News Update :

KISAH CINTA YANG IRONIS, MALAYSIA DAN INDONESIA

October 17, 2009

Warga Malaysia
Warga Indonesia dikenali sebagai ‘Bangsa Indonesia’, Tapi warga Malaysia dikenali bersuku-suku Contohnya seperti; orang Melayu, orang Jawa, orang Minang, orang Cina, orang Dayak  dan sebagainya. Sebenarnya bangsa Malaysia tidak pernah wujud hingga ke hari ini, Maka ayat ‘Bangsa Malaysia’ dilihat sangat asing bagi sesiapa warga Malaysia.  Seperti juga di Singapore, tidak ada istilah ‘Bangsa Singapura’. Memang banyak juga negara lain di dunia tidak menggunakan prinsip ‘Bangsa’.

Saya jelaskan hal ini untuk menjawab pertanyaan seorang blogger Indonesia, mungkin juga ada teman-teman yang kurang jelas tentang hal ini. Namun bagi warga Indonesia yang biasa di Malaysia pasti sudah tahu.

Prinsip ini adalah bersesuaian dengan undang-undang yang digunakan, falsafah hidup masyarakat dan sejarah pembentukan Malaysia. Sebab itu di Malaysia, kalau urusan orang Melayu masyarakat lain tidak ikut campur, kalau itu urusan orang Jawa maka Masyarakat lain diam saja,  begitu juga sebaliknya. Meskipun pemerintah dan Raja Malaysia adalah orang Melayu, mereka tetap memberi ruang kepada setiap suku untuk berbincang sendiri permasalahan mereka tanpa diganggu oleh suku lain. Undang-undang yang tegas telah mengawasi hak setiap suku agar tidak diganggu sesiapa.

Komentar dari Teman-Teman
Di Malaysia mengancam atau melancarkan perang terhadap sesuatu pihak boleh membawa hukuman mati mengikut undang-undang negara. Demonstrasi jalanan sudah cukup membawa ke penjara, sebab itu aksi dan ancaman ‘bendera’ dianggap serius oleh banyak pihak.
Setelah membaca beberapa komentar dari teman blogger tentang judul “ANCAMAN PERANG BUKAN MEWAKILI SIKAP MASYARAKAT INDONESIA”, saya rasa tertarik untuk mengupas isu ini berdasarkan fakta, sejarah dan undang-undang. Saya juga temui  komentar dari warga Indonesia yang sangat menarik berdasarkan fakta dan sejarah.  Membaca komentar dari Bintang-Narondang, Alkatro dan Nbi@1523, saya seperti disentuh angin damai yang segar. Mereka ini membahas isu tersebut dengan nada  yang damai sambil mendukung fakta dan logika. Menarik sekali...

Ada juga komentator lain yang bersetuju persamaan asal-usul dalam rumpun ini, tapi tetap tidak bersetuju persamaan budaya atau kesenian. Alasan mereka tidak mahu budaya itu jatuh ke tangan Malaysia . Bukankah aneh bunyinya, kerana cuma mereka yang asal Indonesia yang pertahankan budaya itu di Malaysia. Tidak mungkin Orang Melayu, Orang Jawa atau Orang Minang di Malaysia akan mengubah budaya asal mereka, hanya kerana takut dikatakan “klaim” atau kerana tidak mahu dilabel sebagai ‘pencuri budaya’ oleh pihak tertentu di Indonesia yang punya cita-cita politik.

Seperti kata seorang warga Malaysia  asal Jawa Tengah, yang sudah 25 tahun mendapat taraf warga Malaysia. Dia melontarkan pandangan sinis, “Apakah mereka itu sudah lakukan sepertimana Malaysia menghargai budaya, Apakah itu orang Jawa untuk mengatakan saya mencuri budaya Jawa?”…
tenang wak, tenangggg….…

Wayang Kulit Dan Budaya Asal Indonesia
Di Malaysia, masyarakat asal Indonesia memang tetap hidup dengan budaya itu sejak beberapa generasi, malah sudah ratusan tahun. Sejarah juga telah menjelaskan merekalah yang menemui dan membuka Tanah Melayu. Bukanlah ironis jika anak muda hari ini pada tahun 2009  mengatakan Wayang Kulit sudah jatuh ke tangan Malaysia, Sedangkan sudah ratusan tahun Wayang kulit di negeri Kelantan Malaysia.

Berdasarkan Sejarah, Masyarakat Melayu Kelantan adalah penduduk terawal sekali di Tanah Melayu. Kasihan juga orang melayu … sudah ratusan tahun hidup dengan wayang kulit tiba-tiba tahun 2009 bergelar “pencuri wayang kulit”. Sabar Pakcik….. sabar! Bukan orang lain Pakcik, orang kite yang kecek gitu…

Belum lagi kita bercerita tentang Masyarakat Minang di Negeri Sembilan Malaysia, yang sudah ratusan tahun terkenal dengan adat pepatih dan kebudayaan Minang. Pasti tak terhitung berapa banyak budaya Minang yang mereka ‘klaim’, sebab mereka adalah orang Minang.  Semoga Tok Minang di Nagori bersabor…. Sabor Tok, sabar suborrr….

