News Update :
Showing posts with label Yahudi. Show all posts
Showing posts with label Yahudi. Show all posts

Disebalik Boikot Israel dan Produk Israel

June 17, 2010

Salam,
Bertitik tolak dari isu relawan pro-Palestine yang ditawan dan dibunuh tentera Israel dengan kejam. seluruh negara majority Islam mengecam, dan terkesan sangat marah hingga tercetusnya “Boikot Produk Israel”.

Sedar atau tidak, ditengah keghairahan memboikot produk Israel (menurut mereka). Timbul juga pertanyaan; benarkah produk yang di ‘boikot’ itu dari Negara Israel atau ‘Made in Israel’.

Jika kita teliti produk yang dimaksudkan, kebanyakannya Made in USA, dan selebihnya Made in Taiwan, Made in Singapore dan Made in Malaysia. Justeru dimana produk Made in Israel?

Atau mungkin, sekali lagi kita hanyut oleh rasa marah hingga tidak mampu membedakan produk Israel dan produk Amerika. atau sebaliknya. Seperti kebiasaanya, masyarakat Islam gemar ‘menikmati’ isu Palestine- Israel sebagai isu agama, ini satu faktor yang mendorong kita ‘tersalah benci’ dan ‘tersalah boikot’.

Dengan tagline ‘Israel adalah Yahudi dan Yahudi adalah Amerika’, masyarakat Islam merasakan sebarang produk dari Amerika adalah produk Israel. Namun bolehkah kita mengguna teknologi tanpa produk Amerika?

Kerana Anti-Israel
Seorang blogger politik Malaysia menulis tentang unsur-unsur Yahudi yang terdapat pada bangunan di Malaysia, termasuk di Petronas Twin Tower. Penulis tersebut mengatakan, unsur-unsur bersegi tiga seperti pyramid adalah lambang atau simbol Yahudi dan Israel. Malah dia juga mengatakan, pemerintah Malaysia sedang mengikut aliran Yahudi.

Sebagai orang kampung, saya berasa takut membayangkan illustrasi blogger tersebut. Mengapa tidak! rumah-rumah di Malaysia semuanya berbumbung segi tiga seperti pyramid. Saya takut masyarakat Islam di Malaysia bergotong-royong merobohkan bumbung rumah mereka, hanya kerana percaya segitiga seperti pyramid adalah symbol Yahudi dan Israel. Sebagaimana yang dimaksudkan oleh blogger politik tersebut.

Disebalik kebenciaan kita terhadap Israel, rasanya tidak perlulah memfitnah pihak lain pula. Andaian yang dangkal seperti itu mungkin sekadar lelucon menjadikan kita seorang yang sangat lucu.

Kita mungkin sekadar kelelahan dan tidak mampu untuk terus memboikot atau membenci Israel, semua itu tidak memberi kesan pada mereka. Adalah baik kita membantu rakyat Palestine dengan dengan sumbangan yang berterusan, bukan secara bermusim. Dan inilah yang kita pasti mampu.


p/s: ada yg kata saya "too much" bila menulis begini.

ISU PALESTINE DARI SISI LAIN

April 9, 2010

Entah berapa dekad isu ini sudah bergema, menyentuh jiwa dan kemanusiaan kita. Badan-badan dunia dan NGO mungkin sudah kelelahan menganjurkan perdamaian atau genjatan senjata di Palestian. Entah berapa ramai lagi anak-anak Palestin menjadi korban…oleh kekejaman Israel dan keserakahan pemerintah Palestine.

Kita dinegara-negara Islam mungkin tidak setuju untuk mengkritik kepimpinan Islam seperti Al-fatah atau Hamas. Media nasional lebih banyak menyebarkan berita yang dibumbui candu agama, menyebabkan kita berteriak (sejenak dan terus terlena) dengan slogan ‘Anti’ berdasarkan sentiment agama.

