain yang penuh dengan aksi-aksi luar biasa. Tapi Upin dan Ipin tetap menarik bagi setiap peringkat usia. Kerana Upin dan Ipin mewah dengan segala kesederhanaan.

Salam Sayang untuk teman-teman blogger

HATI-HATI BERKOMENTAR

January 17, 2010

PETALING JAYA: Pelajar Akademi Seni Budaya, Warisan dan Kebangsaan (Aswara) yang memberi komen berhubung isu kalimah Allah dan cubaan membakar gereja di laman sosial Facebook didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan berniat untuk mengganggu dan mengancam orang lain.

Mohamad Tasyrif Tajudin, 25, dituduh menggunakan aplikasi internet itu secara sedar untuk memberi komen dalam laman Facebook dengan niat untuk mengganggu orang lain dengan menggunakan akaun pengguna, Shahrul Maizam, dengan menulis "ke nak aku baling bom petrol di sana plak?... harga boleh runding..." Pelajar tahun pertama jurusan perfileman itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di sebuah rumah pada jam 8.10 malam, 10 Januari lalu.

Mohamad Tasyrif didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama. Jika sabit kesalahan Mohamad Tasyrif yang tidak diwakili peguam boleh didenda maksimum RM50,000 atau dipenjara maksimum setahun atau kedua-duanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar menawarkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin. Tertuduh bagaimanapun, ditahan sehingga 18 Januari ini bagi membolehkan kes itu disebut semula. Sumber: Berita Harian Online.

Berita ini saya kutip sebagai ingatan buat kita semua khususnya warga Malaysia agar tidak bersikap terlalu bebas hingga menganggu atau mengancam pihak lain. Oleh kerana hal ini masih dalam proses Mahkamah sebaiknya saya tidak membahaskan. takut nanti menimbulkan 'subjudice',  itu juga menyalahi undang-undang.

Dalam kes ini dan juga beberapa kes sebelumnya yang melibatkan Blogger.  Saya suka melihat fungsi Undang-undang dan 'Cyber Forensic' dalam menjaga kepentingan rakyat dan negara. Jika  kita  ingin maju ke hadapan, memang sewajarnya negara harus memiliki Cyber Law, Cyber Security dan  Cyber Forensic yang mantap seperti Amerika, Britain dan India.

FTA 2010 DAN KITA

January 11, 2010

Salam Hormat,
Tahun 2010 telah memberi isyarat yang signifikan besar kepada pelbagai pihak dengan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kerana para pengeksport boleh saja mengambil kesempatan penuh terhadap peluang yang terbuka dalam pelbagai perjanjian tersebut. Malaysia tidak terkecuali mendapat manfaat daripada liberalisasi perdagangan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dan banyak lagi perjanjian dua hala.

Ini bukan lagi waktunya untuk mengeluh dan meneriakkan nasionalisme yang sempit. Soal sanggup atau tidak, kita harus berdepan dengan keadaan dunia luar yang lebih mencabar, serta meningkatkan lagi jumlah eksport dan dagangan. Dalam istilah yang lebih mudah, AFTA dan FTA adalah satu reformasi ekonomi secara besar-besaran. FTA ini termasuk Asean-China, Asean-Korea, Asean-Japan, Asean-India serta Asean-Australia/New Zealand, yang bermula 1 January 2010.

Malaysia yang telah memuktamadkan FTA dua hala dengan Pakistan, Japan dan New Zealand. manakala perjanjian dua hala dengan India, Chile dan Australia dijangka akan dimuktamad dalam waktu yang terdekat. Keseluruhan perjanjian ini dapat memberi impak yang amat signifikan kepada produk eksport dan pertumbuhan ekonomi negara. kerana FTA bukan sahaja membuka pasaran baru bagi produk Malaysia, tapi turut menjadikan harga produk Malaysia lebih kompetitif berdasarkan layanan duti keutamaan yang ditawarkan oleh rakan perdagagan FTA.

Secara bersama, FTA yang dimuktamadkan meliputi 60% daripada perdagangan global Malaysia, yang akhirnya akan menyediakan pasaran bebas duti kepada lebih 3.2 billion penduduk. Perjanjian AFTA contohnya, turut menawarkan layanan keutamaan bagi hampir keseluruhan produk. Manakal China dan enam anggota awal Asean akan memberikan layanan bebas duti ke atas 90% produk.