Setelah ratusan tahun, entah berapa keturunan sudah lahir di Tanah Melayu ini. tiba-tiba tahun 2009 mereka dicaci dan difitnah sebagai pencuri. Sememangnya banyak lagi fitnah dan cacian  keatas warga Malaysia yang asal Indonesia kerana mewarisi budaya mereka. Tulisan saya sebelum ini tentang warga Malaysia bukan berasal dari Amerika atau Eropa seharusnya mampu menjawab persoalan kebudayaan dan kesenian juga. Sesungguhnya ‘majority’ warga Malaysia berasal dari Indonesia, apalagi dalam proses akomodasi pasca merdeka yang turut membawa guru-guru dari Indonesia, yang akhirnya menjadi warganegara Malaysia.  Maka tidak mengejutkan lagu ‘Rasa Sayang’ dinyanyikan di sekolah-sekolah Malaysia sejak merdeka.

Sipadan Dan Ligitan
Saya menganggap isu ini aneh dan sinikal, mungkin di Dunia cuma Malaysia dan Indonesia yang ada masalah yang bernada ironis. Saya bangga dengan sejarah hubungan baik Soeharto dan Dr Mahathir, sebab itu mereka pernah mengatakan, keputusan membawa isu Sipadan ke ICJ (Mahkamah Keadilan Antarabangsa) bertujuan agar tidak membebankan generasi akan datang. Kerana perebutan Sipadan telah terjadi sejak 1930, tapi antara Indonesia, Filipina dan Brunei.

Atas dasar hubungan mesra dua pemimpin ini dan percanggahan prinsip dalam dokumentasi British dan Belanda. Maka keputusan ke mahkamah ICJ dibuat pada 1996, seterusnya difailkan pada 1998. Akhirnya Sipadan menjadi milik Malaysia atas keputusan Mahkamah ICJ di The Hague Belanda pada 17 Dec.2002. Tapi nampaknya kebijaksanaan dua pemimpin ini tidak dilihat dengan betul oleh banyak pihak, dan keputusan Mahkamah ICJ telah jadikan permainan politik pihak tertentu dengan mengatakan Sipadan sudah dicuri atau dengan istilah ‘dicaplok’ oleh Malaysia. Siapakah dalam dunia ini percaya pulau bisa dicuri?  cuma segelintir warga Indonesia yang tahu jawabannya, Ini yang saya katakan aneh dan ironis…

Sebenarnya Malaysia dan Singapore juga telah membawa isu Batu Putih ke ICJ, dan keputusan ICJ telah memihak kepada Singapore. Tapi tidak timbul ‘tuduhan mencuri’ kerana sama-sama menghormati keputusan undang-undang. Begitu juga isu perbatasan Malaysia dan Brunei, masih ada yang belum beres cuma kedua-dua pihak senang pada undang-undang.
Alangkah senang kalau kita percaya pada undang-undang, tidak perlu berteriak di jalanan dengan segala slogan provokasi. Mengapa isu Ambalat tidak dibawa ke Mahkamah? Mungkin menyadari kita bukanlah rumpun yang percaya pada undang-undang. Kita rasa sangat pahit untuk menerima undang-undang, tapi senang sekali saling mencaci…

Slogan Ganyang Malaysia
Sewaktu pemerintahan Soekarno slogan ‘GANYANG MALAYSIA’ dihangatkan kerana mahu Malaysia bersama dalam Indonesia Raya. Fakta Sejarah juga menjelaskan adanya ‘Ambition’ yang sangat besar antara dua pemimpin Malaysia dan Indonesia pada waktu itu. Konfrontasi tersebut bukan kerana persamaan budaya atau kesenian, tapi kerana hal yang lebih besar dan melibatkan PBB. Soekarno mahu menyerang Malaysia bukan disebabkan adanya kebudayaan Indonesia di Malaysia seperti batik, tarian dan seumpamanya.

Konfrontasi tersebut turut melibatkan banyak pihak dan banyak cita-cita, rasanya tidak perlu saya bahaskan disini. Cuma kita harus faham bahawa slogan ‘GANYANG MALAYSIA’ bukan kerana hal remeh dan sudah selesai seperti yang diadu domba pada hari ini.

Lagu Terang Bulan dan Negaraku
Pada tahun 1957, pemerintah Indonesia sangat menghargai lagu Terang Bulan dijadikan lagu kebangsaan Malaya dengan nama ‘Negaraku’. Pihak RRI dan Pemerintah Indonesia telah menyatakan penghargaannya atas penerimaan lagu tersebut sebagai lagu kebangsaan Malaya (Malaysia belum wujud) pada hari kemerdekaan Malaya 31 August 1957. “Pada waktu itu pihak Pemerintah Indonesia juga telah melarang lagu tersebut diputar, dimainkan atau diperdengarkan melodinya pada setiap kejadian biasa” sebagai menghormati Malaya yang baru merdeka. Data ini boleh dikaji dalam beberapa media Indonesia dan buku sejarah Indonesia.

