Santai sejenak..
Sekali lagi rakyat Malaysia mulai berbahas sesama sendiri tentang kenaikan beberapa harga barang, seperti gula, minyak dan gas (LPG). Semua itu bermula dengan tindakan kerajaan untuk mengurangkan beban subsidi yang dikatakan berlebihan.
Lebih penting, penjimatan subsidi secara berperingkat akan mampu memberi imbangan yang positif terhadap defisit belanjawan dan difisit akaun semasa yang tidak kondusif untuk pertumbuhan ekonomi macro diwaktu mendatang.
Dari perspektif macro, kebijaksanaan pemerintah Indonesia dan pengorbanan rakyatnya adalah contoh terbaik bagaimana subsidi dikurangkan secara berperingkat. Meskipun dengan pertumbuhan yang sederhana dan perlahan, tapi itulah momentun kebangkitan ekonomi yang sangat meyakinkan dirantau ini.
Jangan lupa mengamati momentum kemelesetan yang mulai bergerak di beberapa negara eropah. Malaysia sebagai entiti ekonomi yang sangat bergantung pada pasang-surut ekonomi dunia, memang sewajarnya mengambil langkah awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Atau setidaknya, melaksanakan reformasi pemulihan terhadap jentera micro yang kurang agresif.
Mentaliti Subsidi
Keseluruhan nilai penjimatan subsidi oleh kerajaan adalah kecil berbanding beban defisit akaun semasa yang semakin melebar. Kesan pengurangan subsidi juga dijangka minima, jika tidak terdapat manipulasi oleh peniaga.
Namun kenaikan harga gula, petrol dan LPG telah membuat segelintir rakyat Malaysia terpancing emosi dan terbakar janggut. Semua itu kerana rakyat Malaysia memang tidak mampu melihat ekonomi tanpa sentiment politik, atau mungkin memang tidak tahu tentang proses ekonomi dalam sesebuah negara.
Malah seolah-olah, rakyat Malaysia beranggapan ekonomi negara sentiasa mencurah-curah dan mengalir serta datang melimpah seperti air. Maka tidak hairan, jika ditengah-tengah keadaan ekonomi yang lemah. ada pihak meminta subsidi, kenaikan gaji, bonus atau tunjangan tertentu.
Di Malaysia, pemerintah bukan sahaja mengawal dan memberi subsidi pada harga barang seperti petrol, LPG, minyak masak, tepung, ayam dan lain-lainnya. Malah harga ‘telur’ pun kerajaan terpaksa ‘control’ supaya rakyat Malaysia mampu membeli telur.
Mungkin inilah yang ‘menelurkan’ mentaliti subsidi yang keterlaluan. Anehnya, dalam kehidupan yang sangat bergantung pada bantuan dan subsidi kerajaan. Masih ada juga rakyat yang angkuh dan gemar mendabik dada.
Tongkat Sakti
Orang luar juga pasti tahu, rakyat Malaysia nampak megah dan tegak berdiri kerana ‘tongkat sakti’ dari pemerintah.
Di Singapore dan Thailand. ekonomi mereka banyak digerak oleh inisiatif rakyat dan pihak swasta. sedangkan di Malaysia, rakyat dan pihak swasta terus bergantung dan menunggu insentif dari kerajaan.
Di Singapore dan Thailand. ekonomi mereka banyak digerak oleh inisiatif rakyat dan pihak swasta. sedangkan di Malaysia, rakyat dan pihak swasta terus bergantung dan menunggu insentif dari kerajaan.
Dengan mentaliti subsidi dan tongkat sakti, berapa ramai rakyat Malaysia yang masuk Universiti atas dasar meritokrasi? Mereka mungkin lebih mengenali ‘kouta kronisme’ dan terus berjuang untuk itu. Kerana ‘isme’ itulah yang menjadi talian hayat agar bangsa melayu/bumiputra mampu berdiri dan bersaing dengan bangsa Cina dan India.
Tanpa tongkat dari pemerintah, mereka bukan sahaja tidak mampu berdiri. malah akan mengemis dibumi sendiri.
Ramai juga teman-teman saya diluar negara mengatakan; “bukanlah suatu yang istimewa di Malaysia, jika anak seorang petani miskin, nelayan atau driver teksi mampu belajar ke Amerika, UK, Canada, Australia atau New Zealand …”. semua itu kerana tongkat sakti yang diberikan oleh kerajaan.
Ada juga yang berkata; "hidup warga Malaysia kelihatan lebih mudah dan senang mendapat apa yang mereka mahu..." Mengapa tidak, dengan kos sara hidup di Malaysia yang relatif rendah, biaya pendidikan dan kesihatan yang murah kerana subsidi kerajaan. Ditambah lagi dengan tongkat sakti, maka semuanya nampak lebih senang dan lebih mudah berbanding rakyat lain di negara serantau.
Persoalannya, apakah rakyat Malaysia lebih peka tentang sepak terajang ekonomi? berbanding rakyat Singapore atau Thailand.
Sedangkan di Malaysia, setiap kali masalah ekonomi melanda negara. rakyat mulai meminta kenaikan gaji dan bonus sambil memaki hamun kerajaan yang memerintah. Jauh sekali untuk membicarakan soal ekonomi dengan bijak.
Kerana orang Malaysia cuma ada satu kecenderungan saja, iaitu poltik. Maka semuanya dilihat dari satu sudut pandang dan sentiment politik.
Seorang sahabat blogger di Australia pernah berkata, “orang Malaysia cenderung berpolitik sepanjang masa, makanya kurang ketrampilan dalam hal lain…”.
Lebih dari itu, Apakah subsidi dan tongkat sakti telah melemahkan daya fikir orang Malaysia? Atau memang, mentaliti subsidi dan tongkat sakti telah melahirkan generasi yang moron dan goblok?
Di sisi lain, seolah terbukti sikap “moron dan goblok” memang wujud dikalangan rakyat Malaysia. mereka mulai angkuh dan bangga dengan menggerakkan segala provokasi dalam masyarakat. Berbagai hasutan, sentiment kebencian dan perkauman telah dianjurkan keseluruh negara termasuk di 2 negeri autonomi Sabah dan Sarawak. yang dihuni lebih 30 etnik.
Peristiwa 1969, mungkin akan berulang dengan lebih dahsyat. Inilah bom waktu yang mereka lontarkan untuk kemusnahan negara Malaysia…
Semakin jelas, Mentaliti subsidi dan tongkat sakti telah mewujudkan kelompok rakyat yang moron dan goblok. hingga sanggup menganjurkan kemusnahan negara untuk kepentingan peribadi.
p/s: sekadar pendapat orang kampung yang tinggal diatas pohon sagu.
p/s: sekadar pendapat orang kampung yang tinggal diatas pohon sagu.