Perjanjian dua hala FTA Malaysia-Amerika yang seharusnya dapat dilaksanakan lebih awal. namum persoalan 'keistimewaan' dan 'perlindungan' telah menyebabkan keputusan tertunda sekian lama. Malaysia sebagai rakan dagangan Amerika yang ke-10 terbesar dunia dan yang ke-5 terbesar di Asia, selepas China, Japan, Korea dan Taiwan. Dengan rekod dagangan Malaysia-Amerika yang melebihi USD44 billion, tentunya dengan perlaksanaan FTA Malaysia-Amerika akan mampu melipat gandakan nilai tersebut.

Perjanjian tersebut dijangka akan membuka ruang kepada kalangan pembekal barangan berteknologi tinggi, komputer, telekomunikasi, khidmat kewangan, sumber kuasa dan perubatan Amerika untuk menjengah masuk ke pasaran Malaysia yang mempunyai pendapatan per kapita ketiga tertinggi di ASEAN.

Dalam melihat secara optimis, berbagai pihak juga menyatakan kebimbangan tentang kesan negatif jangka panjang kerana Amerika nampaknya telahpun lebih awal menduduki Malaysia, beberapa perusahaan Amerika seperti General Electric, Intel, Motorola, AIG, Cargill, Citigroup, Discovery Communications, FedEx dan Oracle yang telahpun menjadikan Malaysia sebagai 'hub' mereka di rantau ini.

Untuk mencari titik kesuksessan dalam keseluruhan AFTA dan FTA ini, masyarakat harus memisahkan sentiment politik dan kecenderungan ekonomi. Jika tidak, kita akan ketinggalan untuk 'belajar' seberapa banyak strategi terpenting dalam persaingan globalisasi. Kita mungkin belum bersedia sepenuhnya, tapi kita harus bergerak dan belajar.

Beberapa negara membangun mungkin akan menerima kejutan, tentang persoalan standard dan prosedur yang berbeda-beda antara negara maju dan negara membangun. Itulah yang saya katakan kita harus belajar dan terus belajar untuk menepati standard dunia, yang memungkinkan kita mampu bersaing sebagai pengekport secara global. Persaingan ini pastinya tidak terbatas pada soal produk dan eksport sahaja, tapi juga mencakupi standard pendidikan dan yang lainnya.

Pendidikan tinggi Malaysia rasanya sudah bergerak ke landasan yang betul, berdasarkan implementasi 'twinning program', 'franchise' atau 'kerjasama pintar' yang telah memperlihat beberapa Universiti dan Kolej dari Britain, Amerika, Canada dan Australia membuka Kampus Kolej dan Universiti mereka di Malaysia. Ini mungkin tidak menjadikan Malaysia setaraf dengan status mereka, tapi telah menjadikan pendidikan tinggi Malaysia diiktiraf oleh negara-negara maju.

Dengan terlaksananya FTA, secara peribadi saya menjangkakan krisis dalaman akan terjadi dibeberapa negara membangun, krisis yang bernada kejutan terhadap keterbukaan akan mengiringi masalah standard produk. Jika sesebuah negara biasa memuji diri "saya hebat", "saya kreatif" atau "saya lebih bermutu", inilah ujian buat semua apakah kita benar-benar seperti yang kita katakan atau sebaliknya. Dunia akan memberi jawaban yang jelas, apakah standard kemahiran, pendidikan, kemudahan, infrastruktur dan produk kita diiktiraf oleh negara maju dan dunia.

Nasionalisme yang sempit tidak akan membawa kita kemana-mana, meskipun dalam letusan ekonomi dan agihan kesempatan sebesar FTA. Atau.... terpaksa mengakui, kita sememangnya ketinggalan dari dulu, kini dan selamanya...hiks.

Setiap kejayaan harus ada pergorbanan.

SARAWAK MY HOME

November 6, 2009

Sudah lebih satu minggu saya tidak online, tertanya juga apa yang mahu ditulis... Kebetulan hari minggu yang lalu sahabat lama saya warga Indonesia, datang melawat saya yang agak kurang sehat. Kami bercerita panjang tentang berbagai isu yang ‘lucu’. Sambil bercanda dan minum teh tanpa gula, dia sempat bertanya tentang undang-undang di negeri Sarawak. Dia kata, selama 8 tahun bekerja di Sarawak dia sering tertanya sendiri hal itu, tapi rasa takut untuk bertanya pada orang.