 Tapi pada 2009, para blogger, media dan ahli politik telah mengatakan lagu itu telah dicuri. Caci-mencaci antara dua pihak, saling mencari kelemahan dan keburukan… blogger Malaysia dan blogger Indonesia berperang di dunia maya. Yang mencaci adalah orang melayu dan yang dicaci juga orang melayu… dan pastinya orang Islam. Ironisnya semua persoalan ini timbul pada tahun 2009, atau lebih tepat menjelang PEMILU di Indonesia.

KEDAMAIAN BUKAN HANYA SATU SLOGAN
Bicara soal kedamaian adalah sesuatu yang sangat mudah, meneriakkan slogan kedamaian juga sangat romantis. Tapi jelas sekali kita belum mampu menjiwai arti  kedamaian, mungkin kerana rumpun ini terlalu banyak slogan perjuangan sebab itu urusan kedamaian sekadar basa-basi. Rumpun melayu Islam ternyata mudah diprovokasi, meskipun kebenaran tampak lebih jelas. Saya tidak mahu mengkritik yang lain, tapi saya mengkritik mereka yang seagama dengan saya. Karna kita ada tanggungjawab untuk menjaga imej Islam berdasarkan tingkahlaku kita. Setidaknya kita harus mulakan hubungan baik secara peribadi sesama kita, dan campakkan hal yang meresahkan.

Banyak isu antara Malaysia dan Indonesia yang sudah selesai melalui proses undang-undang atau melalui diplomasi bilateral, tapi dianggap belum beres oleh kelompok tertentu, Maka kelompok yang tidak peka mungkin mencicip saja hidangan itu tanpa melihat isinya. Seperti juga membaca, mereka cuma membaca judul dan terus berlalu sambil membayangkan saja isi artikel tersebut, inilah kelemahan dan punca mengapa kita mudah saja diprovokasi. Tidak peka dan tidak membaca adalah punca utama, akhirnya kedamaian hanya tinggal slogan saja. Dunia hari ini membuka ruang sebesarnya untuk kita membaca dan mencari sumber atau data, bukan untuk menjadikan kita pengikut arus yang sering hanyut.

Sesungguhnya hubungan Malaysia dan Indonesia amat signifikan dari berbagai aspek kebersamaan budaya, aspirasi dan sejarah. Tidak pernah dua negara ini bersengketa kerana perbedaan, semuanya kerana persamaan atau cita-cita ingin bersama. Malaysia dan Indonesia mungkin tidak akan menikah, tapi akan terus berselingkuh. Kadang-kadang sangat romantis, kadang-kadang sangat ironis. Itulah kisah cinta…

Masalah peribadi antara warga tidak wajar menjadi isu negara, penyelesaian sesuatu isu juga harus specific agar tidak berkembang dalam kelompok yang lebih besar. Sebarang kritikan juga harus specific dan berdasarkan fakta, bukan mengikut saja apa yang didengar. Demonstrasi bukanlah satu budaya atau cara yang betul, sebaiknya undang-undang diterima sebagai wahana penyelesaian masalah. Semua element ini sangat penting dalam melestarikan hubungan ‘cinta’ Malaysia dan Indonesia. karna selama ini perkara yang menjadi isu atau isu yang terjadi banyak sekali bercanggah dengan fakta sebenar. Sesama rumpun melayu  mungkin ada jawabannya..??? Semoga kita semua dapat belajar dari situasi yang meresahkan ini.

** inilah ‘bahasa melayu’ yang dibawa oleh orang Palembang dan Riau ke Tanah Melayu (sekarang semenanjung Malaysia) sekitar lebih 500 tahun yang lalu.
Share this Article on :

35 comments:

al-basri said...

salam hormat

1. Teman-teman boleh saja berkomentar berdasarkan mana-mana judul. ada banyak judul kan..

2. saya sengaja tulis panjang begini sebab jarang dapat online dan agak sibuk.

3. sebarang komentar yang provokatif atau kritikan yang tidak mengikut fakta dan undang-undang akan saya hapus.

terima kasih

nbi@1523 said...

Semoga blogger2 semua faham dan mengerti akan apa yang tertulis di atas....rasa-rasanya tulisan sebegini harus dan sewajarnya menjadi pembuka minda untuk blogger semua...usah dipertikaikan lagi semua apa yang telah kita baca sebelum ini....KITA SERUMPUN,...marilah sama-sama kita hidup dalam aman dan damai hendaknya.Semoga ALLAH mencucuri rahmat untuk bangsa kita semua tidak kira dari MALAYSIA mahupun INDONESIA...A M I N.

