Dia bertanya, kenapa warga
Sarawak Land of Hornbill
Negeri Sarawak yang terkenal dengan nama 'Land of Hornbill ’ mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Sebagai negeri yang terbesar di Malaysia, negeri Sarawak membentuk 37.5 % daripada jumlah kawasan negara Malaysia yang terletak di pulau Borneo. Bandaraya Kuching adalah pusat pemerintahan negeri Sarawak.
Kuching di waktu pagi (Cat City)
Kuching di waktu malam (Cat City)
ini pun kucing juga (Cat Statue)
Masyarakat Sarawak
Kalau Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu, secara peribadi saya suka menggelarkan negeri Sarawak sebagai negeri Dayak. Masyarakat Dayak adalah penduduk utama negeri ini dengan populasi Iban atau (Sea Dayak) 34%, diikuti kaum Tionghua 29% , Melayu 20% , Bidayuh (Land Dayak) 7% dan Kelompok Masyarakat Orang Ulu sebanyak 8%. Masyarakat Orang Ulu yang dimaksudkan adalah terdiri dari, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain
Orang kampung saya
Inilah satu daripada ciri yang paling menarik negeri Sarawak , yang membedakannya dari negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan adanya lebih 30 kumpulan etnik peribumi yang bertutur dalam sekurang-kurangnya 45 loghat/dialek yang berbeda, negeri Sarawak boleh berbangga dengan penduduk yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Penduduk negeri Sarawak dapat menikmati bermacam-macam perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Penduduk Sarawak menyambut perayaan tradisional masyarakat Cina dan perayaan keagamaan masyarakat Melayu dan ritual pelbagai Gawai Dayak.Kepelbagaian etnik dan kepesatan ekonomi juga telah membolehkan negeri Sarawak menjadi satu daripada destinasi pelancongan yang paling maju di wilayah ini.
Tun Jugah Centre
Ciri-ciri Dayak juga sangat dominan di negeri Sarawak, Jika berkunjung ke Bandaraya Kuching, pasti kita melihat betapa elegan dan mewahnya bangunan ‘Tun Jugah Centre' bukan sekadar modern shopping complex dan food gallery tapi juga menempatkan Yayasan Kebudayaan Dayak, Dayak Gallery dan Tun Jugah Foundation. Tun Jugah adalah nama seorang tokoh dayak yang paling agung dalam sejarah politik Sarawak dan pembentukan negara Malaysia .
Sedikit Tentang Sejarah
Negeri Sarawak dalam zaman prasejarah memang kurang diketahui umum, kerana tidak terdapat dokumentasi lengkap yang boleh dijadikan sumber. Raja yang memerintah negeri Sarawak adalah Raja berbangsa Inggeris, Dinasti Brooke telah memerintahSarawak selama 100 tahun. Raja James Brooke memerintah Sarawak dari 1841 hingga 1861, Raja Charles Brooke 1861 hingga 1917. dan Raja yang terakhir ialah Raja Charles Vyner Brooke dari 1917 hingga 1941. Berakhirnya Dinasti Raja Brooke telah menyebabkan negeri Sarawak sebagai koloni selama 17 tahun, dari 1946 hinggalah penubuhan negara Malaysia pada 16 september 1963.
Sedikit tentang Wilayah Ekonomi
Sarawak Corridor of Renewable Energy – SCORE, Score sebenarnya adalah Koridor/wilayah pembangunan ekonomi negeri Sarawak yang membabitkan kawasan 70,709 kilometer persegi di wilayah tengah Sarawak, iaitu kira-kira 56.8 % daripada saiz seluruh negeri ini seluas 124,449 kilometer persegi. Koridor itu merangkumi kawasan sepanjang 320 kilometer dari Tanjung Manis di Mukah ke Similajau di Bintulu. Pelaburan awal bernilai lebih RM105.6 bilion dan Mukah dijadikan pusat pentadbiran Koridor ekonomi. Score dijangka membabitkan pelaburan berjumlah RM334 bilion.
