Mungkin isu ini lebih hangat berbanding salam saya, malah dari dulu lagi sering menghangatkan rakyat Malaysia. cuma entah kenapa? sampai sekarang masih ada cerita ini dan masih ada lagi individu (warga asing) yang mahu percaya 'Mykad' boleh dibeli. Ada yang mengatakan boleh dibeli dengan harga RM1300, malah ada yang percaya boleh dibeli dengan harga RM600. Alangkah murahnya nilai kerakyatan Malaysia, jika benar seperti yang dikatakan.
Infomasi yang saya tulis ini bukan untuk menimbulkan provokasi, kontroversi atau seumpamanya. Apa yang jelas, semua ini adalah pembohongan pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Maka tidak perlu untuk dipercayai walau dengan apa alasan sekalipun. Informasi ini sebenarnya saya dapat dari seorang TKI yang mengunjungi saya dan bertanya hal tersebut. Untuk menjadi warga negara Malaysia sebenarnya harus melalui prosedur tertentu dan syarat-syarat yang termaktub dalam undang-undang negara. BUKANNYA DENGAN MEMBELI Mykad... Malah setiap tahun permohonan dari warga Indonesia untuk menjadi warganegara Malaysia atau pemastautin tetap (PR) adalah yang tertinggi.
Sedikit tentang MyKad
Mykad adalah Identity Card untuk mengenalpasti warganegara Malaysia, Setiap warga negara yang berusia 12 tahun diwajibkan memohon dan membawa MyKad. MyKad juga hingga kini diakui dunia sebagai yang tercanggih (sila beritahu saya jika infomasi ini salah). Dengan menggunakan kombinasi sistem Biometrik dan Mikrocip 64k untuk menyimpan pelbagai data, MyKad bukan sekadar kad bergambar warna yang boleh di 'print' oleh sesiapa yang memiliki komputer dan printer. Malah pemerikaan yang dibuat oleh pihak berwajib juga bukan sekadar melihat gambar, tapi menggunakan 'reader' dan 'software' yang khusus untuk mengakses data yang terdapat dalam Mikrocip tersebut sepertimana yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.
Aktiviti pemalsuan MyKad memang terjadi, dan lebih mengecewakan bila dilakukan sendiri oleh warga asing demi mengaut keuntungan dari kelompok mereka. Berdasarkan undang-undang negara Malaysia, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) serta Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001 dan 2007). Sesiapa yang memiliki dan menggunakan MyKad palsu mengikut peraturan 25 (1) boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun ATAU denda tidak melebihi RM20,000 ATAU kedua-duanya sekali.
Jika pihak berkuasa lalai terhadap permasalahan ini, suatu ketika akan jadi fenomena sepertimana masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sekarang ini yang sukar dibendung. Melihat ribuan kes, kecurian, rompakan, perkosaan, pembunuhan dan pemalsuan passport serta MyKad oleh warga asing di Malaysia. Iini adalah ancaman sebenar untuk rakyat Malaysia dalam jangka waktu yang panjang.
Legal Disclaimer
Artikel ini adalah ulasan peribadi dan untuk informasi sahaja agar tidak ada sesiapa mempercayai atau mendapatkan MyKad palsu dari pihak tertentu yang menawarkan. Artikel ini tidak bersifat 'authoritative' dan tidak mewakili Negara, Negeri, Organisasi, Majikan saya, Parti Politik, Keluarga saya, Kampung saya, atau ternakan yang ada di Kampung saya; ayam, itik, ikan, kambing, sapi dan yang lainnya.








