News Update :
Showing posts with label Malaysia Blogger. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Blogger. Show all posts

Nuffnang sepintas lalu

June 24, 2010

Salam,
Sebelum ini ada teman-teman dari Blogger Indonesia bertanya di Cbox saya tentang Nuffnang (iklan diblog saya). Cuma hari ini saya baru terfikir untuk menulis sedikit tentang Nuffnang, mungkin disebabkan nilai Alexa diblog ini sangat lumayan dan mencapai angka berjuta. Berbanding sebelum ini cuma 200 ribu.

Sebagai memulakan hidup baru tanpa backlink dan PR, saya cuba menulis apa saja. Mungkin Nuffnang sepintas lalu dapat menjadi informasi santai buat teman-teman blogger Indonesia.

Sejarah
Nuffnang adalah sebuah syarikat pengiklanan blog antara yang paling berjaya di peringkat Asia. Ditubuhkan pada Februari 2007, oleh Blogger Timothy Tiah Ewe Tiam dan Cheo Ming Shen. Mereka membangunkan perkhidmatan (Jasa=bahasa Indonesia) pengiklan blog kerana sedar dengan perkembangan pasaran blog di Malaysia. Dalam waktu 2 tahun, mereka telah berkembang ke Singapore, Filipina dan yang terkini bisnes mereka telah berkembang ke Australia.

Seperti diblog ini, Nuffnang ada 3 format iklan iaitu Leaderboard (728 x 90) , Skycraper (160 x 300) & Large Rectangle (336 x 280). Dengan 3 peluang penjanaan pendapatan melalui CPC, CPM & Advertorial.

CPC = Cost Per Click - dibayar pada setiap click,
CPM = Cost Per Impression - dibayar setiap 1000 impression.
Advertorial - dibayar dengan menulis entri/posting.

Glitterati
Glitterati adalah program eksklusif untuk blogger-blogger Malaysia dengan menawarkan hasil pendapatan yang lebih tinggi berbanding ahli biasa, dengan syarat kita tidak boleh menyertai/mempamerkan mana-mana iklan dari Syarikat iklan Asia tenggara. Namun anda masih bebas menggunakan Google Adsense, Chitika & sebagainya kerana mereka bersifat global.

Blog ini (www.al-basri.com) juga termasuk Glitterati (eksklusif), ertinya setiap klik adalah RM0.25. Namun ada berbagai program lain turut diberikan untuk ahli Glitterati, termasuk dijemput untuk menghadiri acara-acara yang mereka sponsor seperti menonton wayang tayangan perdana, perasmian produk, pertemuan blogger dan aktiviti sosial yang lain.

Untuk teman-teman yang tertanya, adakah Blogger Indonesia boleh ikut program Nuffnang. silalah berhubung dengan mereka di www.nuffnang.com.my. dan menurut pengalaman saya, mereka sangat mesra dengan pertanyaan.

Oleh kerana orang Nuffnang adalah Blogger yang aktif dan mereka memiliki sistem keselamatan yang canggih, mereka juga tahu ada kelompok yang melakukan fraud klick. maka ada akibat sedang menunggu kesalahan tersebut.

Selamat beristirahat...Berhati-hati di jalan raya.

Disebalik Boikot Israel dan Produk Israel

June 17, 2010

Salam,
Bertitik tolak dari isu relawan pro-Palestine yang ditawan dan dibunuh tentera Israel dengan kejam. seluruh negara majority Islam mengecam, dan terkesan sangat marah hingga tercetusnya “Boikot Produk Israel”.

Sedar atau tidak, ditengah keghairahan memboikot produk Israel (menurut mereka). Timbul juga pertanyaan; benarkah produk yang di ‘boikot’ itu dari Negara Israel atau ‘Made in Israel’.

Jika kita teliti produk yang dimaksudkan, kebanyakannya Made in USA, dan selebihnya Made in Taiwan, Made in Singapore dan Made in Malaysia. Justeru dimana produk Made in Israel?

Atau mungkin, sekali lagi kita hanyut oleh rasa marah hingga tidak mampu membedakan produk Israel dan produk Amerika. atau sebaliknya. Seperti kebiasaanya, masyarakat Islam gemar ‘menikmati’ isu Palestine- Israel sebagai isu agama, ini satu faktor yang mendorong kita ‘tersalah benci’ dan ‘tersalah boikot’.

Dengan tagline ‘Israel adalah Yahudi dan Yahudi adalah Amerika’, masyarakat Islam merasakan sebarang produk dari Amerika adalah produk Israel. Namun bolehkah kita mengguna teknologi tanpa produk Amerika?

Kerana Anti-Israel
Seorang blogger politik Malaysia menulis tentang unsur-unsur Yahudi yang terdapat pada bangunan di Malaysia, termasuk di Petronas Twin Tower. Penulis tersebut mengatakan, unsur-unsur bersegi tiga seperti pyramid adalah lambang atau simbol Yahudi dan Israel. Malah dia juga mengatakan, pemerintah Malaysia sedang mengikut aliran Yahudi.

Sebagai orang kampung, saya berasa takut membayangkan illustrasi blogger tersebut. Mengapa tidak! rumah-rumah di Malaysia semuanya berbumbung segi tiga seperti pyramid. Saya takut masyarakat Islam di Malaysia bergotong-royong merobohkan bumbung rumah mereka, hanya kerana percaya segitiga seperti pyramid adalah symbol Yahudi dan Israel. Sebagaimana yang dimaksudkan oleh blogger politik tersebut.

Disebalik kebenciaan kita terhadap Israel, rasanya tidak perlulah memfitnah pihak lain pula. Andaian yang dangkal seperti itu mungkin sekadar lelucon menjadikan kita seorang yang sangat lucu.

Kita mungkin sekadar kelelahan dan tidak mampu untuk terus memboikot atau membenci Israel, semua itu tidak memberi kesan pada mereka. Adalah baik kita membantu rakyat Palestine dengan dengan sumbangan yang berterusan, bukan secara bermusim. Dan inilah yang kita pasti mampu.


p/s: ada yg kata saya "too much" bila menulis begini.

SERI BAHASA COMMUNITY AWARD

March 17, 2010

Salam Hormat,
Sekali lagi saya mendapat Award, tapi kali dengan perasaan yang berbeda. Mungkin kerana Blog Seri Bahasa banyak mengajar saya tentang Bahasa Melayu makanya ada nilai sentimental buat saya. Ini juga Award pertama yang saya dapat dari Blogger Malaysia, karna kebiasaannya Blogger Malaysia tidak gemar pada Award tapi lebih suka pada TAG atau Contest.

Di dunia nyata mungkin saya tidak pernah bertemu Blogger Seri Bahasa,  tapi di dunia Cyber terasa sangat akrab. Pertama kali saya tertarik dengan Blog ini kerana terdapat banyak bahan rujukan tentang pepatah melayu, peribahasa melayu dan juga koleksi pantun dari masyarakat melayu nusantara. Suatu yang indah bagi saya bila berkesempatan untuk belajar banyak perkara tentang rumpun melayu. Semoga apa yang dilakukan Seri dapat dicontohi oleh blogger melayu yang lain, meskipun bahasa Inggeris itu penting tidak bermakna keindahan bahasa Melayu ditinggalkan.

Terima kasih setinggi-tingginya buat Seri atas penghargaan ini, semoga Seri Bahasa Community Award dapat mengeratkan lagi persahabatan dan juga persaudaraan antara kita semua.


 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.