Santai sejenak..
Sekali lagi rakyat Malaysia mulai berbahas sesama sendiri tentang kenaikan beberapa harga barang, seperti gula, minyak dan gas (LPG). Semua itu bermula dengan tindakan kerajaan untuk mengurangkan beban subsidi yang dikatakan berlebihan.
Lebih penting, penjimatan subsidi secara berperingkat akan mampu memberi imbangan yang positif terhadap defisit belanjawan dan difisit akaun semasa yang tidak kondusif untuk pertumbuhan ekonomi macro diwaktu mendatang.
Dari perspektif macro, kebijaksanaan pemerintah Indonesia dan pengorbanan rakyatnya adalah contoh terbaik bagaimana subsidi dikurangkan secara berperingkat. Meskipun dengan pertumbuhan yang sederhana dan perlahan, tapi itulah momentun kebangkitan ekonomi yang sangat meyakinkan dirantau ini.
Jangan lupa mengamati momentum kemelesetan yang mulai bergerak di beberapa negara eropah. Malaysia sebagai entiti ekonomi yang sangat bergantung pada pasang-surut ekonomi dunia, memang sewajarnya mengambil langkah awal untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Atau setidaknya, melaksanakan reformasi pemulihan terhadap jentera micro yang kurang agresif.
Mentaliti Subsidi
Keseluruhan nilai penjimatan subsidi oleh kerajaan adalah kecil berbanding beban defisit akaun semasa yang semakin melebar. Kesan pengurangan subsidi juga dijangka minima, jika tidak terdapat manipulasi oleh peniaga.
Namun kenaikan harga gula, petrol dan LPG telah membuat segelintir rakyat Malaysia terpancing emosi dan terbakar janggut. Semua itu kerana rakyat Malaysia memang tidak mampu melihat ekonomi tanpa sentiment politik, atau mungkin memang tidak tahu tentang proses ekonomi dalam sesebuah negara.
Malah seolah-olah, rakyat Malaysia beranggapan ekonomi negara sentiasa mencurah-curah dan mengalir serta datang melimpah seperti air. Maka tidak hairan, jika ditengah-tengah keadaan ekonomi yang lemah. ada pihak meminta subsidi, kenaikan gaji, bonus atau tunjangan tertentu.
Di Malaysia, pemerintah bukan sahaja mengawal dan memberi subsidi pada harga barang seperti petrol, LPG, minyak masak, tepung, ayam dan lain-lainnya. Malah harga ‘telur’ pun kerajaan terpaksa ‘control’ supaya rakyat Malaysia mampu membeli telur.
Mungkin inilah yang ‘menelurkan’ mentaliti subsidi yang keterlaluan. Anehnya, dalam kehidupan yang sangat bergantung pada bantuan dan subsidi kerajaan. Masih ada juga rakyat yang angkuh dan gemar mendabik dada.
Tongkat Sakti
Orang luar juga pasti tahu, rakyat Malaysia nampak megah dan tegak berdiri kerana ‘tongkat sakti’ dari pemerintah.
Di Singapore dan Thailand. ekonomi mereka banyak digerak oleh inisiatif rakyat dan pihak swasta. sedangkan di Malaysia, rakyat dan pihak swasta terus bergantung dan menunggu insentif dari kerajaan.
Di Singapore dan Thailand. ekonomi mereka banyak digerak oleh inisiatif rakyat dan pihak swasta. sedangkan di Malaysia, rakyat dan pihak swasta terus bergantung dan menunggu insentif dari kerajaan.
Dengan mentaliti subsidi dan tongkat sakti, berapa ramai rakyat Malaysia yang masuk Universiti atas dasar meritokrasi? Mereka mungkin lebih mengenali ‘kouta kronisme’ dan terus berjuang untuk itu. Kerana ‘isme’ itulah yang menjadi talian hayat agar bangsa melayu/bumiputra mampu berdiri dan bersaing dengan bangsa Cina dan India.
Tanpa tongkat dari pemerintah, mereka bukan sahaja tidak mampu berdiri. malah akan mengemis dibumi sendiri.
Ramai juga teman-teman saya diluar negara mengatakan; “bukanlah suatu yang istimewa di Malaysia, jika anak seorang petani miskin, nelayan atau driver teksi mampu belajar ke Amerika, UK, Canada, Australia atau New Zealand …”. semua itu kerana tongkat sakti yang diberikan oleh kerajaan.
