News Update :
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Mentaliti Subsidi dan Tongkat Sakti

July 22, 2010

Santai sejenak..
Sekali lagi rakyat Malaysia mulai berbahas sesama sendiri tentang kenaikan beberapa harga barang, seperti gula, minyak dan gas (LPG). Semua itu bermula dengan tindakan kerajaan untuk mengurangkan beban subsidi yang dikatakan berlebihan.

Lebih penting, penjimatan subsidi secara berperingkat akan mampu memberi imbangan yang positif terhadap defisit belanjawan dan difisit akaun semasa yang tidak kondusif untuk pertumbuhan ekonomi macro diwaktu mendatang.

Dari perspektif macro, kebijaksanaan pemerintah Indonesia dan pengorbanan rakyatnya adalah contoh terbaik bagaimana subsidi dikurangkan secara berperingkat. Meskipun dengan pertumbuhan yang sederhana dan perlahan, tapi itulah momentun kebangkitan ekonomi yang sangat meyakinkan dirantau ini.

Jangan lupa mengamati momentum kemelesetan yang mulai bergerak di beberapa negara eropah. Malaysia sebagai entiti ekonomi yang sangat bergantung pada pasang-surut ekonomi dunia, memang sewajarnya mengambil langkah awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Atau setidaknya, melaksanakan reformasi pemulihan terhadap jentera micro yang kurang agresif.

Mentaliti Subsidi
Keseluruhan nilai penjimatan subsidi oleh kerajaan adalah kecil berbanding beban defisit akaun semasa yang semakin melebar. Kesan pengurangan subsidi juga dijangka minima, jika tidak terdapat manipulasi oleh peniaga.

Namun kenaikan harga gula, petrol dan LPG telah membuat segelintir rakyat Malaysia terpancing emosi dan terbakar janggut. Semua itu kerana rakyat Malaysia memang tidak mampu melihat ekonomi tanpa sentiment politik, atau mungkin memang tidak tahu tentang proses ekonomi dalam sesebuah negara.

Malah seolah-olah, rakyat Malaysia beranggapan ekonomi negara sentiasa mencurah-curah dan mengalir serta datang melimpah seperti air. Maka tidak hairan, jika ditengah-tengah keadaan ekonomi yang lemah. ada pihak  meminta subsidi, kenaikan gaji, bonus atau tunjangan tertentu.

Di Malaysia, pemerintah bukan sahaja mengawal dan memberi subsidi pada harga barang seperti petrol, LPG, minyak masak, tepung, ayam dan lain-lainnya. Malah harga ‘telur’ pun kerajaan terpaksa ‘control’ supaya rakyat Malaysia mampu membeli telur.

Mungkin inilah yang ‘menelurkan’ mentaliti subsidi yang keterlaluan. Anehnya, dalam kehidupan yang sangat bergantung pada bantuan dan subsidi kerajaan. Masih ada juga rakyat yang angkuh dan gemar mendabik dada.

Tongkat Sakti
Orang luar juga pasti tahu, rakyat Malaysia nampak megah dan tegak berdiri kerana ‘tongkat sakti’ dari pemerintah.

Di Singapore dan Thailand. ekonomi mereka banyak digerak oleh inisiatif rakyat dan pihak swasta. sedangkan di Malaysia, rakyat dan pihak swasta terus bergantung dan menunggu insentif dari kerajaan.

Dengan mentaliti subsidi dan tongkat sakti, berapa ramai rakyat Malaysia yang masuk Universiti atas dasar meritokrasi? Mereka mungkin lebih mengenali ‘kouta kronisme dan terus berjuang untuk itu. Kerana ‘isme’ itulah yang menjadi talian hayat agar bangsa melayu/bumiputra mampu berdiri dan bersaing dengan bangsa Cina dan India.

Tanpa tongkat dari pemerintah, mereka bukan sahaja tidak mampu berdiri. malah akan mengemis dibumi sendiri.

Ramai juga teman-teman saya diluar negara mengatakan; “bukanlah suatu yang istimewa di Malaysia, jika anak seorang petani miskin, nelayan atau driver teksi mampu belajar ke Amerika, UK, Canada, Australia atau New Zealand …”. semua itu kerana tongkat sakti yang diberikan oleh kerajaan.

Ada juga yang berkata; "hidup warga Malaysia kelihatan lebih mudah dan senang mendapat apa yang mereka mahu..." Mengapa tidak, dengan kos sara hidup di Malaysia yang relatif rendah, biaya pendidikan dan kesihatan yang murah kerana subsidi kerajaan. Ditambah lagi dengan tongkat sakti, maka semuanya nampak lebih senang dan lebih mudah berbanding rakyat lain di negara serantau.

Persoalannya, apakah rakyat Malaysia lebih peka tentang sepak terajang ekonomi? berbanding rakyat   Singapore atau Thailand.

Sedangkan di Malaysia, setiap kali masalah ekonomi melanda negara. rakyat mulai meminta kenaikan gaji dan bonus sambil memaki hamun kerajaan yang memerintah. Jauh sekali untuk membicarakan soal ekonomi dengan bijak.

Kerana orang Malaysia cuma ada satu kecenderungan saja, iaitu poltik. Maka semuanya dilihat dari satu sudut pandang dan sentiment politik.

