News Update :
Showing posts with label Bahasa. Show all posts
Showing posts with label Bahasa. Show all posts

SERI BAHASA COMMUNITY AWARD

March 17, 2010

Salam Hormat,
Sekali lagi saya mendapat Award, tapi kali dengan perasaan yang berbeda. Mungkin kerana Blog Seri Bahasa banyak mengajar saya tentang Bahasa Melayu makanya ada nilai sentimental buat saya. Ini juga Award pertama yang saya dapat dari Blogger Malaysia, karna kebiasaannya Blogger Malaysia tidak gemar pada Award tapi lebih suka pada TAG atau Contest.

Di dunia nyata mungkin saya tidak pernah bertemu Blogger Seri Bahasa,  tapi di dunia Cyber terasa sangat akrab. Pertama kali saya tertarik dengan Blog ini kerana terdapat banyak bahan rujukan tentang pepatah melayu, peribahasa melayu dan juga koleksi pantun dari masyarakat melayu nusantara. Suatu yang indah bagi saya bila berkesempatan untuk belajar banyak perkara tentang rumpun melayu. Semoga apa yang dilakukan Seri dapat dicontohi oleh blogger melayu yang lain, meskipun bahasa Inggeris itu penting tidak bermakna keindahan bahasa Melayu ditinggalkan.

Terima kasih setinggi-tingginya buat Seri atas penghargaan ini, semoga Seri Bahasa Community Award dapat mengeratkan lagi persahabatan dan juga persaudaraan antara kita semua.


TREND YANG MELUCUKAN DI MALAYSIA: “I LOVE YOU” ATAU “AKU SAYANG PADAMU”

August 19, 2009

Barangkali judul diatas menerbitkan sedikit persoalan buat teman-teman, saya mahu ceritakan satu masalah yang pernah diutarakan oleh pelajar perempuan saya sebagai illustrasi.
Seorang pelajar perempuan menemui saya dengan wajah yang agak kesal, kali ini dia bukan bertanya masalah pelajaran, tapi soal percintaan. Dia adalah seorang pelajar yang sangat rajin dan berdisiplin.

Kami memulakan perbincangan bila dia memberitahu saya dan mula bercerita tentang rasa tidak puas hati terhadap kekasihnya. Seperti biasa saya mendengar dengan tenang dan cuba memahami apa yang dimaksudkan. Dia mengeluh kekasihnya tidak serius dalam perhubungan. Tapi tidak juga dia mengatakan kekasihnya tidak jujur atau tidak setia. Setelah berulangkali dia melepaskan keluh-kesah dihadapan saya, rupanya saya masih keliru dan semakin keliru. Kerana yang jelas mereka berdua tidak bermasalah, samada dari keseriusan, kejujuran atau kesetiaan.

Saya memulakan pertanyaan, kenapa dia mengatakan kekasihnya tidak serius? Kebetulan saya mengenali kekasih yang dimaksudkan, adalah pelajar ditempat yang sama tapi dalam bidang yang berbeda. Orangnya sederhana dan sangat pintar.
Oleh kerana soalan pertama saya tadi dia susah untuk menjawab, saya cuba bertanya lagi soalan lain.

Saya bertanya, adakah dia pernah memberitahu kamu “dia sangat menyayangi kamu”? pelajar perempuan saya menjawab; Ya, dia sering mengatakan “aku sayang padamu”. Lalu apa masalahnya? Tanya saya. Dia kelihatan tidak senang dengan pertanyaan saya, lantas menjawab; Boyfriend saya ketinggalan zaman dan tak romantis, nak cakap “I Love You” pun tak pernah. Boringlah… macam orang tua! Itu yang saya tak puas hati ni…, tegasnya.

Apakah ‘aku sayang padamu’ tidak sama maksudnya dengan ‘I love you’?
Sekarang barulah saya faham, timbul juga rasa lucu. Hanya kerana tidak pernah mengatakan I LOVE YOU, dianggap tidak serius, tidak romantis dan ketinggalan zaman. Sebagai orang Malaysia saya mungkin tahu tuntutan naluri pelajar melayu itu tadi, betapa trend masakini mengatasi kewajaran. Golongan muda sering merasakan ungkapan I LOVE U lebih bermakna dan romantis berbanding AKU SAYANG PADAMU. Kerana ungkapan itu memenuhi selera terkini muda-mudi melayu di Malaysia. Meskipun majoriti mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Scenario ini sebenarnya mempengaruhi setiap peringkat masyarakat, apalagi orang seusia pelajar saya.

Tapi melalui pengamatan saya, kelompok yang boleh berbahasa Inggeris atau ahli profesional tidak terikat pada trend yang melucukan ini. Jika anda lihat dikaca TV, artis-artis Malaysia jarang sekali mengatakan ‘aku dan kamu’ atau ‘saya dan awak’ sebaliknya lebih senang mengucapkan ‘I dan YOU’. meskipun mereka bukanlah orang yang boleh berbahasa Inggeris.

Apakah kita mahu teruskan trend yang melucukan ini sambil ditertawakan orang luar?
Saya tidak pasti berapa ramai orang berasa senang atau bersetuju dengan scenario begini. Alangkah baik kalau kita belajar menguasai sesuatu bahasa itu dengan betul dan penuh kepekaan, tapi berapa ramai orang melayu di Malaysia lulus cemerlang bahasa melayu diperingkat sekolah menengah? Apalagi nak lulus bahasa Inggeris atau bahasa lain…. Jawapannya ada pada generasi hari ini, atau fikirkan saja apa alasan bodoh untuk kita pertahankan kelemahan diri.
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.