Ada juga yang berkata; "hidup warga Malaysia kelihatan lebih mudah dan senang mendapat apa yang mereka mahu..." Mengapa tidak, dengan kos sara hidup di Malaysia yang relatif rendah, biaya pendidikan dan kesihatan yang murah kerana subsidi kerajaan. Ditambah lagi dengan tongkat sakti, maka semuanya nampak lebih senang dan lebih mudah berbanding rakyat lain di negara serantau.
Persoalannya, apakah rakyat Malaysia lebih peka tentang sepak terajang ekonomi? berbanding rakyat Singapore atau Thailand.
Sedangkan di Malaysia, setiap kali masalah ekonomi melanda negara. rakyat mulai meminta kenaikan gaji dan bonus sambil memaki hamun kerajaan yang memerintah. Jauh sekali untuk membicarakan soal ekonomi dengan bijak.
Kerana orang Malaysia cuma ada satu kecenderungan saja, iaitu poltik. Maka semuanya dilihat dari satu sudut pandang dan sentiment politik.
Seorang sahabat blogger di Australia pernah berkata, “orang Malaysia cenderung berpolitik sepanjang masa, makanya kurang ketrampilan dalam hal lain…”.
Lebih dari itu, Apakah subsidi dan tongkat sakti telah melemahkan daya fikir orang Malaysia? Atau memang, mentaliti subsidi dan tongkat sakti telah melahirkan generasi yang moron dan goblok?
Di sisi lain, seolah terbukti sikap “moron dan goblok” memang wujud dikalangan rakyat Malaysia. mereka mulai angkuh dan bangga dengan menggerakkan segala provokasi dalam masyarakat. Berbagai hasutan, sentiment kebencian dan perkauman telah dianjurkan keseluruh negara termasuk di 2 negeri autonomi Sabah dan Sarawak. yang dihuni lebih 30 etnik.
Peristiwa 1969, mungkin akan berulang dengan lebih dahsyat. Inilah bom waktu yang mereka lontarkan untuk kemusnahan negara Malaysia…
Semakin jelas, Mentaliti subsidi dan tongkat sakti telah mewujudkan kelompok rakyat yang moron dan goblok. hingga sanggup menganjurkan kemusnahan negara untuk kepentingan peribadi.
p/s: sekadar pendapat orang kampung yang tinggal diatas pohon sagu.
p/s: sekadar pendapat orang kampung yang tinggal diatas pohon sagu.
23 comments:
sebenarnya agak sukar untuk menentukan arah tuju malaysia buat masa ini. keadaan politik yang bercelaru serta tindakan yang kurang konsisten banyak mempengaruhi kehidupan rakyat malaysia.
hot theme sobat, politik saya tak begitu faham.. yang pasti di indonesia harga2 kebutuhan rakyat semakin naik, di lain sudut ramai artis berlomba2 dalam menduduki kursi politik di parlemen, demi membangun ekonomi negeri atau ekonomi rumah sendiri?saya juga tak mengerti.. :)
p/s: untuk kode metatag yg berbeza tak masalah.. bisa jua kode tsb ditambahkan diatas kode meta yang belum ada. keep spirit :)
ada puak yang merintih-rintih dan berang bila kerajaan terpaksa mengurangkan subsidi bagi menampung beban yang terpaksa ditanggung sebanyak berbilion ringgit dalam setahun. Harga barangan seperti gula, minyak, gas di pasaran global meningkat dari tahun ke tahun. Kita bukan lagi hidup di zaman seperti 10 tahun yang lalu.
@Seri Bahasa:
terima kasih atas pandangan sobat.
@alkatro:
saya juga membaca tentang kalangan artis yang berpolitik untuk jadi bupati. di Indonesia suasana ekonomi sebenarnya berbeda, ini kerana tekanan inflasi yang mengiringi pertumbuhan mapan. manakala di Malaysia masalah subsidi yang menjadi defisit.
soal politik, saya suka beranggapan. kalau kita tidak memperguna, kita akan diperguna. maka kita harus ambil bagian..
terima kasih atas pandangnya.
@google auto redirect link:
terima kasih bantuannya. jgn lupa minum susu kambing...haha
@Apai Ngelai:
puak-puak itulah yang saya maksudkan diatas. mereka seolah memperbodohkan rakyat dengan dengan keuntungan politik peribadi, tanpa melihat ekonomi secara menyeluruh.
terima kasih Apai.
p/s: entri saya kali ini nampak beremosi sikit..
@Pakies SM:
adakalanya kita harus melihat ekonomi tanpa sentimen politik, maka itulah pergorbanan. saya pasti orang Indonesia lebih memahami tentang pengorbanan.
ya, semoga enjoy blogging. terima kasih komentarnya.