Aryo Halim said...

begini sobat, pada saat sipadan dan ligitan diserahkan ke Malaysia, isu di Indonesia juga tidak begitu ramai, biasa saja, kita jg menyadari itu sudah hukum international, kalaupun sekarang di ungkit kembali karena akumulasi kekecewaan rakyat Indonesia dari mulai sipadan ligitan,pemulangan paksa TKI, penganiayaan pembantu rumah tangga berulang kali dan terakhir "penayangan budaya Indonesia yg beruntum, bukan cm 1, tetapi banyak'

Okelah itu jg budaya melayu, tetapi jika malaysia sudah tidak menjaga tradisi itu dan tiba2 setelah terkenal dan berkepentingan utk promosi wisata malaysia tiba2 saja menayangkannya? Asal tahu saja, kami sebagai suku jawa tidak pernah menayangkan tari pendet yang dari suku bali, walaupun sama2 dari bangsa Indonesia atau budaya dari daerah lainnya

Bicara budaya spt wayang, batik, itu sangat absurd, krn orang malaysia ada yg berasal dari jawa, tp sebagai contoh tari pendet dari bali, setahu saya di Malaysia tidak ada yang bernama I ketut, i made, i wayan, i gusti yang notabene adalah orang bali, orang bali selalu memakai nama i ketut, i wayan, i gusti utk laki2 dan ni ketut, ni wayan utk perempuan. Misal i ketut swasana, i gede sudarsa dll dan orang bali beragama HINDU

Nah penayangan tari pendet inilah yg membuka mata rakyat Indonesia bahwa sebenarnya "malaysia" ini memang mengambil secara serampangan semua budaya Indonesia

Kalau malaysia merasa berasal dari Indonesia kenapa tidak dicium dan dipeluk dahulu indonesia, kemudian sama2 memakai budaya yg sama, tentunya kita jg akan tersenyum

Nah selama ini malaysia justru terkesan arogan dan menganngap Indonesia itu hanya sebagai tenaga kuli/pembantu buat malaysia

Secara psikologis kami rakyat Indonesia yg merasa memliki saudara malaysia merasa sakit hati di perlakukan spt itu dan hanya dimanfaatkan saja

Mohon maaf, sekedar opini

дlкaтяф said...

sepertinya komentar sobat lain banyak yang lebih baik dari alkatro.. :)
saya mencoba melihat sejarah dari 5 abad yl, yaitu Majapahit; yang meliputi wilayah di Asia Tenggara, hubungan Samudra Pasai dan Majapahit waktu itu sangat romantis, sampai Raja Majapahit memberikan sebuah desa kepada Syeh Rahmat, Syeh Maulana Magribi dan yang lainya untuk tempat tinggal dan menyebarkan agama Islam; meskipun Sang Raja adalah penganut agama Hindu..
sangat disayangkan jika sekarang kita saling mengedepankan permusuhan apalagi kita serumpun dan seiman.
Bukankah peradaban dan perubahan zamanlah yang menyebabkan kita terpisah dan seolah-olah kita 'berbeda'? Alangkah indahnya, jika dunia ini dipenuhi dengan warna berseri bunga cinta.. :)

jhonson blog said...

biarkan saja pemerintah dari masing masing negara yang menyelesaikannya,kita sebagai rakyat jangan terpancing emosi.

saran saya..jangan terlalu menanggapi berita media cetak,pahami dulu berita berita itu baru kita bertindak.

jangan gara gara sebuah peristiwa yang seharusnya bisa di selesaikan secara damai tapi kita tidak melakukannya,malah sampai bakar bendera sebuah negara.

tak baik juga kita sampai membakar bendera suatu negara.macam mana pula kalau bendera kita dibakar orang lain???,marah bukan??.

ayoo lah sahabat sahabat dari malaysia dan indonesia hentikan semua ini....kita serumpun,kita satu darah,mayoritas kita juga beragama yang sama,segera hentikan permusuhan ini."MALU KITA SAMA NEGARA /BANGSA LAIN".

al-basri said...

@nbi@1523: Nampaknya Datuk Seri sering membawa harapan Damai buat rumpun ini, memang kita juga sedar kelemahan dan sikap arogan dalam sesuatu kelompok di Malaysia.

Alangkah baik ya, kalau selepas ini masyarakat Malaysia dan Indonesia saling berkunjung dan bersatu demi menjaga silatulrahmi. semoga kita semua boleh belajar dari situasi yang resah ini.

Terima Kasih Datuk Seri.

Mr. X said...

