Sudah lebih satu minggu saya tidak online, tertanya juga apa yang mahu ditulis... Kebetulan hari minggu yang lalu sahabat lama saya warga
Indonesia, datang melawat saya yang agak kurang sehat. Kami bercerita panjang tentang berbagai isu yang ‘lucu’. Sambil bercanda dan minum teh tanpa gula, dia sempat bertanya tentang undang-undang di negeri
Sarawak. Dia kata, selama 8 tahun bekerja di
Sarawak dia sering tertanya sendiri hal itu, tapi rasa takut untuk bertanya pada orang.
Dia bertanya, kenapa warga
Malaysia dari negeri lain perlu menggunakan passport kalau ke Sarawak dan harus memohon permit kalau ingin bekerja di
Sarawak?. Saya pun ceritakan dari sejarah, politik dan system pemerintahan negeri
Sarawak, yang mungkin boleh memberi jawaban selengkapnya. Nampaknya dia memahami mengapa dan bagaimana, tapi saya tidak akan tulis disini karna kemungkinan boleh menyalahi undang-undang. Cukup sekadar mengatakan Sarawak adalah negeri autonomi sejak 1963, dan sepintas lalu tentang
Sarawak negeri saya.
Sarawak Land of Hornbill
Negeri Sarawak yang terkenal dengan nama
'Land of Hornbill’ mempunyai rakyat yang terdiri dari pelbagai suku kaum. Sebagai negeri yang terbesar di Malaysia, negeri Sarawak membentuk 37.5 % daripada jumlah kawasan negara Malaysia yang terletak di pulau Borneo. Bandaraya Kuching adalah pusat pemerintahan negeri Sarawak.
Kuching di waktu pagi (Cat City)
Kuching di waktu malam (Cat City)
ini pun kucing juga (Cat Statue)
Masyarakat Sarawak
Kalau Semenanjung Malaysia dikenali sebagai Tanah Melayu, secara peribadi saya suka menggelarkan negeri Sarawak sebagai negeri Dayak. Masyarakat Dayak adalah penduduk utama negeri ini dengan populasi Iban atau (Sea Dayak) 34%, diikuti kaum Tionghua 29% , Melayu 20% , Bidayuh (Land Dayak) 7% dan Kelompok Masyarakat Orang Ulu sebanyak 8%. Masyarakat Orang Ulu yang dimaksudkan adalah terdiri dari, Kayan, Kenyah, Lun Bawang, Penan, Kelabit, Kedayan, Bisaya, Berawan, Lahanan, Sekapan, Kejaman, Punan, Baketan, Ukit, Sihan, Tagal, Tabun, Saban, Lisum, Longkiput dan lain-lain
Orang kampung saya
Inilah satu daripada ciri yang paling menarik negeri Sarawak, yang membedakannya dari negeri-negeri lain di Malaysia. Dengan adanya lebih 30 kumpulan etnik peribumi yang bertutur dalam sekurang-kurangnya 45 loghat/dialek yang berbeda, negeri Sarawak boleh berbangga dengan penduduk yang mengamalkan pelbagai tradisi, adat dan agama. Penduduk negeri Sarawak dapat menikmati bermacam-macam perayaan yang berwarna-warni sepanjang tahun. Penduduk Sarawak menyambut perayaan tradisional masyarakat Cina dan perayaan keagamaan masyarakat Melayu dan ritual pelbagai Gawai Dayak.Kepelbagaian etnik dan kepesatan ekonomi juga telah membolehkan negeri Sarawak menjadi satu daripada destinasi pelancongan yang paling maju di wilayah ini.

Tun Jugah Centre
Ciri-ciri Dayak juga sangat dominan di negeri Sarawak, Jika berkunjung ke Bandaraya Kuching, pasti kita melihat betapa elegan dan mewahnya bangunan ‘Tun Jugah Centre' bukan sekadar modern shopping complex dan food gallery tapi juga menempatkan Yayasan Kebudayaan Dayak, Dayak Gallery dan Tun Jugah Foundation. Tun Jugah adalah nama seorang tokoh dayak yang paling agung dalam sejarah politik Sarawak dan pembentukan negara Malaysia.
Sedikit Tentang Sejarah
Negeri Sarawak dalam zaman prasejarah memang kurang diketahui umum, kerana tidak terdapat dokumentasi lengkap yang boleh dijadikan sumber. Raja yang memerintah negeri Sarawak adalah Raja berbangsa Inggeris, Dinasti Brooke telah memerintah Sarawak selama 100 tahun. Raja James Brooke memerintah Sarawak dari 1841 hingga 1861, Raja Charles Brooke 1861 hingga 1917. dan Raja yang terakhir ialah Raja Charles Vyner Brooke dari 1917 hingga 1941. Berakhirnya Dinasti Raja Brooke telah menyebabkan negeri Sarawak sebagai koloni selama 17 tahun, dari 1946 hinggalah penubuhan negara Malaysia pada 16 september 1963.
