News Update :

Jika Polis tak ambil pusing, Mau lapor pada siapa?

July 1, 2010

Bagi mereka yang duduk di kerusi empuk atau memiliki gelaran tertentu, mungkin merasakan pertanyaan  ini sangat bodoh dan dangkal. Lebih-lebih lagi kalau pertanyaan begini dilontar oleh rakyat biasa seperti saya yang tidak punya kepentingan politik.

Dalam negara yang mementingkan peraturan dan undang-undang, menjadi suatu yang sangat ironis dan mengecewakan jika kita masih tertanya-tanya ‘Mau lapor pada siapa?.

Sebenarnya semua orang tahu dimana tempat mengadu atau melaporkan suatu kejadian yang bersifat jenayah. Tapi bagaimana pula bila laporan dibuat, Jika Polis tak ambil pusing.

Berdasarkan data yang pernah didedahkan oleh pihak polis di sebuah media pada awal tahun ini. Kadar kes jenayah komersial di Sarawak meningkat berbanding kes-kes lain. Dan Bandar raya Kuching mencatatkan kes lebih tinggi dari Bandar-bandar lain.

Apakah Kuching lubuk penipu? Saya sempat bertanya sahabat saya yang menjadi mangsa penipuan di Kuching. Saya bertanya mengapa dia tidak melaporkan pada Polis, jawaban yang saya dapat memang sudah dijangka. “Polis tidak akan ambil pusing, kerana jumlah tidak banyak”.

Benarkah tidak ada undang-undang di Malaysia untuk mendakwa mereka yang menipu sejumlah RM1000, RM2000 atau RM3000. Apakah tafsiran penipuan cuma melibatkan duit berjuta-juta ringgit. Benarkah? Jika benar, para penipu tentunya boleh tersenyum santai, sambil mencari mangsa selanjutnya.

Saya yakin tiada siapa setuju dengan tanggapan diatas. tapi bagaimana pula jika aduan sudah dibuat, Polis tak ambil pusing. Harus ke mana?

Hal ini terjadi pada saudara saya dengan jumlah yang bukan sedikit. Setelah hampir 1 tahun laporan dibuat namun tidak ada apa-apa tindakan dari Polis. Yang pasti duit telah lesap ditipu, dan penipu tersebut boleh terus tersenyum sambil membayangkan dia lebih bijak. Penipu ini pasti sangat bertuah hidup di Kuching, bukan sahaja boleh meneruskan penipuan lain. Tapi juga boleh membuat tempahan baju dari pihak Polis.

Anggota Polis berkenaan tentunya ada jawaban standard, ‘masih dalam siasatan’ atau ‘tunggu surat dari kami’. dan akhirnya nanti ‘kes terpinggir’ atau ‘tiada kes’. Jika kita bertindak sendiri, itulah kesalahan yang paling jelas. Bukan penipuan itu tadi.

Mau lapor pada siapa? setelah tertipu terasa pula diperbodoh dengan dengan alasan-alasan lain. Mahu atau tidak, Media dan Organisasi politik adalah pilihan untuk mengangkat isu seperti ini ke permukaan agar undang-undang boleh berfungsi.

Jika teman-teman ada jawaban lain, sila email pada saya di rm.taiko@gmail.com

“Artikel ini adalah specific tentang anggota yang terlibat dan tidak mencermin keseluruhan sikap, prinsip atau Jabatan Polis DiRaja Malaysia”
Share this Article on :

4 comments:

Ali Abdullah said...

salam bro.. Kes jenayah kecil dan sederhana kat swak ni masih lagi boleh dibaca dalam berita pagi.. Tapi kat KL kena pilih yang paling berat pasal terlampau banyak. Itu belum lagi kes anak dara sunti lari ikut boifren pegi kawin kat indon.
Polis memang kena aktif,cuma bagi kita jangan sesekali mengharapkan pihak pembangkang untuk bawa isu ni. Bukan diorang nak bantu tapi nak hilangkan terus institusi kepolisan dalam negara kita.

Bro, saya nak kontek bro. saya nak kumpul blogger swak.. email kat profile bro tu aktif tak?

Indahnya Kebersamaan said...

Aku lapor nyokap adja teman

al-basri said...

@Apai Ngelai:
terima kasih pandangan Apai, cuma hal saya tulis diatas agak menarik perhatian saya.
Polis pula boleh bersenang-senang dengan penipu ini, sedangkan yang tertipu tertanya-tanya.
ini kisah penipu yang ada hubungan baik dengan Polis...

ya, email saya aktif. cuma jarang bukak..hehe
menarik cadangan tu, saya berminat nak ikut.
terima kasih sekali lagi

al-basri said...

@indahnya kebersamaan:
haha.. bisa aja sob.
terima kasih masukannya.

Post a Comment

 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.