Seorang sahabat blogger di Australia pernah berkata, “orang Malaysia cenderung berpolitik sepanjang masa, makanya kurang ketrampilan dalam hal lain…”.

Lebih dari itu, Apakah subsidi dan tongkat sakti telah melemahkan daya fikir orang Malaysia? Atau memang, mentaliti subsidi dan tongkat sakti telah melahirkan generasi yang moron dan goblok?

Di sisi lain, seolah terbukti  sikap “moron dan goblok” memang wujud dikalangan rakyat Malaysia. mereka mulai angkuh dan bangga dengan menggerakkan segala provokasi dalam masyarakat. Berbagai hasutan, sentiment kebencian dan perkauman telah dianjurkan keseluruh negara termasuk di 2 negeri autonomi Sabah dan Sarawak. yang dihuni lebih 30 etnik.

Peristiwa 1969, mungkin akan berulang dengan lebih dahsyat. Inilah bom waktu  yang mereka lontarkan untuk kemusnahan negara Malaysia…

Semakin jelas, Mentaliti subsidi dan tongkat sakti telah mewujudkan kelompok rakyat yang moron dan goblok. hingga sanggup menganjurkan kemusnahan negara untuk kepentingan peribadi.


p/s: sekadar pendapat orang kampung yang tinggal diatas pohon sagu.

Era Kebangkitan Asia | World Competitiveness 2010

May 22, 2010

Saya tertarik untuk mengutip data ini sebagai pengetahuan peribadi dan akademik. Berdasarkan data ini, tahun 2010 membayangkan dimensi baru kebangkitan ekonomi yang berpusat di Asia. malah lebih menarik Singapore negara dari Asia tenggara menduduki ranking teratas sebagai yang paling berdaya saing di dunia. Data ini adalah berdasarkan kajian oleh IMD business school in Lausanne, Switzerland.

Berikut adalah 20 Negara paling kompetitif di dunia Ranking pada 2010;
  1. Singapore
  2. Hong Kong
  3. USA
  4. Switzerland
  5. Australia
  6. Sweden
  7. Canada
  8. Taiwan
  9. Norway
  10. Malaysia
  11. Luxembourg
  12. Netherland
  13. Denmark
  14. Austria
  15. Qatar
  16. Germany
  17. Israel
  18. China Mainland
  19. Finland
  20. New Zealand
Ini adalah 20 dari 58 negara yang termasuk dalam daftar  World Competitiveness Yearbook 2010, Menurut pembacaan saya, laporan tersebut adalah berdasarkan 327 kriteria yang berbeda dari 58 key ekonomi. termasuk - economic performance, government and business efficiency, infrastructure, exports, and the level of corruption.
Untuk lebih lanjut sila membaca di SINI 

Disclaimer
Artikel ini adalah ulasan peribadi dan ditulis untuk keperluan akademik.

INDIA YANG HEBAT

March 6, 2010

Sebagai pesaing utama dalam gelombang ekonomi dunia, India adalah negara yang sangat unik dan memiliki segala kepakaran untuk muncul sebagai negara kuasa ekonomi bersama dengan China. Dengan transformasi ekonomi yang pesat membangun, India turut memiliki cukup ramai golongan muda yang pakar dalam berbagai bidang teknologi dan computer.

Bukan sedikit syarikat global yang menjadikan negara India sebagai ‘hub’ perusahaan mereka, malah orang India sering bekerja sebagai ‘specialist’ dalam perusahaan-perusahaan besar dunia. Ini bukan sahaja kerana orang India memiliki kecenderungan yang tinggi dalam bidang teknologi, tetapi juga mereka mempunyai budaya kerja yang menakjubkan. Di Amerika sahaja, ada lebih 38% doctor dan 12% ahli Ilmuan yang berketurunan India. Kerana pendidikan mereka telah mencipta nama di Amerika dan Dunia.

Suatu perkara dasar yang harus kita contohi India adalah ‘pendidikan’. Pemimpin dan rakyatnya sama-sama memberi penekanan yang kuat terhadap pendidikan mereka. Sebab itu pendidikan sudah lama berbudaya dalam kehidupan orang India. Universiti atau Kolej di India, meskipun dengan infrastruktur yang sederhana. Tapi R&D (Research and Development), sistem pendidikan dan pencapaian mereka adalah yang diiktiraf dan dikagumi dunia.  

Seperti juga Mahatma Ghandi, seorang tokoh India yang hebat. Mahatma Ghandi bukan sekadar kebanggaan India, tapi juga menjadi ‘ikon demokrasi’ kebanggaan dunia. Secara peribadi saya turut meminati tokoh ini dan tidak pernah bosan membaca berulang buku-buku atau Biografi tentang Mahatma Ghandi.

Ulasan ini mungkin amat sedikit berbanding kejayaan sebenar India, semoga dapat memberi gambaran yang besar tentang India yang dinamis. Agar kita dapat mencontohi dan belajar sebanyak mungkin dari kehebatan India. Apalah ertinya slogan ‘ultra-nationalism’, kalau sekedar menjadikan kita semakin dangkal dan ketinggalan ditengah-tengah arus ekonomi global.

Kita ada pilihan, untuk ‘bergerak bersama’ atau jadi penonton saja.
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.