Disemua Agama mengajarkan hidup rukun, damai dan tidak ada rasa permusuhan, iri, dengki dan dendam.
Melihat dari sejarah, fakta dan lain sebagainya sebenarnya apa yang di ributkan masalah bangsa negara antara malaysia dan indonesia?
Hidup di jaman yang serba modern dan jaman yang mendekati jaman akhir ( kiamat ), saling membantu, saling membangun, saling berkomunikasi dan meningkatkan kerja sama di segala bidang adalah hal yang sangat kita harapkan.
Jika perang semua pasti merasakan kerugian, tidak ada yang namanya perang tidak memakan korban...menang dan kalah pasti rugi.
Alangkah bijaksananya para pemegang pemerintah untuk mencari solusi dengan musyawarah untuk mencapai mufakat.
hidup damai, aman sejahtera.

blog buat bloggers said...

Terimakasih sobat atas "share" - nya.
Mungkin saya tidak bisa berkata banyak disini karena kejadian ini datang bukan dari masyarakat seperti kita.

Toh apalah kita???? dalam arti "kita tidak berharga di rumah kita sendiri"

Biarkanlah kejadian ini mereka2 yang berkuasa untuk mencari solusinya, meskipun saya lahir indonesia tapi dalam hati saya (") masih tertanam arti kedamaian.!!!!

Mari sobat kita jalin kedamaian itu dengan silaturahmi

Salam persahabatan Indonesia - Malaysia.

al-basri said...

@Alkatro: eheh..sob, makanya saya beri kredit untuk komentar sobat. ini sekali lagi saya belajar sejarah tentang cinta nusantara...hehe

sejujurnya saya sangat senang dengan komentar begini, ada sindiran, sejarah, pesan dan saran yang baik. semuanya membawa nada kedamaian...

terima kasih, untuk kommentar ini makan malam gratis buat sobat.

al-basri said...

@jhonsonblog:
harapan beginilah yang sebaiknya, lelah juga untuk membahaskan perkara baik ya.
biarlah sesama kita yang saling menghargai dan mengerti.

terima kasih sahabat.

al-basri said...

@lover:
wahh komentar yang berbobot dik...
sangat rasional bila kita mampu melihat ke arah risiko dalam sesuatu konflik. apalagi kalau kita saling mendukung agama sebagai yang paling atas. alangkah baik kalau banyak yang berfikir begini...

cuma mereka itu mungkin ada cita-cita lain agaknya, semoga sesama kita yang saling menghargai dan mengerti.

terima kasih dik,
untuk komentar ini sarapan pagi gratis buat adik... hehe

al-basri said...

@blog buat bloggers:
benar sobat, seperti juga saya sekedar membahaskan untuk kebaikkan bersama dalam rumpun ini.

secara peribadi saya bukan berketurunan melayu atau rumpun melayu, cuma hidup sebagai masyarakat pendatang di dunia melayu dan rasa terkesan juga oleh persoalan ini.

di Indonesia atau Malaysia yang lebih berhak
adalah rumpun melayu. sayangnya hal yang sudah selesai menjadi krisis, hal yang bersifat peribadi jadi persoalan negara.

Biarlah sesama kita yang jalinkan silaturahmi, dan menghayati arti kedamaian.

saya bangga menyambut salam ini.
terima kasih sobat.

al-basri said...

@Aryo Halim:
Isu pemulangan paksa TKI yang dimaksudkan, sebenarnya adalah program pengampunan bagi TKI yang tidak memiliki dokumentasi yang legal. maka mereka disuruh pulang tanpa sebarang hukuman dan diperbolehkan kembali setelah dokumentasi itu lengkap.
Suatu ketika, hal itu terjadi kerana masalah ekonomi negara dan pengusaha, dan ini semua adalah perkara lama.

penganiayaan pembantu rumah oleh individu tertentu, sebaiknya tidak menyalahkan Negara atau seluruh rakyatnya karna undang-undang telah pun menghukum pihak yang terlibat. saya pasti semua orang tahu undang-undang Malaysia sangat tegas dalam negara Commonwealth.

Isu penayangan budaya sudah lama selesai, semua pihak yang bersangkutan sudah pun meminta maaf secara resmi atas kesilapan mereka. penjelasan mereka ini ada dalam media dan pernah ada dalam TV Indonesia secara langsung. kedua-dua pemimpin juga telah bertemu dan bermusyawarah tentang hal ini.

Di Malaysia, promosi sesuatu budaya tidak bergantung kepada pemerintah seperti kebiasaannya negara lain. kelompok yang merasakan memiliki dan menghargai budaya itu yang mempromosikan sendiri.
begitu juga iklan pariwisata yang "hangat" , bukan atas biaya atau inisiatif pemerintah.

saya yakin pihak Indonesia akan promosi lebih baik lagi, kerana mereka ini telah tarik semua iklan tersebut. cuma alangkah baik kalau sesuatu masalah itu berkaitan undang-undang. biarlah undang-undang yang bertindak.

soal tanggapan kuli/pembantu adalah bersifat peribadi dari individu tertentu. bukan anggapan dari Malaysia sebagai sebuah negara atau seluruh rakyat Malaysia. TKI juga ada pilihan untuk tidak bekerja sebagai kuli di Malaysia, bukan sedikit warga Indonesia yang bertugas di peringkat profesional disini. Makanya selalu ada pilihan...