Selain itu, 1.6 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan, termasuk lebih 830,000 pekerjaan dalam industri yang diutamakan di Koridor Sarawak. Pembangunan Koridor Sarawak bersifat 'broad-based' yang merangkumi pembangunan ekonomi, perindustrian dan sumber manusia. Sasaran kerajaan adalah untuk membawa pembangunan ke seluruh pelosok Sarawak, menjana dan mengagihkan peluang bermutu secara meluas dan memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati pendapatan lebih tinggi. khususnya di pedalaman dan kawasan kurang maju untuk turut serta dalam ekonomi moden. Semua ini adalah untuk meransang pertumbuhan ekonomi secara berterusan agar mencapai perkapita standard yang melayakkan Sarawak sebagai negeri maju. Status negeri maju bukanlah satu ‘gelaran’ atau ‘pujian’ tapi mencapai pendapatan perkapita setidak-tidaknya sebanyak USD16,000.
Tempat yang saya suka dan acara ekslusif
Sarawak Culture Village dibuka secara rasmi pada tahun 1990, mendapat gelaran ‘muzium kehidupan’ dan sudah mengungguli pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Penduduk kampung ini akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pengunjung dengan bahasa Inggeris. Pengunjung juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak
Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pengunjung boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Budaya Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. Bayaran Masuk ke Sarawak Culture Village; RM 60.00 (Adult) RM 30.00 (Child : 6-12 years old)
Rainforest World Music Festival
Sedikit Tentang Sejarah
Negeri Sarawak dalam zaman prasejarah memang kurang diketahui umum, kerana tidak terdapat dokumentasi lengkap yang boleh dijadikan sumber. Raja yang memerintah negeri Sarawak adalah Raja berbangsa Inggeris, Dinasti Brooke telah memerintah
Sedikit tentang Wilayah Ekonomi
Sarawak Corridor of Renewable Energy – SCORE, Score sebenarnya adalah Koridor/wilayah pembangunan ekonomi negeri Sarawak yang membabitkan kawasan 70,709 kilometer persegi di wilayah tengah Sarawak, iaitu kira-kira 56.8 % daripada saiz seluruh negeri ini seluas 124,449 kilometer persegi. Koridor itu merangkumi kawasan sepanjang 320 kilometer dari Tanjung Manis di Mukah ke Similajau di Bintulu. Pelaburan awal bernilai lebih RM105.6 bilion dan Mukah dijadikan pusat pentadbiran Koridor ekonomi. Score dijangka membabitkan pelaburan berjumlah RM334 bilion.
Selain itu, 1.6 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan, termasuk lebih 830,000 pekerjaan dalam industri yang diutamakan di Koridor Sarawak. Pembangunan Koridor Sarawak bersifat 'broad-based' yang merangkumi pembangunan ekonomi, perindustrian dan sumber manusia. Sasaran kerajaan adalah untuk membawa pembangunan ke seluruh pelosok Sarawak, menjana dan mengagihkan peluang bermutu secara meluas dan memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati pendapatan lebih tinggi. khususnya di pedalaman dan kawasan kurang maju untuk turut serta dalam ekonomi moden. Semua ini adalah untuk meransang pertumbuhan ekonomi secara berterusan agar mencapai perkapita standard yang melayakkan Sarawak sebagai negeri maju. Status negeri maju bukanlah satu ‘gelaran’ atau ‘pujian’ tapi mencapai pendapatan perkapita setidak-tidaknya sebanyak USD16,000.