Dia bertanya, kenapa warga Malaysia dari negeri lain perlu menggunakan passport  kalau ke Sarawak dan harus memohon permit kalau ingin bekerja di Sarawak?. Saya pun ceritakan dari sejarah, politik dan system pemerintahan negeri Sarawak, yang mungkin boleh memberi jawaban selengkapnya. Nampaknya dia memahami mengapa dan bagaimana, tapi saya tidak akan tulis disini karna kemungkinan boleh menyalahi undang-undang. Cukup sekadar mengatakan Sarawak adalah negeri autonomi sejak 1963, dan sepintas lalu tentang Sarawak negeri saya.

Sarawak Land of Hornbill
Negeri Sarawak yang terkenal dengan nama 'Land of  Hornbill mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Sebagai negeri yang terbesar di Malaysia, negeri Sarawak membentuk 37.5 % daripada jumlah kawasan negara Malaysia yang terletak di pulau Borneo. Bandaraya Kuching adalah pusat pemerintahan negeri Sarawak.

Kuching di waktu pagi (Cat City)


Kuching di waktu malam (Cat City)


ini pun kucing juga (Cat Statue)
Masyarakat Sarawak
Kalau Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu, secara peribadi saya suka menggelarkan negeri Sarawak sebagai negeri Dayak. Masyarakat Dayak adalah penduduk utama negeri ini dengan populasi Iban atau (Sea Dayak)  34%, diikuti kaum Tionghua 29% , Melayu 20% , Bidayuh (Land Dayak) 7% dan Kelompok Masyarakat Orang Ulu sebanyak  8%. Masyarakat  Orang Ulu yang dimaksudkan adalah terdiri dari, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain


Orang kampung saya
Inilah satu daripada ciri yang paling menarik negeri Sarawak, yang membedakannya dari negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan adanya lebih 30 kumpulan etnik peribumi yang bertutur dalam sekurang-kurangnya 45 loghat/dialek yang berbeda, negeri Sarawak boleh berbangga dengan penduduk yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Penduduk negeri Sarawak dapat menikmati bermacam-macam perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Penduduk Sarawak menyambut perayaan tradisional masyarakat Cina dan perayaan keagamaan masyarakat Melayu dan ritual pelbagai Gawai Dayak.Kepelbagaian etnik dan kepesatan ekonomi juga telah membolehkan negeri Sarawak menjadi satu daripada destinasi pelancongan yang paling maju di wilayah ini.




Tun Jugah Centre

Ciri-ciri Dayak juga sangat dominan di negeri Sarawak, Jika berkunjung ke Bandaraya Kuching, pasti kita melihat betapa elegan dan mewahnya bangunan ‘Tun Jugah Centre' bukan sekadar modern shopping complex dan food gallery  tapi juga menempatkan Yayasan Kebudayaan Dayak, Dayak Gallery dan Tun Jugah Foundation. Tun Jugah adalah nama seorang tokoh dayak yang paling agung dalam sejarah politik Sarawak dan pembentukan negara Malaysia.

Sedikit Tentang Sejarah
Negeri Sarawak dalam zaman prasejarah memang kurang diketahui umum, kerana tidak terdapat dokumentasi lengkap yang boleh dijadikan sumber. Raja yang memerintah negeri Sarawak adalah Raja berbangsa Inggeris, Dinasti Brooke telah memerintah Sarawak selama 100 tahun. Raja James Brooke memerintah Sarawak dari 1841 hingga 1861, Raja Charles Brooke 1861 hingga 1917. dan Raja yang terakhir ialah Raja Charles Vyner Brooke dari 1917  hingga 1941. Berakhirnya Dinasti Raja Brooke telah menyebabkan negeri Sarawak sebagai koloni selama 17 tahun, dari 1946 hinggalah penubuhan negara Malaysia pada 16 september 1963.

