News Update :

Yang Menyedihkan Dalam Hidup

July 25, 2009

Apa yang menyedihkan dalam hidup kita? Pasti anda terfikir banyak sekali jawapan tentang segala kegagalan atau seumpamanya. Secara dasarnya, cuma ada dua perkara yang sangat menyedihkan terjadi dalam hidup kita. Pertama; tidak mendapat apa yang kita inginkan dan kedua ialah; mendapat apa yang tidak kita ingini. Pastinya dalam kehidupan seharian, kita sangat optimistik untuk mendapat apa yang kita inginkan. Samada kita sedang mengusahakan sesuatu atau memulakan satu matlamat yang sangat mulia. Dengan bersungguh-sungguh kita mengupayakan, dengan penuh kewajaran fikiran dan logika kita merencanakan. Jauh sekali untuk berburuk sangka, semua bersandarkan fikiran positif untuk menikmati sedikit hasil yang mengembirakan. Tetapi hasilnya tidak selalu begitu, malah yang terjadi adalah sebaliknya. Inilah senario yang sangat menyedihkan dalam hidup kita. Anda mungkin terfikir sejenak, kenapa ini yang terjadi. Atau tercari-cari, dimana kesilapan kita? Namun tidak semestinya ini terjadi kerana kesilapan kita, hal ini bisa juga terjadi kerana pihak lain. Jika anda seorang pekerja yang baik, mungkin majikan anda tidak baik. Jika anda seorang pengusaha yang jujur, mungkin anda berurusan dengan pihak yang salah dan jika anda seorang pelabur yang peka, mungkin ejen pelaburan ambil kesempatan. Semuanya luar jangkaan kita, bagi anda yang bijaksana, anda dapat pengajaran yang banyak dari kesulitan ini. Jangan salahkan diri kerana anda bersemangat waja, jangan dikesali kerana anda berhati mulia, dan Tuhan akan selalu bersama anda. Percayalah, selangkah dihadapan kegagalan ini ada kejayaan sedang menunggu langkah anda yang selanjutnya. Teruslah melangkah kehadapan.
Share this Article on :

2 comments:

jengking62 said...

blog yang sangat bagus untuk tatapan semua tak kira usia, keturunan , kaum dan agama.
marilah kita sob ramai-ramai dan kita akan dapat yang terkini dari masa ke semasa.

Rizkyzone said...

segala sesuatukan penug resiko, y g perlu sedihlah.. d balik tiap apa yang kita lakukan pasti mengandung hikmah yang tersembnyi.. kobe bilang kitaharus selalu Positive Thinking..

Post a Comment

 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.