News Update :

Komputer dan Internet...

July 17, 2009

Salam Santai..., Hari ini kita telah melihat sendiri, terciptanya komputer dan kemudahan internet bukanlah untuk golongan tertentu sahaja. kalau dulu kita dengar sesetengah pihak beranggapan komputer adalah medium intelektual. meskipun mereka juga sedar komputer tercipta dengan ciri-ciri mesra pengguna, yang membolehkan siapa saja menguasai dan menggunakanya. komputer sudah pun menjadi keperluan umum seperti juga handphone. ia adalah medium informasi dan komunikasi sejagat. Desktop, Laptop dan Wireless tidak lagi asing buat makcik-makcik di kampung, contohnya di wilayah Mukah Sarawak; kemudahan wireless tersedia dengan begitu baik sekali, masyarakat setempat boleh mengakses internet dengan laptop ketika berada didapur. Sambil memasak lauk kegemaran, mereka juga sempat meninjau-ninjau isu semasa atau berita terkini di internet. Tahniah dan penghargaan haruslah diberi untuk DANAWA atas inisiatif mereka menyediakan kemudahan wireless, harapan masyarakat pasti inginkan kemudahan ini terus dipertingkat dan liputan diperhebat..
Share this Article on :

3 comments:

Anonymous said...

semoga danawa terus komited...tq

Anonymous said...

beruntunglah orang di bahagian mukah sebab sering diutamakan....??????

Anonymous said...

kenapa "beruntunglah orang di bahagian mukah sebab sering diutamakan....??????"-sedangkan kuching telah berkurun lama diutamakan-buta ke? atau sengaja membuta."MUKAH" baru di "wujudkan" hanya beberapa hari yang lalu!!!.

Post a Comment

 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.