Masyarakat Palestine bukan sahaja beragama Islam, tapi juga beragama Kristian dan Paganisme. Justeru mereka tidak menganggap isu ini berkaitan agama. Meskipun ada kelompok kecil di Amerika atau di negara tertentu yang mempunyai harapan ‘kontra’ dan kepercayaan berbeda berkaitan isu tersebut.

Namun apa yang lebih menjengkelkan adalah sikap pemerintah Palestine itu sendiri, Palestine diperintah oleh seorang President dan seorang Perdana Menteri. Dua pemimpin ini masing-masing memiliki tentera berbeda; Al-fatah dan Hamas. yang siap berjuang untuk mempertahankan survival politik mereka, bukan untuk mempertahankan tanah Palestine atau rakyat Palestine.

Al-fatah dan Hamas memang tidak pernah sependapat dalam urusan pemerintahan Palestine. Jika satu pihak sudah bersetuju dan mahu berdamai dengan Israel, satu pihak lagi tetap menentang dan terus melakukan provokasi terhadap rakyat Israel. Tentera Israel yang ‘responsive’ pastinya mahu menunjukkan kehebatan mereka, akhirnya yang menjadi korban adalah rakyat biasa.

Al-fatah dan Hamas juga sering bergeseran, malah sanggup berbunuhan dan berperang sesama sendiri demi survival politik. Sekali lagi rakyat biasa; anak kecil, wanita dan orang tua yang terkorban dalam peperangan yang sengaja dicetuskan mereka. Malah suatu ketika bila PBB menghantar bantuan makanan serta pakaian untuk rakyat Palestine yang menderita kelaparan dan kedinginan, tentera Al-fatah sanggup menahan dan menyekat kenderaan yang membawa bantuan tersebut demi menunjukkan mereka lebih berkuasa ditanah Palestine.

Waktu itu, dimana suara dunia Islam? Mahu ‘Anti’ siapa? Kita mungkin sekadar berpangku tangan dan mengeluh saja. Untuk menyalahkan Al-fatah dan Hamas, rasanya sudah malu pada dunia.  Namun bila Israel bertindak balas terhadap mereka, kita dengan  pantas melaungkan slogan yang tidak berhujung sambil mencicip candu agama. Tidak pernah ada resolusi dari dunia Islam untuk mendesak  agar Al-fatah dan Hamas bersatu, cuma Arab Saudi secara bersendirian yang berkali-kali menyentuh hal ini.

Adalah suatu yang mustahil untuk mendamaikan Palestine dan Israel, selagi pemimpin Palestine tidak mengubah visi politik kepada survival rakyatnya. Selain masalah politik dalaman Palestine, satu perkara jelas yang mendorong sengketa berterusan antara Palestine dan Israel adalah ‘provokasi’ yang sangat subur antara mereka. Apalah makna ‘kertas’ perjanjian damai yang dianjurkan oleh Amerika dan PBB, jika Al-fatah,  Hamas serta Tentera Israel tidak komited dan bersatu menuju perdamaian.  

Sewaktu masih belajar, Saya juga berkawan dengan warga Palestine dan Jordan yang belajar satu  kampus dengan saya. Hampir setiap minggu dia dapat US$600 kiriman dari keluarga di Palestine, Maka saya membayangkan Palestine bukanlah negara yang terlalu miskin. Saya sempat bertanya isu sensitif ini, namun jelas sekali mereka tidak menganggap isu tersebut berkaitan agama. Selain soal “Hak”, ada masalah politik dalaman yang sering bertukar menjadi perjuangan dan dendam.

Dunia rasanya sudah lelah menyaksikan pemimpin Islam yang tidak bersatu ini, PBB mungkin sudah bosan menjadi ‘orang tengah’ sandiwara mereka. Amerika mungkin sudah ratusan kali menyediakan ‘kertas putih’ dimeja rundingan. Namun dibawah sana tetap saja bertukar letusan peluru dan bom. Anak kecil, wanita dan orang tua menjadi mangsa peluru yang tidak bermata.

