News Update :
Showing posts with label Kuching. Show all posts
Showing posts with label Kuching. Show all posts

Bila bayi dijual beli

July 16, 2010


Sejak dua hari lalu, warga Malaysia umumnya dikejutkan dengan berita penjualan bayi atau kanak-kanak di Sarawak. sebelumnya heboh di semenanjung Malaysia tentang pembunuhan dan pembuangan bayi di beberapa tempat.

Sungguh ironis,  apakah moral orang kita semakin rendah? Sehingga sanggup membuang, membunuh dan menjadikan bayi sebagai barang jualan.
(sekadar gambar hiasan, tidak ada kaitan dengan artikel) 
Photo Credit LINK

Apakah kesempitan hidup menjadi alasan? Atau apakah ada keterpaksaan lain yang menjadi alasan logika hingga mendorong kita menjual atau membunuh bayi.

Kisah di Kuching menjadi lebih menarik, kerana melibatkan kerjasama warga Indonesia dan Malaysia dalam bisnes ini. Berikut kutipan berita:

Tawar harga RM10,000 kepada pembeli (14/7/2010)
KUCHING: Seorang wanita warga Indonesia ditahan polis ketika cuba menjual bayi perempuan berusia 23 hari kepada anggota polis yang menyamar sebagai pasangan suami isteri di Bandar Baru Batu Kawa di sini, pagi semalam. Bayi itu yang diseludup dari Kalimantan dipercayai baru tiba di sini sebelum ditawar dengan harga RM10,000 untuk dijual kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Berita selanjutnya disini

Ini perkembangan terkini (16/7/2010);

 KUCHING: Eight persons, including a Datuk and Datin, and an Indonesian man, suspected of involvement in a baby-selling case, were placed on custodial remand for six days to facilitate police probe. Berita selengkapnya disini


Jelas sekali kerjasama antara warga Malaysia dan Indonesia bertambah erat, termasuk dalam hal-hal yang salah. maklum saja kita serumpun, yang sangat bersopan santun dan gemar memaki hamun.
sama-sama kita fikirkan...oh orang kita

Jika Polis tak ambil pusing, Mau lapor pada siapa?

July 1, 2010

Bagi mereka yang duduk di kerusi empuk atau memiliki gelaran tertentu, mungkin merasakan pertanyaan  ini sangat bodoh dan dangkal. Lebih-lebih lagi kalau pertanyaan begini dilontar oleh rakyat biasa seperti saya yang tidak punya kepentingan politik.

Dalam negara yang mementingkan peraturan dan undang-undang, menjadi suatu yang sangat ironis dan mengecewakan jika kita masih tertanya-tanya ‘Mau lapor pada siapa?.

Sebenarnya semua orang tahu dimana tempat mengadu atau melaporkan suatu kejadian yang bersifat jenayah. Tapi bagaimana pula bila laporan dibuat, Jika Polis tak ambil pusing.

Berdasarkan data yang pernah didedahkan oleh pihak polis di sebuah media pada awal tahun ini. Kadar kes jenayah komersial di Sarawak meningkat berbanding kes-kes lain. Dan Bandar raya Kuching mencatatkan kes lebih tinggi dari Bandar-bandar lain.

Apakah Kuching lubuk penipu? Saya sempat bertanya sahabat saya yang menjadi mangsa penipuan di Kuching. Saya bertanya mengapa dia tidak melaporkan pada Polis, jawaban yang saya dapat memang sudah dijangka. “Polis tidak akan ambil pusing, kerana jumlah tidak banyak”.

Benarkah tidak ada undang-undang di Malaysia untuk mendakwa mereka yang menipu sejumlah RM1000, RM2000 atau RM3000. Apakah tafsiran penipuan cuma melibatkan duit berjuta-juta ringgit. Benarkah? Jika benar, para penipu tentunya boleh tersenyum santai, sambil mencari mangsa selanjutnya.

Saya yakin tiada siapa setuju dengan tanggapan diatas. tapi bagaimana pula jika aduan sudah dibuat, Polis tak ambil pusing. Harus ke mana?

Hal ini terjadi pada saudara saya dengan jumlah yang bukan sedikit. Setelah hampir 1 tahun laporan dibuat namun tidak ada apa-apa tindakan dari Polis. Yang pasti duit telah lesap ditipu, dan penipu tersebut boleh terus tersenyum sambil membayangkan dia lebih bijak. Penipu ini pasti sangat bertuah hidup di Kuching, bukan sahaja boleh meneruskan penipuan lain. Tapi juga boleh membuat tempahan baju dari pihak Polis.

Anggota Polis berkenaan tentunya ada jawaban standard, ‘masih dalam siasatan’ atau ‘tunggu surat dari kami’. dan akhirnya nanti ‘kes terpinggir’ atau ‘tiada kes’. Jika kita bertindak sendiri, itulah kesalahan yang paling jelas. Bukan penipuan itu tadi.

Mau lapor pada siapa? setelah tertipu terasa pula diperbodoh dengan dengan alasan-alasan lain. Mahu atau tidak, Media dan Organisasi politik adalah pilihan untuk mengangkat isu seperti ini ke permukaan agar undang-undang boleh berfungsi.

Jika teman-teman ada jawaban lain, sila email pada saya di rm.taiko@gmail.com

“Artikel ini adalah specific tentang anggota yang terlibat dan tidak mencermin keseluruhan sikap, prinsip atau Jabatan Polis DiRaja Malaysia”
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.