Sedikit tentang Wilayah Ekonomi
Sarawak Corridor of Renewable Energy – SCORE, Score sebenarnya adalah Koridor/wilayah pembangunan ekonomi negeri Sarawak yang membabitkan kawasan 70,709 kilometer persegi di wilayah tengah Sarawak, iaitu kira-kira 56.8 % daripada saiz seluruh negeri ini seluas 124,449 kilometer persegi. Koridor itu merangkumi kawasan sepanjang 320 kilometer dari Tanjung Manis di Mukah ke Similajau di Bintulu. Pelaburan awal bernilai lebih RM105.6 bilion dan Mukah dijadikan pusat pentadbiran Koridor ekonomi. Score dijangka membabitkan pelaburan berjumlah RM334 bilion.

Selain itu, 1.6 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan, termasuk lebih 830,000 pekerjaan dalam industri yang diutamakan di Koridor Sarawak. Pembangunan Koridor Sarawak bersifat 'broad-based' yang merangkumi pembangunan ekonomi, perindustrian dan sumber manusia. Sasaran kerajaan adalah untuk membawa pembangunan ke seluruh pelosok Sarawak, menjana dan mengagihkan peluang bermutu secara meluas dan memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati pendapatan lebih tinggi. khususnya di pedalaman dan kawasan kurang maju untuk turut serta dalam ekonomi moden. Semua ini adalah untuk meransang pertumbuhan ekonomi secara berterusan agar mencapai perkapita standard yang melayakkan Sarawak sebagai negeri maju. Status negeri maju bukanlah satu ‘gelaran’ atau ‘pujian’ tapi mencapai pendapatan perkapita setidak-tidaknya sebanyak USD16,000.

Tempat yang saya suka dan acara ekslusif
Sarawak Culture Village dibuka secara rasmi pada tahun 1990, mendapat gelaran ‘muzium kehidupan’ dan sudah mengungguli pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Penduduk kampung ini akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pengunjung dengan bahasa Inggeris. Pengunjung juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak
Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pengunjung boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Budaya Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. Bayaran Masuk ke Sarawak Culture Village; RM 60.00 (Adult) RM 30.00 (Child : 6-12 years old)

Rainforest World Music Festival

Sarawak Culture Village juga adalah tempat berlangsungnya RWMF setiap tahun. Dengan penyertaan dan kehadiran pengunjung dari seluruh dunia RWMF, telah pun bertahan selama 12 tahun dan tahun 2009 adalah edisi yang ke 12. Rainforest World Music Festival di Sarawak juga telah diktiraf sebagai  Top 10 World Music Festival oleh the World Music Expo (WOMEX), Aseanta Award of Excellence 2009 dan telah mendapat anugerah UNESCO pada tahun 2007.

Tahun ini 13 kumpulan dari luar negara menyertai persembahan RWMF 2009: Zawose Family Africa (Tanzania), Noreummachi (Korea Selatan), Moana & The Tribe (New Zealand), Red Chamber (Kanada/China), Jouhiorkesteri (Finland), Muzsikas (Hungry), Inti Illimani (Chile), Jeff & The Vida (Amerika Syarikat), Dazkarieh (Portugal), Oudaden (Mesir), Poum Tchak (Perancis), Sekaa Jaya Jenggala (Indonesia) dan The Nicholas Orchestra 9 (Poland).

Meskipun langkah keselamatan dan kesihatan yang sangat ketat dibuat oleh pihak penganjur,  festival musik tradisional dalam hutan ini dianggap sangat berjaya dengan kehadiran pengunjung lebih 20,000 orang dari seluruh dunia. Selain warga tempatan pengunjung adalah warga asing dari Eropah dan Amerika

Bayaran Masuk  RWMF ialah RM250 (dua ratus lima puluh ringgit) seorang.




Rainforest World Music Festival 2009, Sarawak


SELAMAT MEMBACA…



KISAH CINTA YANG IRONIS, MALAYSIA DAN INDONESIA

October 17, 2009

Warga Malaysia
Warga Indonesia dikenali sebagai ‘Bangsa Indonesia’, Tapi warga Malaysia dikenali bersuku-suku Contohnya seperti; orang Melayu, orang Jawa, orang Minang, orang Cina, orang Dayak  dan sebagainya. Sebenarnya bangsa Malaysia tidak pernah wujud hingga ke hari ini, Maka ayat ‘Bangsa Malaysia’ dilihat sangat asing bagi sesiapa warga Malaysia.  Seperti juga di Singapore, tidak ada istilah ‘Bangsa Singapura’. Memang banyak juga negara lain di dunia tidak menggunakan prinsip ‘Bangsa’.

