News Update :

Upin dan Ipin kebanggaan untuk bangsa Melayu

August 28, 2010

Salam buat semua,

Berbicara tentang kartun animasi Upin dan Ipin, dan pencapaiannya. tentu sekali mengundang senyum untuk bangsa melayu di Malaysia.

upin ipin

Animasi Upin dan Ipin bukan sahaja lahir dari tangan kreatif anak muda melayu. Malah kejayaan ini juga adalah hasil keberanian dan kesungguhan usahawan melayu, Hj. Burhanuddin Md Radzi dengan mengambil risiko untuk terjun ke dalam bidang yang sungguh asing ini.

Bangsa melayu di Malaysia yang membesar dan terdidik dengan kritikan sebagai bangsa yang tidak berdaya saing. Akhirnya membuktikan bangsa melayu, telah mampu mencipta satu fenomenal dalam dunia animasi 3D. Justeru melayu bukan sekadar ‘hanya menikmati’ atau ‘hanya mampu memuji’ karya orang lain, tapi sudah mencipta untuk dinikmati bangsa lain pula.

Pencapaian bangsa melayu di negara lain tentu lebih hebat, dan mungkin sudah memiliki pelbagai kejayaan besar. Namun bagi bangsa melayu di Malaysia, animasi Upin dan Ipin adalah langkah permulaan yang besar untuk menempah jalan yang lebih jauh dalam dunia animasi.


upin ipin 2


Kerjasama Les’ Copaque dan Disney Channel telah menyaksikan siri animasi 3D Upin dan Ipin serta filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan di 17 negara Asia Tenggara dan Korea. Kerjasama tersebut juga turut membuka ruang untuk pasaran Eropah.

Meskipun saya bukan berbangsa melayu, tapi sebagai rakyat Malaysia saya tumpang bangga dengan pencapaian kartun animasi Upin dan Ipin serta warga kerja Les’ Copaque. Lebih dari itu, animasi Upin dan Ipin turut mendukung kerukunan hidup berbagai bangsa dalam 1Malaysia.

upin ipin 3

Sudi atau tidak, kita harus mengakui filem animasi Upin dan Ipin telah bergerak ke pentas dunia. Sekaligus memberi ruang persaingan yang cukup sihat untuk industri animasi 3D di Malaysia.

p/s:  menjadi warga Malaysia, tidak membunuh identiti bangsa saya. 


Credit: semua gambar adalah milik dan  hakcipta  Les’ Copaque
Share this Article on :

29 comments:

Unknown said...

salam sahabat
ehm saya pernah nonton meski singkat

Melanau Blogger said...

saya pun tumpang bangga dengan pencapaian filem animasi upin dan ipin. terima kasih

harto said...

disamping kebanggaan bangsa melayu, juga disini (Indonesia) jadi primadonanya anak-anak.... hebaaat, selamat yaaa....
sampai anak saya yang di Sekolah Dasar dan cucu saya paliiiing senang nonton film upin ipin, sampai-sampai sekarang hampir disetiap jalan banyak yang menjajakan balon upin ipin.
(... betul, betul, betuuul....)
trims infonya, sukses selalu n tetap semangat

BRI Jakarta Veteran said...

Upin & Ipin termasuk film animasi yang sangat digemari oleh anak-anak di Indonesia

Warna Tulisan said...

film animasi Upin & Ipin memberikan warna tersendiri bagi dunia anak-anak ditengah maraknya film bertema remaja, salam.

alkatro said...

animasi versi 3d belum pernah nonton he he, kisah ipin upin yg disajikan meliputi hiburan khas dan isi cerita penuh dengan tuntunan yang baik. my cousin baru umur 3 tahun sudah fasih menirukan 'style' tokoh tersebut. :D

al-basri said...

@Dhana:
terima kasih atas kunjungan dan komentarnya.

al-basri said...

@Melanau Blogger;
ya, samalah kita. terima kasih

al-basri said...

@Harto;
haha.. kabarnya di Indonesia penggemar animasi upin dan ipin 3 kali lebih ramai berbanding di Malaysia.

terima kasih sobat

al-basri said...

@BRI Jakarta Veteran;
terima kasih komentarnya.

@Warna Tulisan:
benar sobat, kehadiran upin dan ipin tentunya menyenangkan kita.
terima kasih

al-basri said...