Tempat yang saya suka dan acara ekslusif
Sarawak Culture Village dibuka secara rasmi pada tahun 1990, mendapat gelaran ‘muzium kehidupan’ dan sudah mengungguli pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Penduduk kampung ini akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pengunjung dengan bahasa Inggeris. Pengunjung juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak
Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pengunjung boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Budaya Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. Bayaran Masuk ke Sarawak Culture Village; RM 60.00 (Adult) RM 30.00 (Child : 6-12 years old)
Tahun ini 13 kumpulan dari luar negara menyertai persembahan RWMF 2009: Zawose Family Africa (Tanzania), Noreummachi (Korea Selatan), Moana & The Tribe (New Zealand), Red Chamber (Kanada/China), Jouhiorkesteri (Finland), Muzsikas (Hungry), Inti Illimani (Chile), Jeff & The Vida (Amerika Syarikat), Dazkarieh (Portugal), Oudaden (Mesir), Poum Tchak (Perancis), Sekaa Jaya Jenggala (Indonesia) dan The Nicholas Orchestra 9 (Poland).
Meskipun langkah keselamatan dan kesihatan yang sangat ketat dibuat oleh pihak penganjur, festival musik tradisional dalam hutan ini dianggap sangat berjaya dengan kehadiran pengunjung lebih 20,000 orang dari seluruh dunia. Selain warga tempatan pengunjung adalah warga asing dari Eropah dan Amerika
Bayaran Masuk RWMF ialah RM250 (dua ratus lima puluh ringgit) seorang.Rainforest World Music Festival 2009, Sarawak
SELAMAT MEMBACA…
44 comments:
penduduk sarawak itu multietnik ya?
Terima kasih informasinya ya mas, jadi ingin main ke sarawak nich. Tpi jauh sekali ya :((
tidak kalah dengan Indonesia yg beraneka ragam suku ya..dan kota kuching indah banget mas :)
wah wah wah..dikalimantan ternyata ada kota yg begitu megah ya..mksdku borneo, malaysia menyebutnya kalimantan jg gak sih bro?
@Mamik Story:
nampaknya begitulah, dan setiap suku ada persatuan tersendiri yang sangat aktif. sama-sama membawa agenda ekonomi dan kemajuan.
terima kasih komentarnya.
@Hitler Jr:
Bisa saja pakai Airasia sob, langsung ke Kuching. murah katanya...
terima kasih
kapan-kapan kalo ada kesempatan Tia mau maen kesana ah kak.. kak Basri mau jadi guidenya Tia kan ??
@Aryo Halim:
'Kalimantan'adalah nama wilayah Indonesia...
Negara Brunei, Kalimantan, Sabah dan Sarawak sama-sama dalam satu pulau Borneo.
maka kami tidak sebut Kalimantan sebab nama itu memaksudkan bagian milik Indonesia.
Dari kuching ke Pontianak sangat dekat, tambang Bas RM45 (Rp180,000). senang saja untuk berkunjung, saya juga sering ke Kota Pontianak.
Terima Kasih komentarnya.
http://en.wikipedia.org/wiki/Borneo
sama juga di sabah peraturannya seperti di sarawak. justru ini yang menjadi penghalang pergerakkan warga malaysia barat ke malaysia timur. aneh sekali satu negara harus mengunakan pasport serta permit kerja dan harus memohon permit tinggal tetap kalau mahu bermastautin di malaysia timur.
slm... kapan ya bisa ziarah ke sarawak?
serawak itu yang ada gunungnya itu bukan?
@Cynthia:
Bisa saja dik, langsung ke Kuching ya.
upah guide bisa discount... hehe
terima kasih
@Seri Bahasa:
Itulah perkara 20 dlm perjanjian pembetukan negara Malaysia 1963, undang-undang ini tidak boleh dibahas secara terbuka dan tidak boleh dipersoal walaupun diMahkamah. semua itu adalah "consensus" maka kita akur saja.
Orang lain fikir, di Malaysia cuma warga Indonesia yang ditangkap dan dipenjara kerana tiada passport atau permit. sedangkan kita sesama warga juga dihukum atas sebab yang sama. Cuma bedanya kita warga Malaysia tidak beremosi dengan budaya demonstrasi jalanan.
semoga kita mampu memcapai status negara maju, dengan disiplin yang ada.
terima kasih atas 'sharing'..
@Anaa:
Kapan-kapan saja, sangat dihargai kunjugannya.
hidangan "kolok mee" buat Anaa.
terima kasih.
"kolok mee" = makanan kegemaran orang Sarawak.