Saya jelaskan hal ini untuk menjawab pertanyaan seorang blogger Indonesia, mungkin juga ada teman-teman yang kurang jelas tentang hal ini. Namun bagi warga Indonesia yang biasa di Malaysia pasti sudah tahu.

Prinsip ini adalah bersesuaian dengan undang-undang yang digunakan, falsafah hidup masyarakat dan sejarah pembentukan Malaysia. Sebab itu di Malaysia, kalau urusan orang Melayu masyarakat lain tidak ikut campur, kalau itu urusan orang Jawa maka Masyarakat lain diam saja,  begitu juga sebaliknya. Meskipun pemerintah dan Raja Malaysia adalah orang Melayu, mereka tetap memberi ruang kepada setiap suku untuk berbincang sendiri permasalahan mereka tanpa diganggu oleh suku lain. Undang-undang yang tegas telah mengawasi hak setiap suku agar tidak diganggu sesiapa.

Komentar dari Teman-Teman
Di Malaysia mengancam atau melancarkan perang terhadap sesuatu pihak boleh membawa hukuman mati mengikut undang-undang negara. Demonstrasi jalanan sudah cukup membawa ke penjara, sebab itu aksi dan ancaman ‘bendera’ dianggap serius oleh banyak pihak.
Setelah membaca beberapa komentar dari teman blogger tentang judul “ANCAMAN PERANG BUKAN MEWAKILI SIKAP MASYARAKAT INDONESIA”, saya rasa tertarik untuk mengupas isu ini berdasarkan fakta, sejarah dan undang-undang. Saya juga temui  komentar dari warga Indonesia yang sangat menarik berdasarkan fakta dan sejarah.  Membaca komentar dari Bintang-Narondang, Alkatro dan Nbi@1523, saya seperti disentuh angin damai yang segar. Mereka ini membahas isu tersebut dengan nada  yang damai sambil mendukung fakta dan logika. Menarik sekali...

Ada juga komentator lain yang bersetuju persamaan asal-usul dalam rumpun ini, tapi tetap tidak bersetuju persamaan budaya atau kesenian. Alasan mereka tidak mahu budaya itu jatuh ke tangan Malaysia . Bukankah aneh bunyinya, kerana cuma mereka yang asal Indonesia yang pertahankan budaya itu di Malaysia. Tidak mungkin Orang Melayu, Orang Jawa atau Orang Minang di Malaysia akan mengubah budaya asal mereka, hanya kerana takut dikatakan “klaim” atau kerana tidak mahu dilabel sebagai ‘pencuri budaya’ oleh pihak tertentu di Indonesia yang punya cita-cita politik.

Seperti kata seorang warga Malaysia  asal Jawa Tengah, yang sudah 25 tahun mendapat taraf warga Malaysia. Dia melontarkan pandangan sinis, “Apakah mereka itu sudah lakukan sepertimana Malaysia menghargai budaya, Apakah itu orang Jawa untuk mengatakan saya mencuri budaya Jawa?”…
tenang wak, tenangggg….…

Wayang Kulit Dan Budaya Asal Indonesia
Di Malaysia, masyarakat asal Indonesia memang tetap hidup dengan budaya itu sejak beberapa generasi, malah sudah ratusan tahun. Sejarah juga telah menjelaskan merekalah yang menemui dan membuka Tanah Melayu. Bukanlah ironis jika anak muda hari ini pada tahun 2009  mengatakan Wayang Kulit sudah jatuh ke tangan Malaysia, Sedangkan sudah ratusan tahun Wayang kulit di negeri Kelantan Malaysia.

Berdasarkan Sejarah, Masyarakat Melayu Kelantan adalah penduduk terawal sekali di Tanah Melayu. Kasihan juga orang melayu … sudah ratusan tahun hidup dengan wayang kulit tiba-tiba tahun 2009 bergelar “pencuri wayang kulit”. Sabar Pakcik….. sabar! Bukan orang lain Pakcik, orang kite yang kecek gitu…

Belum lagi kita bercerita tentang Masyarakat Minang di Negeri Sembilan Malaysia, yang sudah ratusan tahun terkenal dengan adat pepatih dan kebudayaan Minang. Pasti tak terhitung berapa banyak budaya Minang yang mereka ‘klaim’, sebab mereka adalah orang Minang.  Semoga Tok Minang di Nagori bersabor…. Sabor Tok, sabar suborrr….

