News Update :

Etnik Melanau

July 18, 2009

Salam Santai... saya tertarik untuk tahu secara terperinci tentang asal-usul etnik melanau, ada pelbagai andaian dibuat tentang masyarakat ini. Ada yang mengatakan etnik melanau berasal dari Filipina, Indonesia dan Mongolia atau Selatan China. Kalau dilihat dari pakaian tradisi mereka, jelas menunjukkan ada persamaan dengan masyarakat Jawa di Indonesia. Sebaliknya kalau dari budaya hidup, pemakanan dan bahasa, etnik melanau banyak persamaan dengan masyarakat Mongolia yang sukakan makanan rebus atau separuh masak. Tidak keterlaluan juga untuk dikaitkan dengan sesuatu etnik di Filipina, kerana kalau kita kembali pada sejarah lampau. Mongolia dan Selatan Filipina ada hubungan migrasi yang berterusan. Negara Brunei yang pernah diperintah oleh kerajaan Mongolia suatu ketika dulu menambah satu lagi kemungkinan ke arah ini. Namun data sejarah tidak mendukung dengan jelas dari mana asal-usul etnik melanau, yang jelas etnik melanau dikenali sebagai perantau, pelayar atau pelaut yang berani. Jika pembaca ada sumber pengetahuan atau pandangan tentang sejarah etnik melanau, sila berkongsi informasi itu di blog ini. untuk informasi pembaca saya juga dari etnik melanau. terima kasih...
Share this Article on :

5 comments:

Anonymous said...

Tiada fakta yg setepat2nya untuk menjadi rujukan kita dari mana asal usulnya sesebuah kaum atau etnik di malaysia ini.Namun kita bolehlah dikatakan terbuai seketika dengan apa sahaja buku2 dan pendapat pakar sejarah tentang asal usul kita.

Anonymous said...

etnik melanau akan lebih di ketahui asal usulnya andai kita hidup di dalam etnik ini dalam masa yang lama,melalui buku atau pembacaan mungkin ada bukti2nya tapi kemungkinan ia cuma satu fakta sahaja.

Anonymous said...

etnik melanau adalah satu etnik yang unik walaupun ia banyak persamaan dengan etnik-etnik yang lain.tetapi fakta atau kebenaran sukar dicari dan dipercayai melalui media yang tersedia jika kita tidak mengalaminya sendiri.

Rey said...

kita boleh teliti asal usul sesuatu kaum berdasarkan penempatan awal komunitinya dan mencari persamaan dengan budaya kaum lain di rantau sebelah sini. utk dikatakan berasal dr Jawa, rasanya jauh sangat di seberang sebelah selatan kepulauan borneo, sbb penempatan awal melanau terletak di sepanjang pesisir pantai wilayah tengah sarawak. selatan china dan filipina mungkin ya.

ada kisah sejarah dr yg saya dpt melalui channel History astro, bagaimana pelayar2 dr selatan filipina telah belayar sepanjang pesisir pantai sarawak utk mencari hamba utk didagangkan di sana. kita juga telah diberitahu selatan filipina dhulunya pernah diperintah oleh kesultanan sulu dan perdagangan adalah antara aktiviti ekonominya. di Mukah juga ada kisah tentang org kaya Setia Raja. Ketua Menteri Sarawak skrg juga katanya ada salasilah dr keturunan Setia Raja.

nampaknya kita perlu byk kaji fakta sejarah dan baca buku sejarah bkn hnya berkenaan kaum, tp berkenaan kegiatan serumpun shgga meninggalkan warisan mereka di tempat yg pernah mereka singgah utk djd penempatan. yg pelik kenapa melanau di sepanjang pesisir pantai sarawak byk berbeza dr segi bhsa bahkan juga ada budaya sikit berbeza.

Rizkyzone said...

aq pernah melihat di sebuah tayangan TV aq sempat kaget aq pkir itu tarian bali, eh ternyata setelah aq perhatikan ternyata itu tarian khas thailand

Post a Comment

 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.