News Update :
Showing posts with label Santai Sejenak. Show all posts
Showing posts with label Santai Sejenak. Show all posts

Salam Ramadhan

August 10, 2010

Salam Ramadhan serta Selamat Berpuasa untuk teman-teman dan semua pengunjung blog Santai Sejenak yang beragama Islam. 

Semoga persahabatan, persaudaraan dan silatulrahim antara kita semua akan selalu dirahmati-Nya.





Dengan rendah hati...
al-basri

Mengenali Perbedaan antara Lelaki dan Perempuan

July 10, 2010

Salam,
Lama juga saya tak update blog ini disebabkan sibuk mengurus batuk dan demam. entry kali ini mungkin bernada sedikit sentimental, semoga tidak ada yang  boikot ... haha. jika ada yang tidak berkenan dihati, atau ada apa-apa yang perlu ditambah. silakan berkomentar dibawah. semoga kita lebih mengenali perbedaan yang ada.

1. Lelaki suka pada perempuan cantik, sedangkan perempuan lebih suka lelaki cerdik.

2. Perempuan suka berfikir-fikir, sedangkan lelaki lebih suka melihat-lihat.

3. Yang dianggap remeh oleh lelaki, sering dianggap serius oleh perempuan.

4. Perempuan sukakan perhatian, sedangkan lelaki suka memerhatikan.

5. Lelaki suka menunjukkan perasaannya melalui perbuatan, sedangkan perempuan lebih suka menunjukkan perasaannya dengan perkataan.

6. Perempuan lebih banyak berbicara tentang orang lain, sedangkan lelaki lebih banyak berbicara tentang dirinya sendiri.

7. Lelaki suka memberi jawaban meskipun tidak ditanya, sedangkan perempuan suka bertanya tapi tidak suka menjawab.

8. Hampir semua perempuan berharap dia boleh memerintah, sedangkan inilah yang paling ditakuti oleh lelaki.

9. Dalam percintaan perempuan suka pada persamaan, tapi untuk berkahwin perempuan sukakan perbedaan atau kelainan. Manakala lelaki mengharapkan persamaan sepanjang masa.

10. Sewaktu bercinta, lelaki suka menunjukkan dia lucu dan ‘mampu’, sedangkan perempuan sering menunjukkan dia malu tapi mahu.

11. Ramai perempuan suka dipuji, manakala lelaki berasa hebat bila dirayu.

12. Lelaki akan membeli apa yang kurang saja, sedangkan perempuan membeli untuk menambah apa yang ada.

13. Girl’s Talk lebih banyak bercerita tentang makanan dan pakaian terkini, sedangkan Men’s Talk lebih tertumpu pada persoalan seks semata-mata.

14. Lelaki akan membandingkan perempuan yang dicintai dengan Ibu mereka, manakala perempuan akan membanding lelaki yang dicintai dengan Ayahnya.

15. Perempuan sering menjadikan kelemahannya sebagai kekuatan, manakala lelaki suka menunjukkan kekuatan dan seringkali akhirnya menjadi kelemahan.
 
Have a great weekend and take care...
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.