Setelah ratusan tahun, entah berapa keturunan sudah lahir di Tanah Melayu ini. tiba-tiba tahun 2009 mereka dicaci dan difitnah sebagai pencuri. Sememangnya banyak lagi fitnah dan cacian  keatas warga Malaysia yang asal Indonesia kerana mewarisi budaya mereka. Tulisan saya sebelum ini tentang warga Malaysia bukan berasal dari Amerika atau Eropa seharusnya mampu menjawab persoalan kebudayaan dan kesenian juga. Sesungguhnya ‘majority’ warga Malaysia berasal dari Indonesia, apalagi dalam proses akomodasi pasca merdeka yang turut membawa guru-guru dari Indonesia, yang akhirnya menjadi warganegara Malaysia.  Maka tidak mengejutkan lagu ‘Rasa Sayang’ dinyanyikan di sekolah-sekolah Malaysia sejak merdeka.

Sipadan Dan Ligitan
Saya menganggap isu ini aneh dan sinikal, mungkin di Dunia cuma Malaysia dan Indonesia yang ada masalah yang bernada ironis. Saya bangga dengan sejarah hubungan baik Soeharto dan Dr Mahathir, sebab itu mereka pernah mengatakan, keputusan membawa isu Sipadan ke ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) bertujuan agar tidak membebankan generasi akan datang. Kerana perebutan Sipadan telah terjadi sejak 1930, tapi antara Indonesia, Filipina dan Brunei.

Atas dasar hubungan mesra dua pemimpin ini dan percanggahan prinsip dalam dokumentasi British dan Belanda. Maka keputusan ke mahkamah ICJ dibuat pada 1996, seterusnya difailkan pada 1998. Akhirnya Sipadan menjadi milik Malaysia atas keputusan Mahkamah ICJ di The Hague Belanda pada 17 Dec.2002. Tapi nampaknya kebijaksanaan dua pemimpin ini tidak dilihat dengan betul oleh banyak pihak, dan keputusan Mahkamah ICJ telah jadikan permainan politik pihak tertentu dengan mengatakan Sipadan sudah dicuri atau dengan istilah ‘dicaplok’ oleh Malaysia. Siapakah dalam dunia ini percaya pulau bisa dicuri?  cuma segelintir warga Indonesia yang tahu jawabannya, Ini yang saya katakan aneh dan ironis…

Sebenarnya Malaysia dan Singapore juga telah membawa isu Batu Putih ke ICJ, dan keputusan ICJ telah memihak kepada Singapore. Tapi tidak timbul ‘tuduhan mencuri’ kerana sama-sama menghormati keputusan undang-undang. Begitu juga isu perbatasan Malaysia dan Brunei, masih ada yang belum beres cuma kedua-dua pihak senang pada undang-undang.
Alangkah senang kalau kita percaya pada undang-undang, tidak perlu berteriak di jalanan dengan segala slogan provokasi. Mengapa isu Ambalat tidak dibawa ke Mahkamah? Mungkin menyadari kita bukanlah rumpun yang percaya pada undang-undang. Kita rasa sangat pahit untuk menerima undang-undang, tapi senang sekali saling mencaci…

Slogan Ganyang Malaysia
Sewaktu pemerintahan Soekarno slogan ‘GANYANG MALAYSIA’ dihangatkan kerana mahu Malaysia bersama dalam Indonesia Raya. Fakta Sejarah juga menjelaskan adanya ‘Ambition’ yang sangat besar antara dua pemimpin Malaysia dan Indonesia pada waktu itu. Konfrontasi tersebut bukan kerana persamaan budaya atau kesenian, tapi kerana hal yang lebih besar dan melibatkan PBB. Soekarno mahu menyerang Malaysia bukan disebabkan adanya kebudayaan Indonesia di Malaysia seperti batik, tarian dan seumpamanya.

Konfrontasi tersebut turut melibatkan banyak pihak dan banyak cita-cita, rasanya tidak perlu saya bahaskan disini. Cuma kita harus faham bahawa slogan ‘GANYANG MALAYSIA’ bukan kerana hal remeh dan sudah selesai seperti yang diadu domba pada hari ini.

