Hari ini saya sengaja posting puisi buat teman-teman,
untuk meredakan ketegangan membaca artikel saya sebelum ini...
Semoga anda santai dan istirahat dihari minggu
Aku dan Rindu
Sepasang rindu yang malu
Merangkak payah dihadapanmu
Tidak jua ia mengharap jawaban
Untuk soalan yang bisu itu.
Mungkin bimbang pada ketidakdayaan diri
Untuk membayar keikhlasan hati.
Sebutir bintang yang lusuh
Merangkak lesu ke ambang pagi
Sukarnya untuk menyembunyikan kerinduan
Biarpun dalam kegelapan malam sepekat ini
Mengharap cintanya akan terus bersinar
Seperti setiap kali terbit fajar
Aku sekedar hati yang tidak bernama
Dalam perjalanan penuh rahsia
Tidak pernah terhenti menyintaimu
Biarpun seringkali aku terjatuh
Kerana jiwa ini sentiasa mekar
Seperti dalam renungan lembut seorang kekasih
Sesekali ku lontar rindu ke wajah laut
Terasa begitu payah merenangi hatimu
Tidak jua aku mengharap pilihan
Selain menjadikan cinta satu kekuatan.
Apakah kita akan terus berapungan
Diantara rindu dan waktu
Atau arus yang deras ini
Bisa menghanyutkan debu curiga.
Sepasang rindu yang malu
Merangkak payah dihadapanmu
Tidak jua ia mengharap jawaban
Untuk soalan yang bisu itu.
Mungkin bimbang pada ketidakdayaan diri
Untuk membayar keikhlasan hati.
Sebutir bintang yang lusuh
Merangkak lesu ke ambang pagi
Sukarnya untuk menyembunyikan kerinduan
Biarpun dalam kegelapan malam sepekat ini
Mengharap cintanya akan terus bersinar
Seperti setiap kali terbit fajar
Aku sekedar hati yang tidak bernama
Dalam perjalanan penuh rahsia
Tidak pernah terhenti menyintaimu
Biarpun seringkali aku terjatuh
Kerana jiwa ini sentiasa mekar
Seperti dalam renungan lembut seorang kekasih
Sesekali ku lontar rindu ke wajah laut
Terasa begitu payah merenangi hatimu
Tidak jua aku mengharap pilihan
Selain menjadikan cinta satu kekuatan.
Apakah kita akan terus berapungan
Diantara rindu dan waktu
Atau arus yang deras ini
Bisa menghanyutkan debu curiga.
al-basri
Malaysia