Rada dendam dan sulit cuma terjadi antara kelompok kecil, usahlah kita ikuti karna mereka mungkin ada urusan lain.

terima kasih sobat.

Miawruu said...

Btw, bahasa Minang sabar itu bukan sabor. Tapi saba (r nya diilangin) dan kata Negeri di bhs Minang itu bukan Nagori, tapi Nagari. Dan bhs Malaysia Paman/laki2 dah tua itu Atuk disingkat Tuk. Bukan Tok (kayak pintu aja di tok tok hehehehe). Atuk itu bahasa Indonesianya (Minangnya lebih tepat) sama dg Datuk. Lain kali jgn asal bikin aja bahasa suatu daerah mas hehehehe

Buat tambahan, orang Minang ma Malaysia (terlebih lagi di negeri Seremban) hubungannya lebih harmonis dibandingkan dg hbgn Malaysia dibandingkan dengan suku2 bangsa Indonesia lainnya (dan daerah Jawa berasal dari kerajaan Majapahit).

Kenapa?

Karena waktu zaman Raja Adityawarman, Negeri Sambilan Malaysia pernah disatukan dengan pemerintahan Minang-Majapahit (Raja Adityawarman adalah anak dari salah satu raja Majapahit dan seorang Putri berasal dari kerajaan Minang, Raja Adwayawarman dengan Putri Dara Jingga). Dibawah pemerintahan Raja Adityawarman, Majapahit-Minang mengalami masa emas. Bersama Gajah Mada, Adityawarman menaklukan hampir seluruh Jawa, Bali, dan Malaysia (nagari sambilan).

Kerajaan Majapahit diserahkan ke paman Adityawarman, Jayanagara. Dan Adityawarman sendiri dilantik menjadi Duta Besar kerajaan Majapahit untuk mengadakan perjanjian damai dengan bangsa Mongolia. Setelah itu Adityawarman kembali ke kampung halaman ibunya di Sumatera Barat di ranah Minang, ia mendirikan kerajaan baru. Yaitu Kerajaan Pagaruyuang. Dan beliau tetap menjalin hubungan dengan nagari sambilan Malaysia dibawah pemerintahan barunya ini berlangsung sampai lebih dari 500 tahun sampai akhirnya dipisahkan oleh kedatangan Belanda-Inggris.

Tapi, sampai sekarang, hbgn antara rakyat Minang dan Malaysia masih harmonis, selain sama2 orang Melayu, adat istiadat, bahasa mereka hampir mirip satu sama lainnya(mgkn hasil akulturasi selama 500 tahun). Meski sayangnya, banyak generasi muda baik di Minang, Malaysia, dan Jawa melupakan sejarah ini. Bahwa kita dahulu pernah menjadi satu kesatuan bangsa yg akhirnya dipisahkan oleh penjajah. (baca lengkapanya di http://kucingtengil.blogspot.com/2009/08/sebuah-kebenaran-yang-menyakitkan.html) hehehehe promosi :P

al-basri said...

@KucingTengil:
ni pasti orang minang ya... mohon maaf kalau saya salah... hiks. tapi bahasa yang saya tulis tu 'bahasa Negeri Sembilan'. saya memang tak pernah dengar bahasa Minang sebab mereka suka guna bahasa Negeri.

di Malaysia budaya Minang memang sangat terkenal seperti; Design rumah, Makanan, adat istiadat dan lain-lain. di sekolah seluruh Malaysia juga memang diajar adat pepatih sejak SD lagi. menarik bukan...

Betapa Sejarah telah menunjukkan kebenaran, betapa kita bangga dengan hubungan baik yang memang telah wujud sekian lama. Alangkah tidak wajar bila ada perselisihan faham tentang kesenian atau kebudayaan, kerana kita memang satu kesatuan bangsa yang cuma dipisahkan oleh batas negara.

biarlah sesama kita yang saling mengerti dan menghargai. setidaknya secara peribadi.

terima kasih, banyak juga saya belajar ni.
untuk komentar yang romantis ini, air botol sama roti kaleng gratis buat Mia. hehe

sabirinnet said...

thank's atas sharenya

Aryo Halim said...

@al basri : Saya mengerti, Malaysia bisa menjelaskan tindakannya, Indonesiapun jg bisa menjelaskan tindakannya, tapi saya harap sodara2ku di Malaysia jg mengerti kenapa masyarakat Indonesia bersikap spt itu. Saya sih lebih menyalahkan kepada sikap Malaysia yang tidak lebih baik dari Saudi Arabia, Australia atau British, USA or Japan sekalipun dalam membina hubungan dengan Indonesia.

Mungkin rupa manusia tidak ukuran, yg penting hati, sorry bro!I dont blame it on Malaysia nor Indonesia, I blame it on RAS AUSTRONESIA

Martin Juanda said...