Lagu Terang Bulan dan Negaraku
Pada tahun 1957, pemerintah Indonesia sangat menghargai lagu Terang Bulan dijadikan lagu kebangsaan Malaya dengan nama ‘Negaraku’. Pihak RRI dan Pemerintah Indonesia telah menyatakan penghargaannya atas penerimaan lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan Malaya (Malaysia belum wujud) pada hari kemerdekaan Malaya 31 August 1957. “Pada waktu itu pihak Pemerintah Indonesia juga telah melarang lagu tersebut diputar, dimainkan atau diperdengarkan melodinya pada setiap kejadian biasa” sebagai menghormati Malaya yang baru merdeka. Data ini boleh dikaji dalam beberapa media Indonesia dan buku sejarah Indonesia.

 Tapi pada 2009, para blogger, media dan ahli politik telah mengatakan lagu itu telah dicuri. Caci-mencaci antara dua pihak, saling mencari kelemahan dan keburukan… blogger Malaysia dan blogger Indonesia berperang di dunia maya. Yang mencaci adalah orang melayu dan yang dicaci juga orang melayu… dan pastinya orang Islam. Ironisnya semua persoalan ini timbul pada tahun 2009, atau lebih tepat menjelang PEMILU di Indonesia.

KEDAMAIAN BUKAN HANYA SATU SLOGAN
Bicara soal kedamaian adalah sesuatu yang sangat mudah, meneriakkan slogan kedamaian juga sangat romantis. Tapi jelas sekali kita belum mampu menjiwai arti  kedamaian, mungkin kerana rumpun ini terlalu banyak slogan perjuangan sebab itu urusan kedamaian sekadar basa-basi. Rumpun melayu Islam ternyata mudah diprovokasi, meskipun kebenaran tampak lebih jelas. Saya tidak mahu mengkritik yang lain, tapi saya mengkritik mereka yang seagama dengan saya. Karna kita ada tanggungjawab untuk menjaga imej Islam berdasarkan tingkahlaku kita. Setidaknya kita harus mulakan hubungan baik secara peribadi sesama kita, dan campakkan hal yang meresahkan.

Banyak isu antara Malaysia dan Indonesia yang sudah selesai melalui proses undang-undang atau melalui diplomasi bilateral, tapi dianggap belum beres oleh kelompok tertentu, Maka kelompok yang tidak peka mungkin mencicip saja hidangan itu tanpa melihat isinya. Seperti juga membaca, mereka cuma membaca judul dan terus berlalu sambil membayangkan saja isi artikel tersebut, inilah kelemahan dan punca mengapa kita mudah saja diprovokasi. Tidak peka dan tidak membaca adalah punca utama, akhirnya kedamaian hanya tinggal slogan saja. Dunia hari ini membuka ruang sebesarnya untuk kita membaca dan mencari sumber atau data, bukan untuk menjadikan kita pengikut arus yang sering hanyut.

Sesungguhnya hubungan Malaysia dan Indonesia amat signifikan dari berbagai aspek kebersamaan budaya, aspirasi dan sejarah. Tidak pernah dua negara ini bersengketa kerana perbedaan, semuanya kerana persamaan atau cita-cita ingin bersama. Malaysia dan Indonesia mungkin tidak akan menikah, tapi akan terus berselingkuh. Kadang-kadang sangat romantis, kadang-kadang sangat ironis. Itulah kisah cinta…

Masalah peribadi antara warga tidak wajar menjadi isu negara, penyelesaian sesuatu isu juga harus specific agar tidak berkembang dalam kelompok yang lebih besar. Sebarang kritikan juga harus specific dan berdasarkan fakta, bukan mengikut saja apa yang didengar. Demonstrasi bukanlah satu budaya atau cara yang betul, sebaiknya undang-undang diterima sebagai wahana penyelesaian masalah. Semua element ini sangat penting dalam melestarikan hubungan ‘cinta’ Malaysia dan Indonesia. karna selama ini perkara yang menjadi isu atau isu yang terjadi banyak sekali bercanggah dengan fakta sebenar. Sesama rumpun melayu  mungkin ada jawabannya..??? Semoga kita semua dapat belajar dari situasi yang meresahkan ini.

** inilah ‘bahasa melayu’ yang dibawa oleh orang Palembang dan Riau ke Tanah Melayu (sekarang semenanjung Malaysia) sekitar lebih 500 tahun yang lalu.
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.