Salam,
Sekadar pendapat seorang mualaf yang tidak arif tentang al-Quran dan tidak pula memahami bahasa Arab. Mengenali agama Islam cuma melalui falsafah Islam dalam buku bahasa Inggeris, dan membaca kisah hidup Nabi Muhammad s.a.w yang ditulis dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia.
Namun beberapa keadaan 'setempat' telah menimbulkan persoalan buat saya secara peribadi. tentang kecenderungan mencaci, memaki hamun dan memburukkan individu tertentu secara khusus. Kononnya semua itu demi Islam yang suci dan membuktikan keimanan diri.
Seolah semakin tumbuh kelompok yang gemar mencaci maki pihak lain dengan gelaran buruk seperti; beruk dan sebagainya. Mereka beranggapan itulah bukti mereka lebih beriman berbanding orang lain. Benarkah itu tanda keimanan dan keislaman?
Malah kelompok ini menganggap cacian serta hasutan mereka adalah jihad yang suci. Persoalannya, perlukah umat Islam saling mencaci, menghina, memfitnah dan merendah-rendahkan orang lain? Demi membuktikan kita lebih beriman dan lebih Islamic.
Dalam menyedari pengetahuan saya yang amat rendah, tapi saya penuh yakin agama melarang percaya pada cerita yang tidak jelas dan berunsur fitnah. Apalagi mencaci dan menghasut orang lain atas suatu perkara yang tidak jelas pula. Apakah ini ajaran baru?
Ironisnya agama terus dijadikan kuda tunggangan, dan ayat-ayat suci al-Quran dijadikan topeng perjuangan bagi mereka yang gila kuasa. Tujuan kelompok ini cuma satu, iaitu ingin berkuasa. Maka timbullah ‘sabda-sabda’ tersendiri untuk ‘menghalalkan cara’ demi mencapai kerusi dunia.
Dalam hidup bermasyarakat, elok juga kita renung sebentar; Paderi Kristian, Sami Buddha atau Pendeta Hindu semuanya focus kepada agama dan kebajikan kaum seumat mereka. Tidak pernah mereka sibuk mencaci disana-sini, memfitnah sesama sendiri atau menghasut orang lain untuk membuktikan mereka lebih beriman.
Sepertimana dalam agama Islam, Agama lain juga percaya setiap agama mempunyai prinsip moral. Namun kelompok Islam ini menganggap moral sebagai suatu yang kuno atau seperti katak bawah tempurung . Setiap cacian mereka adalah Jihad, setiap fitnah dan hasutan mereka juga Jihad yang menjanjikan syurga.
Jika dicermin dari sikap kelompok tersebut, orang lain akan berkata; "Jelas sekali agama Islam itu bukan untuk orang biasa, tapi untuk orang yang gila kuasa..."
Benarkah Islam agama yang "mudah"?. Dengan mencaci dan memfitnah saja boleh meluruskan jalan ke syurga. Kenapa pula hubungan dengan Tuhan ditentukan oleh mereka...
Benarkah Islam agama yang "mudah"?. Dengan mencaci dan memfitnah saja boleh meluruskan jalan ke syurga. Kenapa pula hubungan dengan Tuhan ditentukan oleh mereka...
Justeru jika benar memcaci membuktikan keimanan, apakah Islam mampu menjadi agama yang menarik dimata dan hati orang lain (?).
p/s: ditulis sewaktu berbaring diatas pohon sagu, sambil makan buah jambu...