Sementara dari jauh, kita sekadar Anti-Amerika, Anti-Israel dan Anti-Yahudi. Sambil memboikot produk Yahudi, kita juga dengan bangga berpetualangan di dunia maya menggunakan produk Yahudi. Sambil mengharamkan KFC dan McDonald, tangan kita sedang ligat menghantar SMS menggunakan produk Yahudi. Sedar atau tidak, jika runtuhnya ekonomi Yahudi, maka runtuhlah ekonomi dunia.

Alangkah baik, rangkaian dunia Islam yang “sangat kaya dan lemah” ini bersatu mendesak Al-fatah, Hamas serta Israel supaya akur dan komited menuju perdamaian. Saya secara peribadi tidak berniat untuk mengkritik atau menyalahkan sistem pemerintahan Palestine, apa yang  saya persoalkan adalah sikap kepimpinan tersebut.

Setiap kali kekejaman di Palestine berulang, kita di Malaysia dan Indonesia memang terkenal dengan budaya demontrasi jalanan. Tindakan itu memang baik untuk ‘penjual nasi bungkus dan pengusaha air mineral’. Tapi apakah ada kesan untuk masa depan anak-anak Palestine, Sedangkan OIC masih dipandang sebelah mata oleh masyarakat dunia. Semua itu kerana kelemahan negara-negara Islam yang sering tidak sependapat, malah terkenal dengan korupsi. Bagaimana mungkin suara kita dihormati dunia, apalagi untuk menentang Israel

ORANG YAHUDI BIJAK DAN BERSATU

October 25, 2009

Salam,
Setelah saya membaca dan memahami komentar dari saudara Jhonson, meskipun mulanya saya salah faham tentang persoalan yang dia maksudkan. Jelas sekali penjelasan yang  dia bawa telah memberi inspirasi untuk saya mencari dan membaca banyak kajian tentang masyarakat Yahudi.

Membaca beberapa kali dari berbagai sumber, Ternyata banyak disiplin yang kita boleh pelajari dari masyarakat Yahudi, mereka cuma 14 juta orang di dunia ini,  tapi sangat berkuasa dan unggul dalam segala bidang. Tidak wajar untuk sekadar membenci mereka dan menolak kebenaran ini dengan alasan politik (zionis) atau agama, kerana dari sudut ethnis memang banyak masyarakat Yahudi yang Muslim.

Posting ini bukan bertujuan untuk membahaskan soal politik atau agama asal mereka, Tapi untuk melihat mengapa mereka sangat bijak dan berkuasa. Sudah tentu jawaban besar kepada soalan ini adalah kerana mereka sangat bersatu, dan saling membantu dimana saja rumpun mereka berada. Beberapa kajian yang saya baca juga menunjukkan masyarakat Yahudi mementingkan budaya Ilmu generasi demi generasi (bukan ilmu hitam). Artikel ini saya tulis berdasarkan beberapa data dari berbagai sumber yang ditulis oleh sarjana barat dan para Ilmuan Islam tentang masyarakat Yahudi.

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Disiplin dalam pemakanan dan budaya ilmu
Pemakanan anak anak Yahudi cukup diawasi, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Anak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan anak yang bijak.
Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) sebab itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Dari sekolah tahun 1 hingga tahun 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Segala pelajaran akan dengan mudah di fahami oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yang diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut mereka, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk pertahanan negara.

Pelajar-pelajar Yahudi sejak sekolah menengah ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupun kadang-kadang  kelihatan lucu dan tidak masuk akal, tetapi diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute pendidikan tinggi seperti Politeknik dan Universiti.

Pelajar-pelajar Yahudi juga sangat agresif dan serius tentang perniagaan. Diakhir tahun di universiti, para pelajar dibidang bisnes dikehendaki melakukan projek dan mempraktikkanya . Mereka hanya akan lulus jika kumpulan tersebut (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terkejut? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak mustahil mereka dapat menguasai ½ perniagaan di dunia! Siapakah yg mencipta design oleh fakulti bisnes dan fesyen

Saling Mendukung Sesama Mereka
Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan mereka untuk memastikan perniagaan mereka menurut landasan yang betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama.

Dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan sejumlah duit tanpa faedah.

Yahudi bersatu kerana agama
Yahudi bersatu dan bekerjasama untuk mendirikan Israel, semata-mata kerana mereka taat pada agama mereka. Walaupun agama mereka dalam pandangan Islam tidak sah. Juga isinya adalah hasil karangan para rahib dan pendeta mereka, bukan sesuatu yang asli dari Allah SWT. Namun harus kita akui semangat mereka membangun Israel ditambah semua kekuatan ekonomi dan lobi politik, semata-mata kerana mereka ingin menjalankan kewajiban agama mereka. Kerana mereka taat menjalankan agama, maka mereka melakukan semua itu. Sebaliknya umat Islam, kebanyakan menghadapi yahudi bukan dengan semangat agama Islam, melainkan dengan semangat nasionalisme sempit, atau sekadar motif-motif yang terlalu rapuh.

Ini yang perlu kita pelajari dari Yahudi. Bagaimana dengan jumlah yang hanya 14 juta saja di seluruh dunia, mereka bisa ampuh dalam mengatasi kelemahan dengan cara tersendiri. Kita umat Islam yang dengan bangga mengatakan diri telah berjumlah 1.7 billion, Tapi masih jauh untuk dikatakan kukuh. Kita masih mendengar caci maki dan tundingan sesat yang ditujukan ke hidung saudara kita sendiri. Kadang-kadang masalahnya sangat  kecil, tapi jadi urusan besar dan berat sekali. Sedangkan Yahudi dengan santai menjalin ukhuwah di antara mereka tanpa ribut-ribut yang mengakibatkan lumpuhnya kekuatan.

Yahudi Menguasai Ekonomi Dunia, Kita masih gagal menguasai diri
Salah satu kelemahan paling dasar  umat Islam adalah masalah ekonomi. Jangankan memiliki, sedangkan untuk sekadar mengatasi rasa lapar saja, jutaan umat Islam di berbagai negara  Islam masih menggantungkan harapan dari belas kasihan negara lain.

Jadi bagaimana mahu bangunkan khilafah, kalau bikin sekolah saja tidak mampu? Bagaimana mahu menegakkan daulah kalau membiayai hidup jamaah saja harus mengemis?

Orang-orang Yahudi tidak sekadar berhenti pada retorika, ketika mereka menyatakan ingin membangun Israel. Mereka tidak pernah berteriak dijalanan melaungkan slogan nasionalisme , Tapi mereka sudah sampai ke level bekerja secara sistematis. Mereka dirikan begitu banyak perusahaan multi nasional yang menguasai hajat hidup masyarakat dunia, sebagai penopang dan tiang penyangga negara impian mereka.

Sementara kita, berhenti hanya sampai retorika belaka, bahkan malah berujung kepada saling menyalahkan sesama sendiri. Tapi sambil menyalahkan, kita tetap saja berpangku tangan, tidak bergerak, tidak mendirikan perusahaan multi-national, tidak menggarap apa-apa.  Dan kita berasa cukup bangga sekali sekadar berjualan dengan MLM, atau jualan minyak wangi, buku, madu, atau apa saja yang mudah diantara yang termudah, Sambil menganggap diri sebagai luar biasa.

Kita juga sudah terbiasa menganggap orang lain maju kerana mengambil hak kita, dan mengharap subsidi setiap kali bersuara. Entah berapa dasawarsa slogan itu sudah basi,  Namun kita tidak pernah malu mengunyah hingga hari ini. Mungkin ada yang merasakan terlalu jauh dan salah untuk mencontohi Yahudi. Tapi lihatlah masyarakat Cina, dimana saja mereka berada mereka mampu mencipta kemajuan  ekonomi. semua itu kerana mereka lebih bersatu, lebih bekerja keras dan sangat mementingkan ilmu.

p/s: sekadar merenung...
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.