News Update :
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan. Show all posts

Pendidikan perlu kesungguhan, bukan nasib atau air jampi

June 28, 2010

Salam menjelang hari baru,
Saya yakin ramai yang percaya pendidikan perlukan kesungguhan dan bukan sebaliknya. Entri ini bukan bertujuan untuk menggurui sesiapa, dan tidak juga berharap orang lain akan mengiringi pandangan saya.

Cuma berasa aneh, bila ada sesetengah masyarakat menganggap pendidikan seperti dalam perjudian. Sehingga ada yang merasakan, lulus atau gagal adalah nasib. Ungkapan ‘kalau nasib baik lulus, kalau nasib tak baik gagal…, bukanlah asing didengar.

Ironisnya hal ini sering terjadi dalam masyarakat Islam, malah tidak kurang juga para ibubapa sibuk mendapatkan air jampi dari ‘ahli-ahli tertentu’. bila menjelang peperiksaan atau ujian anak-anak mereka. Menurut mereka, sudah terbukti air jampi dari ‘ahli-ahli tertentu’ dapat membantu untuk mendapatkan keputusan cemerlang.

Tanggapan atau budaya seperti inilah yang melemahkan usaha kita terhadap pendidikan. Bayangkan saja kalau generasi baru turut terpancing dengan andaian seperti itu, bukankah ini akan mengurangkan kesungguhan dan daya motivasi seorang pelajar.

Saya pernah menyentuh hal ini dihadapan pelajar-pelajar saya, di sebuah institusi swasta. Kami membicarakan dunia pekerjaan yang memang berbeda dengan dunia pendidikan. Contohnya; dalam pekerjaan, seorang pekerja yang baik belum tentu mendapat hasil yang baik, jika majikan bersikap sebaliknya. Kerana pekerjaan perlukan kombinasi yang baik antara dua pihak termasuk beberapa elemen lain.

Ini pastinya berbeda dengan pendidikan, yang banyak bergantung pada kesungguhan. Saya suka berpegang pada prinsip, bahwa ‘pendidikan tidak pernah menipu kita’. Namun kita boleh saja menipu diri jika percaya pada kebiasaan yang salah.

Sewaktu belajar saya bukanlah pelajar yang ‘mampu’, tapi kerana kesungguhan yang berterusan dan sedar dengan kekurangan diri telah membawa saya bergerak jauh, dari pinggir jalan di daerah Mukah…

Thank you to my ex-lecturers, Mr Michael dan Ms Margot.
May God Bless You…

INDIA YANG HEBAT

March 6, 2010

Sebagai pesaing utama dalam gelombang ekonomi dunia, India adalah negara yang sangat unik dan memiliki segala kepakaran untuk muncul sebagai negara kuasa ekonomi bersama dengan China. Dengan transformasi ekonomi yang pesat membangun, India turut memiliki cukup ramai golongan muda yang pakar dalam berbagai bidang teknologi dan computer.

Bukan sedikit syarikat global yang menjadikan negara India sebagai ‘hub’ perusahaan mereka, malah orang India sering bekerja sebagai ‘specialist’ dalam perusahaan-perusahaan besar dunia. Ini bukan sahaja kerana orang India memiliki kecenderungan yang tinggi dalam bidang teknologi, tetapi juga mereka mempunyai budaya kerja yang menakjubkan. Di Amerika sahaja, ada lebih 38% doctor dan 12% ahli Ilmuan yang berketurunan India. Kerana pendidikan mereka telah mencipta nama di Amerika dan Dunia.

Suatu perkara dasar yang harus kita contohi India adalah ‘pendidikan’. Pemimpin dan rakyatnya sama-sama memberi penekanan yang kuat terhadap pendidikan mereka. Sebab itu pendidikan sudah lama berbudaya dalam kehidupan orang India. Universiti atau Kolej di India, meskipun dengan infrastruktur yang sederhana. Tapi R&D (Research and Development), sistem pendidikan dan pencapaian mereka adalah yang diiktiraf dan dikagumi dunia.  

Seperti juga Mahatma Ghandi, seorang tokoh India yang hebat. Mahatma Ghandi bukan sekadar kebanggaan India, tapi juga menjadi ‘ikon demokrasi’ kebanggaan dunia. Secara peribadi saya turut meminati tokoh ini dan tidak pernah bosan membaca berulang buku-buku atau Biografi tentang Mahatma Ghandi.

Ulasan ini mungkin amat sedikit berbanding kejayaan sebenar India, semoga dapat memberi gambaran yang besar tentang India yang dinamis. Agar kita dapat mencontohi dan belajar sebanyak mungkin dari kehebatan India. Apalah ertinya slogan ‘ultra-nationalism’, kalau sekedar menjadikan kita semakin dangkal dan ketinggalan ditengah-tengah arus ekonomi global.

Kita ada pilihan, untuk ‘bergerak bersama’ atau jadi penonton saja.
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.