@Jiox;
semua kartun upin dan ipin yang ditayangkan adalah animasi 3D, manakala animasi 2D adalah seperti kebayan lip lap di Indonesia.
di Malaysia juga banyak kartun animasi 2D.

terima kasih atas komentar.

tehr said...

bukan sahaja untuk kanak2, malah orang dewasa juga boleh mengambil faedah dari animasi ini
ia memang bagus - kan? kan? kan?

al-basri said...

@tehr:
betul..betul..betul.. termasuk saya pun sangat meminati upin dan ipin.
terima kasih

lina@happy family said...

Saya juga penggemar upin dan ipin. Maju terus upin dan ipin...

al-basri said...

@lina@happy family;
betul..3x, kita sama penggemar upin dan ipin.
terima kasih Lina.

pengumpulblog said...

upin dan ipin. Menarik. Pelbagai kisah dan tauladan yanbg boleh kita lihat dalam kartun animasi ini. Saya pun salah seorang peminat kartun animasi upin dan ipin. Betul..betul..betul...

Ali Abdullah said...

Salam bro,

walaupun saya tidak pernah menonton kartun animasi ini, saya sangat percaya ia adalah satu langkah ke depan menuju kemodenan filem tempatan yang diilhamkan sendiri oleh rakyat kita. Ia juga boleh menjadi perintis kepada generasi akan datang dalam membentuk satu filem animasi yang lebih canggih dan kreatif sesuai dengan persaingan daripada luar negara.

Seri Bahasa said...

seharusnya rancangan tv lebih banyak menayangkan filem animasi yang memiliki unsur2 pendidikan moral selain menjurus kepada perpaduan 1Malaysia. kejayaan filem animasi upin dan ipin diharap dapat membuka ruang kepada lebih ramai produser menceburi bidang animasi yang agak kurang di malaysia.

al-basri said...

@pengumpulblog;
ya, itulah yang menarik tentang upin dan ipin.
terima kasih

al-basri said...

@Apai Ngelai;
benar Apai, memang itu harapan kita sebagai warga Malaysia.
sesekali jenguklah TV9 tu, untuk anak-anak sesuai sekali. ada pesan moral disana.

terima kasih

al-basri said...

@Seri Bahasa;
rasanya inilah tema filem melayu yang harus dicontohi produser di Malaysia. kalau filem lain mungkin sekadar itu-itu saja, dia-dia lagi dan syok sendiri, tapi upin dan ipin membawa kita pada kesederhanaan yang tidak membosankan.

terima kasih seri

alehkayong™ said...

syabas industri perfilman Malaysia,semoga ianya dapat memberi pengajaran yang positif kepada anak-anak kita yang khususnya meminati cita kartun.

al-basri said...

@alehkayong:
terima komentar, semoga sukses selalu

Butik Bella said...

Two thumbs up 4 Upin Ipin..
I Like that cartoon very much..

Upin Ipin is very famous in Indonesia... :)

Halte Cinta said...

we from indonesia love upin-ipin

two thumbs up

and

happy blogwalking

Rizky2009 said...

ipin upin juga banyak di suka d indonesa khususnya anak2 saya td sempat berkunjung kerumah teman saya, g nyangka saya dsapa adik teman saya dengan bhsa melayu, alias bhsanya si ipin dan upin

Anonymous said...

Sayapun bangga. Sebagai orang Indonesia yang sangat perhatian dengan nilai-nilai budaya dan agama saya sangat prihatin dengan produk dari industri hiburan di indonesia yang banyak didominasi sinetron, tayangan kuis, dan gosip yang tidak mendidik.
Dengan ditayangkannya serial Ipin Upin di Indonesia, telah membawa seberkas cahaya, setidaknya ada tontonan yang patut dijadikan tuntunan bagi warga Indonesia khususnya anak-anak dalam berkehidupan bermasyarakat yang sesuai (setidaknya lebih mendekati) dengan tuntunan agama dan nilai budaya bangsa.

Satriyo Katrox said...

lumayan menghibur sob...keep sharing...jangan lupa komen back yah....
Info HP

pulsa murah said...

bukan cuma melayu, sekarang anak2 kecil di indonesia pun banyak yang suka bro

Post a Comment

 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.