Sedikit tentang Wilayah Ekonomi
Sarawak Corridor of Renewable Energy – SCORE, Score sebenarnya adalah Koridor/wilayah pembangunan ekonomi negeri Sarawak yang membabitkan kawasan 70,709 kilometer persegi di wilayah tengah Sarawak, iaitu kira-kira 56.8 % daripada saiz seluruh negeri ini seluas 124,449 kilometer persegi. Koridor itu merangkumi kawasan sepanjang 320 kilometer dari Tanjung Manis di Mukah ke Similajau di Bintulu. Pelaburan awal bernilai lebih RM105.6 bilion dan Mukah dijadikan pusat pentadbiran Koridor ekonomi. Score dijangka membabitkan pelaburan berjumlah RM334 bilion.
Selain itu, 1.6 juta peluang pekerjaan akan diwujudkan, termasuk lebih 830,000 pekerjaan dalam industri yang diutamakan di Koridor Sarawak. Pembangunan Koridor Sarawak bersifat 'broad-based' yang merangkumi pembangunan ekonomi, perindustrian dan sumber manusia. Sasaran kerajaan adalah untuk membawa pembangunan ke seluruh pelosok Sarawak, menjana dan mengagihkan peluang bermutu secara meluas dan memastikan rakyat Sarawak dapat menikmati pendapatan lebih tinggi. khususnya di pedalaman dan kawasan kurang maju untuk turut serta dalam ekonomi moden. Semua ini adalah untuk meransang pertumbuhan ekonomi secara berterusan agar mencapai perkapita standard yang melayakkan Sarawak sebagai negeri maju. Status negeri maju bukanlah satu ‘gelaran’ atau ‘pujian’ tapi mencapai pendapatan perkapita setidak-tidaknya sebanyak USD16,000.
Tempat yang saya suka dan acara ekslusif
Sarawak Culture Village dibuka secara rasmi pada tahun 1990, mendapat gelaran ‘muzium kehidupan’ dan sudah mengungguli pelbagai anugerah di peringkat antarabangsa. Perkampungan seluas 17 ekar ini mempunyai seramai 150 orang penduduk yang mempamerkan aktiviti harian suku kaum negeri Sarawak seperti aktiviti memproses sago dan menghasilkan kraftangan. Penduduk kampung ini akan menerangkan tentang cara hidup dan kepelbagaian budaya mereka kepada pengunjung dengan bahasa Inggeris. Pengunjung juga boleh melihat replika bangunan yang mewakilkan setiap suku kaum pribumi utama yang ada di Sarawak
Perkampungan ini juga mempunyai sebuah pentas di mana pengunjung boleh menyaksikan persembahan tarian tradisional pelbagai kaum, sebuah restoran dan kedai kraftangan. Anda juga boleh melangsungkan perkahwinan anda di Kampung Budaya Sarawak mengikut gaya tradisi kaum Iban, Melayu, Bidayuh atau Orang Ulu. Bayaran Masuk ke Sarawak Culture Village; RM 60.00 (Adult) RM 30.00 (Child : 6-12 years old)
Rainforest World Music Festival
Sarawak Culture Village juga adalah tempat berlangsungnya RWMF setiap tahun. Dengan penyertaan dan kehadiran pengunjung dari seluruh dunia RWMF, telah pun bertahan selama 12 tahun dan tahun 2009 adalah edisi yang ke 12. Rainforest World Music Festival di Sarawak juga telah diktiraf sebagai Top 10 World Music Festival oleh the World Music Expo (WOMEX), Aseanta Award of Excellence 2009 dan telah mendapat anugerah UNESCO pada tahun 2007.
Tahun ini 13 kumpulan dari luar negara menyertai persembahan RWMF 2009: Zawose Family Africa (Tanzania), Noreummachi (Korea Selatan), Moana & The Tribe (New Zealand), Red Chamber (Kanada/China), Jouhiorkesteri (Finland), Muzsikas (Hungry), Inti Illimani (Chile), Jeff & The Vida (Amerika Syarikat), Dazkarieh (Portugal), Oudaden (Mesir), Poum Tchak (Perancis), Sekaa Jaya Jenggala (Indonesia) dan The Nicholas Orchestra 9 (Poland).
Meskipun langkah keselamatan dan kesihatan yang sangat ketat dibuat oleh pihak penganjur, festival musik tradisional dalam hutan ini dianggap sangat berjaya dengan kehadiran pengunjung lebih 20,000 orang dari seluruh dunia. Selain warga tempatan pengunjung adalah warga asing dari Eropah dan Amerika
Bayaran Masuk RWMF ialah RM250 (dua ratus lima puluh ringgit) seorang.
Rainforest World Music Festival 2009, Sarawak
SELAMAT MEMBACA…