News Update :
Showing posts with label Business. Show all posts
Showing posts with label Business. Show all posts

FTA 2010 DAN KITA

January 11, 2010

Salam Hormat,
Tahun 2010 telah memberi isyarat yang signifikan besar kepada pelbagai pihak dengan pelaksanaan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA), kerana para pengeksport boleh saja mengambil kesempatan penuh terhadap peluang yang terbuka dalam pelbagai perjanjian tersebut. Malaysia tidak terkecuali mendapat manfaat daripada liberalisasi perdagangan oleh Pertubuhan Perdagangan Sedunia (WTO), Perjanjian Perdagangan Bebas Asean (AFTA) dan banyak lagi perjanjian dua hala.

Ini bukan lagi waktunya untuk mengeluh dan meneriakkan nasionalisme yang sempit. Soal sanggup atau tidak, kita harus berdepan dengan keadaan dunia luar yang lebih mencabar, serta meningkatkan lagi jumlah eksport dan dagangan. Dalam istilah yang lebih mudah, AFTA dan FTA adalah satu reformasi ekonomi secara besar-besaran. FTA ini termasuk Asean-China, Asean-Korea, Asean-Japan, Asean-India serta Asean-Australia/New Zealand, yang bermula 1 January 2010.

Malaysia yang telah memuktamadkan FTA dua hala dengan Pakistan, Japan dan New Zealand. manakala perjanjian dua hala dengan India, Chile dan Australia dijangka akan dimuktamad dalam waktu yang terdekat. Keseluruhan perjanjian ini dapat memberi impak yang amat signifikan kepada produk eksport dan pertumbuhan ekonomi negara. kerana FTA bukan sahaja membuka pasaran baru bagi produk Malaysia, tapi turut menjadikan harga produk Malaysia lebih kompetitif berdasarkan layanan duti keutamaan yang ditawarkan oleh rakan perdagagan FTA.

Secara bersama, FTA yang dimuktamadkan meliputi 60% daripada perdagangan global Malaysia, yang akhirnya akan menyediakan pasaran bebas duti kepada lebih 3.2 billion penduduk. Perjanjian AFTA contohnya, turut menawarkan layanan keutamaan bagi hampir keseluruhan produk. Manakal China dan enam anggota awal Asean akan memberikan layanan bebas duti ke atas 90% produk.

Perjanjian dua hala FTA Malaysia-Amerika yang seharusnya dapat dilaksanakan lebih awal. namum persoalan 'keistimewaan' dan 'perlindungan' telah menyebabkan keputusan tertunda sekian lama. Malaysia sebagai rakan dagangan Amerika yang ke-10 terbesar dunia dan yang ke-5 terbesar di Asia, selepas China, Japan, Korea dan Taiwan. Dengan rekod dagangan Malaysia-Amerika yang melebihi USD44 billion, tentunya dengan perlaksanaan FTA Malaysia-Amerika akan mampu melipat gandakan nilai tersebut.

Perjanjian tersebut dijangka akan membuka ruang kepada kalangan pembekal barangan berteknologi tinggi, komputer, telekomunikasi, khidmat kewangan, sumber kuasa dan perubatan Amerika untuk menjengah masuk ke pasaran Malaysia yang mempunyai pendapatan per kapita ketiga tertinggi di ASEAN.

Dalam melihat secara optimis, berbagai pihak juga menyatakan kebimbangan tentang kesan negatif jangka panjang kerana Amerika nampaknya telahpun lebih awal menduduki Malaysia, beberapa perusahaan Amerika seperti General Electric, Intel, Motorola, AIG, Cargill, Citigroup, Discovery Communications, FedEx dan Oracle yang telahpun menjadikan Malaysia sebagai 'hub' mereka di rantau ini.

Untuk mencari titik kesuksessan dalam keseluruhan AFTA dan FTA ini, masyarakat harus memisahkan sentiment politik dan kecenderungan ekonomi. Jika tidak, kita akan ketinggalan untuk 'belajar' seberapa banyak strategi terpenting dalam persaingan globalisasi. Kita mungkin belum bersedia sepenuhnya, tapi kita harus bergerak dan belajar.

Beberapa negara membangun mungkin akan menerima kejutan, tentang persoalan standard dan prosedur yang berbeda-beda antara negara maju dan negara membangun. Itulah yang saya katakan kita harus belajar dan terus belajar untuk menepati standard dunia, yang memungkinkan kita mampu bersaing sebagai pengekport secara global. Persaingan ini pastinya tidak terbatas pada soal produk dan eksport sahaja, tapi juga mencakupi standard pendidikan dan yang lainnya.

Pendidikan tinggi Malaysia rasanya sudah bergerak ke landasan yang betul, berdasarkan implementasi 'twinning program', 'franchise' atau 'kerjasama pintar' yang telah memperlihat beberapa Universiti dan Kolej dari Britain, Amerika, Canada dan Australia membuka Kampus Kolej dan Universiti mereka di Malaysia. Ini mungkin tidak menjadikan Malaysia setaraf dengan status mereka, tapi telah menjadikan pendidikan tinggi Malaysia diiktiraf oleh negara-negara maju.

Dengan terlaksananya FTA, secara peribadi saya menjangkakan krisis dalaman akan terjadi dibeberapa negara membangun, krisis yang bernada kejutan terhadap keterbukaan akan mengiringi masalah standard produk. Jika sesebuah negara biasa memuji diri "saya hebat", "saya kreatif" atau "saya lebih bermutu", inilah ujian buat semua apakah kita benar-benar seperti yang kita katakan atau sebaliknya. Dunia akan memberi jawaban yang jelas, apakah standard kemahiran, pendidikan, kemudahan, infrastruktur dan produk kita diiktiraf oleh negara maju dan dunia.

Nasionalisme yang sempit tidak akan membawa kita kemana-mana, meskipun dalam letusan ekonomi dan agihan kesempatan sebesar FTA. Atau.... terpaksa mengakui, kita sememangnya ketinggalan dari dulu, kini dan selamanya...hiks.

Setiap kejayaan harus ada pergorbanan.
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.