@abubakar:
Sarawak ada gunung santubung. tapi yang tertinggi sekali letaknya di Negeri Sabah, gunung Kinabalu.
saya pun belum pernah ke Sabah.
terima kasih sob,
"kolok mee" dan "kampua mee" enak sekali untuk dicoba... hehe promosi nampak.
KOLOK : dibaca hampir mirip dgn GOLOK yg artinya pedang..wakakakkk
mee : dibaca mirip dgn mie
kolok mie : pedang mie --> buat potong2 mie..hhheeee (peace kak)
aku suka sama kuchingnya kak,,,tar klo maen ke indo bawain aku oleh2 1 kuching mungil ya,,,aku baru tahu jg nih klo penduduk sarawak mayoritas dari kaum dayak,,,thanks infonya kawan,,,salam..!! tukeran link yukk,aku pasang skrg diblogku,,biar aku tetap mengingatmu,,trims
@Anitamu1:
Kolok mee dan Kampua mee rasanya ada di Hong Kong, sebab itu makanan cina.
makanan orang Sarawak lebih kecinaan dan pasti tidak pedas.
Insya Allah ada kelapangan saya akan ke Indonesia bersama kucing mugil...
link sudah saya pasang dengan selamatnya.
terima kasih, keep in touch.
suku-suku yang ada di Serawak banyak yang sama dengan suku-suku saudara kami yang ada di kalimantan bahkan sebagian masih mempunyai hubungan kekerabatan, seperti itu yang pernah saya baca... :)
@intermezo:
ya sob, semua suku-suku yang ada di Sarawak sama dgn Kalimantan dan memang ada hubungan keluarga yang sangat dekat. cuma batas negara yang memisahkan kita...
kelompok suku Dayak adalah penduduk utama, makanya apa saja yang ada kaitan dengan Dayak sangat terkenal di Sarawak.
terima kasih sobat
wah indah bgt ya.. alkatro jd inget dg sahabat di dayak.. thank 4 sharing.. keep spirit ya :)
Assalamu'alaikum saudaraku, beberapa hari belakangan ini saya tak muncul di shoutbox, dikarenakan Url saya telah di banned oleh shoutmix-chat, jika saudaraku Al-Basri ada solusi, mohon bantulah saya untuk mengatasi hal ini.. agar saya dapat berziarah kembali ke semua sahabat2ku di blogger!
Assalamualaikum kak Basri, emmm ternyata sangat indah dan menawan hati Serawaknya kak Basri.
Ingin rasanya main ke Serawak dan mampir di rumahnya kak Basri.
Semoga impianku segera menjadi kenyataan.
Amin.
wah. . wah. . lengkap sangat sobat, indah juga kotamu sob :D
Alkatro,
terima kasih sobat, semoga suatu hari bisa berkunjung ke Sarawak.
Celebrities,
hiks sedih ya, saya pasti solusinya tukar saja ke cbox atau ogix...
terima kasih saudaraku, semoga semangatnya gak di banned.. hehe.
Khusnul,
Waalaikumsalam dik, dengan senang hati adik dijemput ke Sarawak dan sarapan pagi gratis menunggu adik.
saya doakan juga agar impian adik jadi kenyataan. aminnnnn...
terima kasih dik.
NumB3R,
terima kasih sobat, semoga suatu hari bisa mengunjungi tempat saya. biar kita saling berbalas kunjugan sob...
terima kasih atas kunjungan dan komentar.
serawak juga megah..... keren.... pengen juga rasanya main ke kotamu sob.....
