KUCHING WATERFRONT, satu nama yang sangat gah kerana telah mendapat pelbagai pengiktirafan di peringkat nasional dan antarabangsa. Tapi bagaimana tentang keselamatan para pengunjung atau pelancong asing yang bersantai ke tempat ini? Kalau soalan ini ditanya kepada para birokrat atau pihak berwajib, jawabannya pasti sangat romantis dan memenuhi selera politikus. Namun sebagai orang biasa kita sering mendengar perihal peras ugut, ragut, ancaman dan pergaduhan terjadi di sekitar Kuching Waterfont. Mangsa-mangsa kejadian ini tidak banyak yang berani melaporkan pada pihak berkuasa, lantaran ancaman dari pelakunya. Di Kuching Waterfront juga ada kelompok-kelompok yang menggelarkan diri mereka sebagai gangster, mereka ini terdiri dari muda-mudi melayu yang tidak berpendapatan tetap dan gemar minum arak murah. Sesi minum arak (yang murah) boleh dilihat di sekitar Kuching Waterfront terutama pada hari sabtu, Mereka seperti bergentayangan dengan tingkah laku yang mencurigakan. Kelompok ini sanggup mengugut hanya untuk mendapatkan RM5, Barangkali mereka sudah tidak terlalu asing bagi pegawal keselamatan atau anggota polis yang bertugas di sekitar Kuching Waterfront. Memang benar, kelompok ini tidak pernah mengancam keselamatan pihak berkuasa , para birokrat, teknokrat atau ahli politik setempat. Apakah kerana alasan ini kita boleh anggap Kuching Waterfront sangat selamat, atau lebih lunak lagi dikatakan mesra pengunjung? Hal yang sebaliknya terjadi pada masyarakat biasa atau pengunjung tempatan. Apakah kita terus membenarkan Kuching Waterfront sebagai pusat minum arak, dan kelompok ini bila mabuk nampaknya lebih “berkuasa” dari pihak berkuasa. Ini yang menjurus kepada kebejatan yang selanjutnya. Kuching Waterfront pada hari sabtu sudah pun menjadi medan untuk muda-mudi melayu membuktikan mereka lebih jantan dan lebih betina. Kita tidak akan dapat menghentikan semua ini dengan cara menafikan atau memuji mereka. Semua pihak harus mengakui hal ini adalah masalah untuk masyarakat, dan kebejatan mesti kita anggap sebagai kebejatan bukan lagi digelar kes terpinggir. Untuk menangani hal ini harus ada pendekatan yang lebih bijaksana dari pelbagai pihak khususnya masyarakat dari kelompok itu sendiri. Atau setidaknya kita harus membataskan sedikit “kuasa” kelompok ini, supaya tidak terlalu “berkuasa” dari pihak berkuasa.
Waterfront Oh Waterfront...
July 28, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
salam utk al-basri,satu yang memalukan andai apa yang al-basri katakan tentang "waterfront" itu satu realiti...myb benar KUCHING sudah maju drp bahagian lain di sarawak ini.Tapi sayang sebahagian dari penduduknya atau generasi baru kembali ke zaman batu..Tahun 80an dan awal 90an saya pernah rehat2 kat waterfront..thanks al-basri.
Dimana pun negaranya bukan jadi masalah dalam mempererat silaturahmi. Blogger Indonesia Wellcome untuk siapa saja...
salam kenal dari saya...omtomi(blogger indonesia).
bagus artikalnya sob...
Post a Comment