Kita sebenarnya dah terlalu lama di dodoi dengan lena oleh subsidi kerajaan ni,sebab tu lah...bila kerajaan naik sikit harga barang dah mula buat macam2 spekulasi...hakikat sebenar ekonomi global dia orang tak tahu...riuh sekampung je tu..
@nbi@1523:
itulah kerja orang2 tolol di negara kita, dia orang tak boleh lihat tentang ekonomi. sikit2 nak berteriak..
terima kasih atas komen Dato', semoga sihat selalu
seharusnya di bedakan yg berpenghasilan tinggi tanpa subsidi..dan rakyat yg tak mampu yg mendapatkan subsidi agar semua dapat merasakan...
@etam grecek:
saya pasti itu yg sangat sulit dilaksanakan pemerintah, kerana pasti ada kesilapan yg mampu menimbulkan masalah lain.
terima kasih atas komentarnya
Tujuan sebenar subsidi adalah untuk rakyat yang tergolong dalam istilah kurang mampu (miskin)...tetapi tangan2 yang "panjang" dan mereka yang sudah kaya raya mengambil kesempatan di atas kebaikan kerajaan....maksudnya yang kaya akan terus menjadi semakin kaya dan yang kurang mampu akan terus 'terduduk' tanpa mampu berdiri sendiri..dan masih mengharapkan SUBSIDI...Siapa tak kenal "Raja Gula" kt Malaysia...bayangkanlah orang malaysia membeli gula dlm kuantiti yang sikit...Raja Gula tak kisah pun...sebab kerajaan tetap akan membeli gula dia...makin kaya lah dia....ADA AKU KISAH..hehehe
postingan yang sangat menarik sekali sahabat, sebenarnya hampir tidak jauh berbeda dengan di Indonesia dimana ketika subsidi mulai dikurangi oleh pemerintah-pun, rakyat banyak yg menjerit, dan harga2 barangpun cenderung melonjak, namun jauh yg penting bg rakyat adalah bagaimana Pemerintah dapat mengelola Pemerintahan ini secara baik dan bebas dari korupsi.
@nbi@1523;
'Raja gula' dah lama tak buat bisnes gula, cuma cenderung pada bisnes hartanah di beberapa negara (Hong kong, China, Canada dan Amerika).
terima kasih atas pandangan Dato'.
@BRI Jakarta Veteran:
ya, itu yang saya fahami. cuma Indonesia tidak mengalami defisit dalam belanja tahunan yg relatif rendah, malah kenaikan harga barang di Indonesia turut didorong oleh tekanan inflasi. ini berbeda dengan suasana defisit di Malaysia yg sedang membengkak kerana belanja yg tinggi.
benar sekali, memang sebagai rakyat kita berharap pengelolaan yg baik dari pemerintah.
SALAM ZIARAH AL BASRI..
syabas bro,
bukan nak tunjuk emosi, tetapi rakyat di Malaysia sepatutnya mencontohi Indonesia yang begitu bijak menangani kenaikan harga barang kawalan mereka dan mengelakkan pembaziran.
Rakyat Malaysia terlalu dimanjakan dan terlalu bergantung kepada subsidi kerajaan namun ramai di antara mereka menjadi kufur nikmat sehingga menjadi puak yang penentang dan meminta lebih... Inilah contoh moron dan goblok yang dimaksudkan dalam artikel ini..
Salam bro ,
ni untuk renungan kkhusus untuk diri saya.....
Kita perlu banyak belajar minta kepada ALLah dan mengurangkan minta pada mahluk..
Sebenarnya nak kira nikmat Allah MEMANG tak terkira...
Oleh kerana sifat 'tak syukur'maka Allah tarik 'nikmat' bila ni berlaku ,
Allah yang maha pemurah tetap bagi nikmat cuma kita tak dapat merasa pemberiannya itu,(nikmat dah ditarik)....hati akan berasa kosong dan sentiasa tak cukup.WAALLAH HUALAM..
sebenarnya sama saja tidak jauh berbeda dengan Indonesia walaupun sudah ada subsidi maupun dikurangi subsidi, tapi tetap saja kebutuhan ekonomi semakin lama semakin meningkat, memang maksud dan tujuan dari pemerintah baik dengan bersubsidi agar rakyat jangan sampai menderita terus akan kemiskinan. tapi kenyataannya...???
Betul, subsidi kerajaan bukan jalan penyelesaian bro.. Kinektok pun sidak pembangkang kononnya mauk sokong DAP, walaupun tau sidak ya nang sik akan ngarap mok meri free kat rakyat bumiputra tok
erima Kasih, Tulisan yang sangat membantu. Salam Sukses!
Post a Comment