Setelah beberapa waktu tidak dapat online. Saya cuma istirahat untuk menjaga keamanan jantung saya yang tidak stabil. Tanpa meninggalkan rutin membaca setiap hari, saya sempat menonton koleksi lama kartun animasi Upin dan Ipin episode demi episode.
Mengamati watak Upin dan Ipin yang penuh dengan kesederhanaan dalam membawa nilai Islam dan pendidikan. Saya pasti inilah sebabnya kartun animasi ini sangat bermakna untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa atau agama. Kerana Upin dan Ipin juga adalah hasil kreativiti bersama orang Melayu, Cina dan India . Upin dan Ipin telah membawa imej dan mesej tersendiri yang sangat bermanfaat untuk anak-anak Malaysia , secara tidak langsung turut menggerakkan Industri animasi di Malaysia .
Sebaiknya Upin dan Ipin tidak perlu dibandingkan dengan kartun animasi dari negara-negara lain. Negara lain mungkin tidak meminati Upin dan Ipin kerana mereka memiliki animasi yang lebih baik. Namun untuk rakyat Malaysia , Upin dan Ipin adalah satu permulaan yang sangat baik untuk bergerak lebih jauh ke hadapan.
Dari sisi perfileman, Upin dan Ipin telah membawa nafas yang lebih segar buat rakyat Malaysia yang selama ini mungkin sudah bosan dengan filem percintaan yang penuh keangkuhan atau filem kisah-kisah ‘Mat Rempit’ yang membayangkan pencabulan undang-undang jalanraya serta maraknya seks bebas dikalangan muda-mudi melayu di Malaysia. Apakah ada orang luar sana memuji dan mengkagumi kita kerana filem seperti itu? Jelas sekali filem-filem ini tidak pernah mencetus satu fenomena dan kesan minda yang baik.
Saya tertarik dengan pendapat saudara saya yang bukan beragama Islam, dia sangat meminati Upin dan Ipin kerana menampilkan nilai agama Islam yang sederhana dengan cara yang santai. Jika kita mengerti hal ini, betapa kesederhanaan mampu menyentuh jiwa dan minda orang lain. Maka tidak perlu untuk menunjukkan keislaman kita dengan berteriak di jalanan seperti orang hilang akal atau memasang bom di setiap ceruk.
Upin dan Ipin telah membuktikan, betapa indahnya kebersamaan dan sederhanaan. Meskipun kita sudah biasa menonton filem animasi dari negara lain yang penuh dengan aksi-aksi luar biasa. Tapi Upin dan Ipin tetap menarik bagi setiap peringkat usia. Kerana Upin dan Ipin mewah dengan segala kesederhanaan.
Salam Sayang untuk teman-teman blogger
[ Baca Selengkapnya... ]




