News Update :
Showing posts with label Penipuan. Show all posts
Showing posts with label Penipuan. Show all posts

Jika Polis tak ambil pusing, Mau lapor pada siapa?

July 1, 2010

Bagi mereka yang duduk di kerusi empuk atau memiliki gelaran tertentu, mungkin merasakan pertanyaan  ini sangat bodoh dan dangkal. Lebih-lebih lagi kalau pertanyaan begini dilontar oleh rakyat biasa seperti saya yang tidak punya kepentingan politik.

Dalam negara yang mementingkan peraturan dan undang-undang, menjadi suatu yang sangat ironis dan mengecewakan jika kita masih tertanya-tanya ‘Mau lapor pada siapa?.

Sebenarnya semua orang tahu dimana tempat mengadu atau melaporkan suatu kejadian yang bersifat jenayah. Tapi bagaimana pula bila laporan dibuat, Jika Polis tak ambil pusing.

Berdasarkan data yang pernah didedahkan oleh pihak polis di sebuah media pada awal tahun ini. Kadar kes jenayah komersial di Sarawak meningkat berbanding kes-kes lain. Dan Bandar raya Kuching mencatatkan kes lebih tinggi dari Bandar-bandar lain.

Apakah Kuching lubuk penipu? Saya sempat bertanya sahabat saya yang menjadi mangsa penipuan di Kuching. Saya bertanya mengapa dia tidak melaporkan pada Polis, jawaban yang saya dapat memang sudah dijangka. “Polis tidak akan ambil pusing, kerana jumlah tidak banyak”.

Benarkah tidak ada undang-undang di Malaysia untuk mendakwa mereka yang menipu sejumlah RM1000, RM2000 atau RM3000. Apakah tafsiran penipuan cuma melibatkan duit berjuta-juta ringgit. Benarkah? Jika benar, para penipu tentunya boleh tersenyum santai, sambil mencari mangsa selanjutnya.

Saya yakin tiada siapa setuju dengan tanggapan diatas. tapi bagaimana pula jika aduan sudah dibuat, Polis tak ambil pusing. Harus ke mana?

Hal ini terjadi pada saudara saya dengan jumlah yang bukan sedikit. Setelah hampir 1 tahun laporan dibuat namun tidak ada apa-apa tindakan dari Polis. Yang pasti duit telah lesap ditipu, dan penipu tersebut boleh terus tersenyum sambil membayangkan dia lebih bijak. Penipu ini pasti sangat bertuah hidup di Kuching, bukan sahaja boleh meneruskan penipuan lain. Tapi juga boleh membuat tempahan baju dari pihak Polis.

Anggota Polis berkenaan tentunya ada jawaban standard, ‘masih dalam siasatan’ atau ‘tunggu surat dari kami’. dan akhirnya nanti ‘kes terpinggir’ atau ‘tiada kes’. Jika kita bertindak sendiri, itulah kesalahan yang paling jelas. Bukan penipuan itu tadi.

Mau lapor pada siapa? setelah tertipu terasa pula diperbodoh dengan dengan alasan-alasan lain. Mahu atau tidak, Media dan Organisasi politik adalah pilihan untuk mengangkat isu seperti ini ke permukaan agar undang-undang boleh berfungsi.

Jika teman-teman ada jawaban lain, sila email pada saya di rm.taiko@gmail.com

“Artikel ini adalah specific tentang anggota yang terlibat dan tidak mencermin keseluruhan sikap, prinsip atau Jabatan Polis DiRaja Malaysia”

'MyKad' BOLEH DIBELI, BENAR KAH?

March 23, 2010

Salam Hangat...
Mungkin isu ini lebih hangat berbanding salam saya, malah dari dulu lagi sering menghangatkan rakyat Malaysia. cuma entah kenapa? sampai sekarang masih ada cerita ini dan masih ada lagi individu  (warga asing) yang mahu percaya 'Mykad' boleh dibeli. Ada yang mengatakan boleh dibeli dengan harga RM1300, malah ada yang percaya boleh dibeli dengan harga RM600. Alangkah murahnya nilai kerakyatan Malaysia, jika benar seperti yang dikatakan.

Infomasi yang saya tulis ini bukan untuk menimbulkan provokasi, kontroversi atau seumpamanya. Apa yang jelas, semua ini adalah pembohongan pihak tertentu untuk mendapatkan keuntungan semata-mata. Maka tidak perlu untuk dipercayai walau dengan apa alasan sekalipun. Informasi ini sebenarnya saya dapat dari seorang TKI yang mengunjungi saya dan  bertanya hal tersebut. Untuk menjadi warga negara Malaysia sebenarnya harus melalui prosedur tertentu dan syarat-syarat yang termaktub dalam undang-undang negara. BUKANNYA DENGAN MEMBELI Mykad... Malah setiap tahun permohonan dari warga Indonesia untuk menjadi warganegara Malaysia atau pemastautin tetap (PR) adalah yang tertinggi.

