News Update :
Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Ayam Pansuh | Makanan Masyarakat Dayak

June 25, 2010

Salam,
Berpetualang ke blog Mbak Nura di Saudi Arabia, terjumpa nama makanan yang agak asing bagi saya. Ternyata banyak juga makanan orang Indonesia yang saya tidak tahu.

Sambil terbayang keenakan ‘Batagor’. saya ingin juga perkenalkan Ayam Pansuh, makanan masyarakat Dayak yang sungguh terkenal di Sarawak. Biar sama-sama kita terliur..haha

Meskipun Perayaan Gawai Dayak sudah berlalu, tapi Ayam Pansuh boleh dinikmati di restoran-restoran seluruh Sarawak. Kerana Ayam Pansuh memang turut digemari oleh masyarakat lain di Malaysia umumnya.

Ayam Pansuh, atau 'Manok Pansuh' dalam bahasa Dayak dimasak dalam buluh sepertimana cara tradisional, dan ini yang mengekalkan aroma dan nilai keasliannya.

Bila disebut masak dalam buluh (buluh = bambu bahasa Indonesia), pasti kita terbayang betapa enaknya Ayam Pansuh. Jika berkunjung ke Sarawak, jangan lupa mencuba makanan Dayak yang terkenal ini.

nikmatilah gambar ini...hmmm

...lebih enak dari KF*, nyam..nyam...

Untuk menambah rasa terliur, 
silakan menikmati Batagor di blog Mak Nura , Happy Blogging...

photo credit to link

SARAWAK KOLOK MEE

May 15, 2010

Salam santai.
Kali ini saya nak promosi makanan Sarawak yang terkenal dan sederhana, mungkin juga sebagai informasi  untuk teman-teman blogger. Kebetulan ada permintaan dari sahabat blogger Indonesia (Alkatro) agar saya posting tentang Sarawak Kolok Mee.
Kolok Mee adalah makanan yang sangat sinonim dan digemari masyarakat Sarawak, malah siapa saja yang pernah ke negeri Sarawak akan menganggap kolok mee sebagai makanan yang sangat popular diseluruh Sarawak.

Pada asalnya Kolok Mee adalah makanan masyarakat Tionghua yang mudah disediakan, masyarakat Tionghua adalah penduduk utama dan kedua terbesar di negeri Sarawak setelah masyarakat Dayak.

Meskipun Kolok Mee adalah hidangan yang ringkas dan mudah, namun terdapat tips and trick yang tersendiri, dengan langkah-langkah penyediaan yang menarik untuk menghasilkan rasa yang lebih authentic dan Sarawakian…haha

Free Image HostingHidangan Kolok Mee biasanya ditambah dengan ayam, seafood, cendawan, hirisan daging atau char siew (non-Halal).  dan dihidang bersama sup yang diasingkan.
Sebenarnya Kolok Mee tidak sama dengan Wanton mee atau Hakka mee. Cuma ada sedikit persamaan dengan Kampua mee yang terkenal dikalangan masyarakat Foo Chow di Bandar Sibu. Namun Kampua mee dihidang dengan cara dan bahan yang berbeda dengan Kolok Mee.

Free Image Hosting

Kolok Mee is a type of noodle dish commonly found in Sarawak. It is served throughout the day - for breakfast, lunch or even supper. It is made of egg noodle, blanched in water that looks like instant noodle and served in a light sauce with some condiments like shredded beef.

Informasi untuk pengunjung:
Sarawak Kolok Mee terdapat dalam versi Halal dan non-Halal.
nyam,nyam...nyamm

Makanan Eksotik Masyarakat Melanau

August 26, 2009


Sempena bulan puasa ini, saya mahu perkenalkan makan kegemaran masyarakat saya buat teman-teman. mungkin agak aneh atau menggelikan bagi yang tidak biasa. Masyarakat melanau adalah penduduk minority di negeri Sarawak, Malaysia. Pada asalnya masyarakat melanau adalah paganisme, cuma sekarang ada yang beragama Islam atau Kristian dan selebihnya masih pagan. Sejarah ada menjelaskan sedikit tentang latarbelakang masyarakat melanau yang berasal dari Mongolia atau Selatan China. Berbagai jenis makanan mentah yang menjadi kegemaran kami turut memperkukuhkan fakta ini. Masyarakat saya lebih suka makan rebus atau mentah berbanding goreng.

Ini dipanggil Umai, hirisan ikan mentah yang masih segar. Pastinya hirisan ikan ini tidak dimasak, Cuma diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar, chilli, garam, dan sedikit penambah perisa.


Hmmm…. Ingat puasa tu


Versi ini dimakan bersama sambal yang diasingkan.
Bagaimana, Mahu cuba…? Enak Sob…


Ini versi original, Beginilah hidangannya sob, Dah siap tu… Hmmmm
(Bagi kami masyarakat melanau, umai tidak dimakan bersama nasi)



Yang ini lagi dahsyat, dalam bahasa melanau dipanggil ‘Siet’. Semestinya teman-teman kenal gambar dibawah. Di daerah saya harga satu kilo mencecah RM35 (ringgit). Kalau beli seekor ukuran biasa harganya 20 sen, dan kalau yang gemuk harganya 30 sen seekor. Lagi gemuk, 50 sen. Oleh kerana ulat ini sangat enak, soal harga tidak menjadi masalah bagi orang Melanau atau orang Cina ditempat saya.
Kenal…? Ulat ni !


Belum kenal lagi? Boleh digoreng atau direbus…


Tak percaya? Tengah masak ni…



Inilah dua jenis makanan eksotik yang paling digemari masyakat melanau termasuk saya. Jika teman-teman berkunjung ke daerah Mukah Sarawak, hampir semua restoran menyediakan makanan ini. Kerana ‘Umai’ dan ‘Siet’ atau makanan laut adalah trade mark bagi masyarakat melanau. Harga umai satu porsi dari RM15 dan terserah permintaan kita. Kalau saya, RM20 baru cukup… Manakala harga 'siet' satu porsi RM20 hingga RM30, yang ini jangan makan lebih…nanti gemuk.




Selamat Puasa buat semua...

 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.