Hanya mau menambahkan sedikit sobat atas komentarnya terhadap @aryo halim:)

jangan terlalu menjadikan undang-undang sebagai pedoman, karena sebagai umat muslim kita tahu ada hukum yang lebih sempurna lagi, dan itu semua tercatat jelas di Al-Qur'an.

Bukannya saya tidak mau mengikuti undang-undang loh, mungkin sobat Al-Basri juga mengerti apa makud saya :)

al-basri said...

@Aryo Halim:
Posting ini tidak persifat ‘authoritative’, tidak mewakili negara Malaysia atau apa-apa organisasi. dan tidak ditujukan kepada Indonesia sebagai sebuah negara.

Tulisan saya adalah analisis secara peribadi berdasarkan fakta, Sejarah dan undang-undang yang telah pun digunakan untuk menyelesaikan isu tersebut. Data-data tersebut boleh diakses secara terbuka oleh sesiapa sahaja. Jika ada data yang salah, mohon dibetulkan dan sertakan sumbernya. Teman-teman yang lain juga telah membawa data untuk memperbetul dan menambah makna dalam artikel saya. karna isu tersebut sebenarnya sudah pun diselesaikan oleh pihak berkuasa pemerintah dua negara.

saya mempersoal rumpun ini seolah tidak peka, karna rumpun ini memang lebih berhak keatas Malaysia dan Indonesia. masyarakat saya cuma sekedar menumpang sebagai pendatang di negara dan Dunia melayu. semua orang tahu kami adalah pendatang.
anehnya...
agama sudah ada, undang-undang sudah ada, sejarah juga ada untuk diamati dan musyawarah juga sering dianjurkan bersama.

tinggal kita yang memberi jawabannya...
terima kasih.

al-basri said...

@NumB3R:
Saya membicarakan tentang ‘isu yang sudah selesai tapi masih ada kelompok kecil tidak berpuas hati dan mahu lebih dari itu’. Saya tidak pikir perang itu lebih Islamic dan mengikut Al-Quran, hanya kerana kelompok kecil yang tidak peka perkembangan terkini. Itu yang saya maksudkan, Maaf sob..saya juga bukan ahli agama untuk bicara hal ini. Saya cuma yakin Islam agama yang bersih dari kekerasan.

Saya juga mengatakan kita harus membedakan isu peribadi dan negara.
Contohnya; hampir setiap hari kotak komentar atau shoutmix saya menerima sumpah dan caci maki, hanya karna saya warga Malaysia. Tapi saya tidak akan menganggap Indonesia mencaci saya. Semua itu adalah kelakuan peribadi individu tertentu bukan masalah negara, karna memang tidak logik kalau saya kata ‘Indonesia mencaci’ saya.
Itu yang saya maksudkan secara berulang kali. saya juga tidak akan membalas cacian, karna bukan keperibadian saya begitu. Sebab itu saya tidak berkomentar tentang ‘Lagu Wali dibajak Malaysia’ saya memang tidak mengikuti sebarang provokatif.

Terima kasih Sobat

cahyadi said...

bagaimanapun kita adalah saudara yang semestinya saling dukung, saling menghormati dan saling menjaga satu sama lain... bukankah memang demikian seharusnya???

Martin Juanda said...

Ya, memang benar sekali, masalah negara memang sudah ada aturannya di undang-undang. Dan kita harus membedakan, mana masalah pribadi, antar-kelompok ataupun negara.

Tentang fakta yang sobat utarakan di artikel ini, kebetulan saya hanya tau beberapa saja, sedangkan sisanya (yg belum saya tau) masih saya cari kebenarannya, dan saya juga sedang mengumpulkan fakta-fakta sejarah yg menyangkut Indonesia dan Malaysia.

Saya tidak suka dengan orang2 yg mengedepankan emosinya, tanpa terlebih dahulu mencari tau kebenaran dalam suatu berita atau informasi. Yg terpenting jgn sampai kita membeberkan suatu berita tanpa adanya data2 yg kuat serta fakta kebenarannya.

Salam sobat,

al-basri said...

@cahyadi:
saya bangga dengan apa yang sobat maksudkan, karna itulah tujuan saya.
bagi mereka ingin bercakaran, kita tidak mampu menghalangnya.

setidaknya kita mulakan hubungan baik secara peribadi, itu sudah memadai sobat.

terima kasih atas masukan yang jernih.

al-basri said...

@NumB3R:
terima kasih sobat kerana memahami maksud saya.

data-data itu terdapat di Indonesia. pasti tidak sulit mencarinya.

terima kasih sobat

NURA said...

salam soba
trims sharingnya nich,,
kita dukung semua hubungan baik,,,
tidak ada perselisihan
karena ALLAH SWT ,menyukai perdamaian bukan perselisihan.

maaf kalau saya berkata keliru.