Rizky2009,
semoga suatu hari sobat bisa berkunjung ke negeri Sarawak. saya tunggu dengan senang hati, kalau datang makanan Sarawak harus dicoba...
terima kasih, semoga sukses
seharusnya kita berbangga menjadi rakyat malaysia kerana berbilang kaum serta adat resam.
terimakasih...
infomasi cukup padat dan saya kini mengenali serawak dengan lebih dekat... salam satu malaysia
wah kapan ya bisa ke serawak...kalo dapet rejeki bisa aja jalan2 kesana
termasuk besar peluang pekerjaannya, kalo daerah kita terlalu besar pajak yg masuk kepusat ketimbang kedaerah penghasil.
walaupun belum pernah pergi kesana, saya takjub dengan sarawak...dan kuching menjadi sebuah kota metropolitan yg maju.sebuah perkembangan yg patut di acungi jempol. :).kota kota di indonesia perlu belajar dari kuching :)
Seri,
benar Seri dan suatu yang menyenangkan kita bila berbagai kaum ini tidak ketinggalan dalam arus ekonomi dan pendidikan. semuanya sibuk dengan persatuan, dan ada dana sendiri untuk memajukan pendidikan, kebudayaan dan ekonomi kaum mereka. tanpa menunggu dan mengharap sepenuhnya dari pemerintah.
Ini yang saya sangat bangga...
semoga wawasan 2020 akan tercapai dengan baik. terima kasih
Anakkhas,
terima kasih atas kunjungan dan komentar, saya juga akan menjenguk tempat anda.
Rumah Blogger,
semoga saja rejekinya bertambah sob, ditunggu kehadirannya... terima kasih
Sabirinnet,
Nampaknya sobat sangat mengerti ya...
saya rasa sebab itu pemerintah Sarawak memisahkan pusat pentadbiran kerajaan dan pusat pentadbiran ekonomi. agar peluang dan hasil dapat melebar kesetiap pelosok negeri.
terima kasih sobat atas komentar dan kunjungannya
Jhonson blog,
sobat dijemput berkunjung ke Sarawak, Airasia kan ada.. atau melalui pontianak.
Saya rasa Malaysia dan Indonesia boleh juga belajar sedikit tentang hubungan baik 'Sarawak dan Kalimantan Barat'. meskipun ditengah keributan antara Malaysia dan Indonesia. Sarawak dan Kalimantan Barat tetap dengan santai membuat MOU berkaitan budaya, pendidikan dan ekonomi. termasuk juga subsidi oleh kerajaan Sarawak untuk penduduk Kalbar.
Yang terkini, pemerintah Sarawak akan membuka kawasan Industri elektronik dan perdagangan berhampiran perbatasan Sarawak-Kalimantan Barat agar dua pihak sama dapat manfaat dan peluang pekerjaan akan lebih terbuka untuk penduduk setempat.
terima kasih sobat atas kunjugan dan komentar.
@brother basri : memang air asia murah,kalau melalui pontianak masih jauh.saya di kota padang provinsi sumatera barat :).masalahnya saya tidak punya pasport :), bro macam tak tau aja birokrasi di negara ku masih kacau balau segala sesuatu birokrasi perlu biaya besar :)
Tukeran link yuk sob... Link kamu sudah aku pasang di blogroll ku, silahkan di cek... Salam kenal...
Jhonson blog,
sumatera barat, jauh ya...
gak pa2 sob, manalah tau nanti bila ada rejeki dan kesempatan yang baik.
saya ingin juga berkunjung ke kota padang. semoga suatu hari kita bisa berkunjugan.
kata orang di Malaya, makanan Padang paling enak...
terima kasih sob
Wah ternyata multi etnik juga yah.. ohya.. kemana aja nih sahabatku yang satu ini
Rocky,
salam kenal juga, link sobat sudah pun saya pasang diblog ini. terima kasih atas kunjungan.
Saung Web,
maaf sobat,akhir-akhir ini saya memang jarang ada kesempatan online.
terima kasih atas kunjugan dan komentar, saja juga akan berkunjung ke blog sobat.
kapan ya bisa singgah kesana,
sekalian tukeran link, linknya sudah ada di my blog roll, terima kasih (tolong linknya ke halaman Kerja Keras Adalah Energi Kita)
senangnya bisa kenal dengan salah satu blogger dari jiran
kapan-kapan boleh kita rekreasi kesana ngilangin penat karna pekerjaan yang menumpuk.
Post a Comment