News Update :
Showing posts with label melanau. Show all posts
Showing posts with label melanau. Show all posts

Makanan Eksotik Masyarakat Melanau

August 26, 2009


Sempena bulan puasa ini, saya mahu perkenalkan makan kegemaran masyarakat saya buat teman-teman. mungkin agak aneh atau menggelikan bagi yang tidak biasa. Masyarakat melanau adalah penduduk minority di negeri Sarawak, Malaysia. Pada asalnya masyarakat melanau adalah paganisme, cuma sekarang ada yang beragama Islam atau Kristian dan selebihnya masih pagan. Sejarah ada menjelaskan sedikit tentang latarbelakang masyarakat melanau yang berasal dari Mongolia atau Selatan China. Berbagai jenis makanan mentah yang menjadi kegemaran kami turut memperkukuhkan fakta ini. Masyarakat saya lebih suka makan rebus atau mentah berbanding goreng.

Ini dipanggil Umai, hirisan ikan mentah yang masih segar. Pastinya hirisan ikan ini tidak dimasak, Cuma diperap dengan jus limau kasturi, bawang merah, bawang besar, chilli, garam, dan sedikit penambah perisa.


Hmmm…. Ingat puasa tu


Versi ini dimakan bersama sambal yang diasingkan.
Bagaimana, Mahu cuba…? Enak Sob…


Ini versi original, Beginilah hidangannya sob, Dah siap tu… Hmmmm
(Bagi kami masyarakat melanau, umai tidak dimakan bersama nasi)



Yang ini lagi dahsyat, dalam bahasa melanau dipanggil ‘Siet’. Semestinya teman-teman kenal gambar dibawah. Di daerah saya harga satu kilo mencecah RM35 (ringgit). Kalau beli seekor ukuran biasa harganya 20 sen, dan kalau yang gemuk harganya 30 sen seekor. Lagi gemuk, 50 sen. Oleh kerana ulat ini sangat enak, soal harga tidak menjadi masalah bagi orang Melanau atau orang Cina ditempat saya.
Kenal…? Ulat ni !


Belum kenal lagi? Boleh digoreng atau direbus…


Tak percaya? Tengah masak ni…



Inilah dua jenis makanan eksotik yang paling digemari masyakat melanau termasuk saya. Jika teman-teman berkunjung ke daerah Mukah Sarawak, hampir semua restoran menyediakan makanan ini. Kerana ‘Umai’ dan ‘Siet’ atau makanan laut adalah trade mark bagi masyarakat melanau. Harga umai satu porsi dari RM15 dan terserah permintaan kita. Kalau saya, RM20 baru cukup… Manakala harga 'siet' satu porsi RM20 hingga RM30, yang ini jangan makan lebih…nanti gemuk.




Selamat Puasa buat semua...

Etnik Melanau

July 18, 2009

Salam Santai... saya tertarik untuk tahu secara terperinci tentang asal-usul etnik melanau, ada pelbagai andaian dibuat tentang masyarakat ini. Ada yang mengatakan etnik melanau berasal dari Filipina, Indonesia dan Mongolia atau Selatan China. Kalau dilihat dari pakaian tradisi mereka, jelas menunjukkan ada persamaan dengan masyarakat Jawa di Indonesia. Sebaliknya kalau dari budaya hidup, pemakanan dan bahasa, etnik melanau banyak persamaan dengan masyarakat Mongolia yang sukakan makanan rebus atau separuh masak. Tidak keterlaluan juga untuk dikaitkan dengan sesuatu etnik di Filipina, kerana kalau kita kembali pada sejarah lampau. Mongolia dan Selatan Filipina ada hubungan migrasi yang berterusan. Negara Brunei yang pernah diperintah oleh kerajaan Mongolia suatu ketika dulu menambah satu lagi kemungkinan ke arah ini. Namun data sejarah tidak mendukung dengan jelas dari mana asal-usul etnik melanau, yang jelas etnik melanau dikenali sebagai perantau, pelayar atau pelaut yang berani. Jika pembaca ada sumber pengetahuan atau pandangan tentang sejarah etnik melanau, sila berkongsi informasi itu di blog ini. untuk informasi pembaca saya juga dari etnik melanau. terima kasih...
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.