Rizkyzone said...

aq sepakat ama cahyadi... kayanya aq pernah coment disini tp kok g muncul ya.... apa coment aq d delete,, tau ah...

al-basri said...

@NURA:
itulah harapan kita
dalam mengamati semua isu.

tentang keliru, jika ada yang tidak benar mohon dibetulkan. karna itu adalah prinsip ilmu dan saya sebagai penulis.

terima kasih Mbak atas saran yang indah.

Seri Bahasa said...

apa pun kekeruhan diantara dua negara tetangga tak harus dilanjutkan. ini jelas dari hubungan para pemimpin kedua belah pihak yang masih akrab hingga sekarang. apa pun yang terjadi adalah salah anggapan dan di eksploitasi oleh pihak tertentu yang punya kepentingan peribadi, tanpa mengambil kira silaturrahim yang telah sekian lama terjalin diantara kedua belah negara.

secangkir teh dan sekerat roti said...

gak rusuh itu yang penting!

×÷·´¯`·.·•[ peace ]•·.·´¯`·÷× said...

To all WE LOVE PEACE ,setiap apa yang hidup didunia pastilah pernah berbuat lalai ataupun salah bukan mencari titik kebenaran semata tapi alangkah baiknya bila sama sama mau intropeksi diri,bila rakyat indonesia bersikukuh membela negaranya bukankah itu hal yang memang seharusnya sebagai generasi bangsa begitu pula dengan masyarakat Malaysia tentunya akan melakukan hal yang sama.Semoga perselisihan itu hanya sebuah catatan yang sudah saatnya untuk bahan pembelajaran bagi kita ngga harus setiap perselisihan di ahiri dengan pertikaian menang kalah tetap akan menimbulkan "bekas"mari bergandeng tangan menuju kedamaian.

Salam Persahabatan


indo15.blogspot.com with Acatrazz.blogspot.com

PEACE

Osi said...

Damai kayak dulu lagi .....
Semoga bisa terjadi untuk saat ini dan seterusnya.....

Cyntia said...

mendengar, melihat dan merasakan pertikaian antara Indonesia dan Malaysia bikin hati Tia sedih coz semua yang kenangan manis dulu seakan hilang tanpa bekas, berganti dengan kebecian dan dendam kesumat. Mama Tia pernah cerita tentang hubungan baik Indonesia Malaysia yang sempat terjalin mesra, sampe ada acara Titian Muhibah *bener nga sih kak??** Kalo sekarang jadi begini, entah siapa yang salah atau sebenarnya nga ada yang salah or mungkin keduanya salah??? yang jelas ada pihak yang diuntungkan dan menginginkan terjadinya konflik ini. Kita mustinya lebih waspada coz dimana ada asap pasti nanti ada api

Maaf kalo Tia ngomongnya ngawur.. cuman mo nyampaiin uneg2 ajah ..

Alba Endless said...

sesungguhnya kedamaian adalah keinginan yang sangat didamba oleh manusia dimuka bumi ini....

secara saya sebagai warga negara Indonesia pasti saya akan bela negara saya...

tapi secara manusia saya tak inginkan ada perselisihan...

saya senang berkawan dengan orang malaysia...
terkadang saya tertawa tertawa dan teman saya dari malaysia pun tertawa disaat saling sharing...kerana ada sedikit ketidakpahaman bahasa....tapi itu no problem lah....anggap saja sebagai jembatan untuk saling mengasihi sesama manusia.....

intinya saya tak inginkan ada perselisihan....

1. saya bangga denga Indonesia karena dia bangsa besar....bangsa yang merdeka dengan beribu darah dan sekian lama
2. saya bangga dengan malaysia...sebagai negara yang lebih baru merdeka dari indonesia tapi bisa lebih baik dan maju
3. saya bangga dengan indonesia dengan bhineka tunggal ika nya.......yang menyatukan semua ras, agama, suku dan cultur budaya
4. saya bangga dengan malaysia yang bisa menerima siapa saja untuk menjadi bagian dari bangsanya untuk memajukan negara
5. dan saya bangga bisa lahir dengan didunia dengan segala hal-hal yang terjadi antara malaysia dan indonesia, yang menjadikan saya berpikir lebih baik untuk kedepan dan berpikir untuk menyatukan dua negara ini

sebelumnya terima kasih sobat....

adnan said...

saya sangat sayang dua negara ini, indonesia dan malaysia sebab kita bersaudara, bersaudara dalam banyak hal, mulai dari agama sampai hal-hal yang terkecil, alangkah sayangnya jikalau hidup ini selalu diisi dengan permusuhan, saya yakin semua orang indonesia sayang pada orang malaysia begitupun sebaliknya, wassalam.

Dony said...

Emang bikin pusing perselisihan dua negara ini. Aku takutnya malah ada pihak ketiga yang sengaja mengadu domba dua negara berpenduduk muslim terbesar di dunia ini

Post a Comment

 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.