Sedikit tentang MyKad
Mykad adalah Identity Card untuk mengenalpasti warganegara Malaysia,  Setiap warga negara yang berusia 12 tahun diwajibkan memohon dan membawa MyKad.  MyKad juga hingga kini diakui dunia sebagai yang tercanggih  (sila  beritahu saya jika infomasi ini salah). Dengan menggunakan kombinasi sistem Biometrik dan Mikrocip 64k untuk menyimpan pelbagai data, MyKad bukan sekadar  kad bergambar warna yang boleh di 'print' oleh sesiapa yang  memiliki komputer dan printer. Malah pemerikaan yang dibuat oleh pihak berwajib juga bukan sekadar melihat gambar, tapi menggunakan 'reader'  dan 'software' yang khusus untuk mengakses data yang terdapat dalam Mikrocip tersebut sepertimana yang telah didaftarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara.

Aktiviti pemalsuan MyKad memang terjadi, dan lebih mengecewakan bila dilakukan sendiri oleh warga asing demi mengaut keuntungan dari kelompok mereka. Berdasarkan undang-undang negara Malaysia, mengikut Akta Pendaftaran Negara 1959 (Akta 78) serta Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001 dan 2007). Sesiapa yang memiliki dan menggunakan MyKad palsu mengikut peraturan 25 (1) boleh dipenjara tidak melebihi 3 tahun ATAU denda tidak melebihi RM20,000 ATAU kedua-duanya sekali.

Jika pihak berkuasa lalai terhadap permasalahan ini, suatu ketika  akan jadi fenomena sepertimana masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sekarang ini yang sukar dibendung. Melihat ribuan kes, kecurian, rompakan, perkosaan, pembunuhan dan pemalsuan passport serta MyKad oleh warga asing di Malaysia. Iini adalah ancaman sebenar untuk rakyat Malaysia dalam jangka waktu yang panjang.

Legal Disclaimer
Artikel ini adalah ulasan peribadi dan untuk informasi sahaja agar tidak ada sesiapa mempercayai atau mendapatkan MyKad palsu dari pihak tertentu yang menawarkan. Artikel ini tidak bersifat 'authoritative' dan tidak mewakili Negara, Negeri, Organisasi, Majikan saya, Parti Politik, Keluarga saya, Kampung saya, atau ternakan  yang  ada di Kampung saya; ayam, itik, ikan, kambing, sapi dan yang lainnya.

PENIPUAN DAN PERDAGANGAN MANUSIA, TANGGUNGJAWAB SIAPA?

December 2, 2009


Saya sengaja letakkan persoalan dihujung judul ini, supaya kita sama-sama boleh bertanya pada diri. Dalam banyak masalah yang melibatkan tenaga kerja, seringkali bermula dengan penipuan dan ‘prinsip’ perdagangan manusia. Inilah satu bisnes yang sangat lumayan bagi mereka yang terlibat.

Dalam menanggapi masalah ini selalunya masyarakat lebih rela berteriak dan menyalahkan pemimpin/pemerintah saja. Sedangkan individu yang sering melakukan penipuan adalah mereka yang kita kenali; Mungkin juga sedang enak menghirup kopi disamping kita, mungkin juga sahabat kita, saudara kita atau satu kampung dengan kita. Maka kita pun berkata, ah…itu salah pemerintah yang tidak tegas. (sambil menutup sebelah mata)

Seperkara lagi, masyarakat sepertinya sangat percaya pada janji muluk individu ini. Akhirnya timbul cerita perkosaan dan dipaksa jadi pekerja seks. Ada juga yang ditipu sekadar untuk dapatkan sejumlah duit, kononnya untuk biaya itu dan ini. Bila duit sudah dibayar oleh calon pekerja, calok ini akan hilang entah kemana... bagaimana pula kalau mangsa adalah saudara atau ahli keluarga kita? apakah itu salah pemimpin?

Bila hal ini dilapor pada pihak berkuasa, satu lagi alasan 'standard' yang kita terima; 'kami sedang menyiasat' dan kalau ditanya lagi 'tiada bukti dan saksi' untuk membawa 'calok' ini ke pengadilan. Akhirnya kita cuma mendapat jawaban yang bersifat  'standart operating procedures' dari pihak berkuasa. kerana masyarakat umum tidak tampil untuk memberi kerjasama.

Saya menulis artikel ini sebagai orang biasa yang tidak punya sebarang kepentingan politik atau kuasa. maka saya melihat ada perkara yang masyarakat biasa boleh saling membantu untuk mencegah 'penipuan dan perdagangan manusia'. Bagi saya masyarakat harus mengambil bahagian dalam masalah ini, kerana memang ada bahagian yang cuma masyarakat biasa lebih tahu dan peka. Setidaknya sebagai infomasi dukungan terhadap pelaksanaan undang-undang. Ini cuma pandangan biasa dari orang biasa. Semoga ada pandangan yang membina dan kondusif, agar suatu hari boleh dibawa ke tengah.
mungkin teman-teman ada pandangan atau saran?

photo source: news.wbru.com
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.