Salam tahun baru buat semua,
Nampaknya sempena menyambut tahun baru 2010, semenanjung tanah melayu sangat meriah dengan acara tradisi iaitu "berteriak dan demonstrasi disana sini". kononnya mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara, ironisnya tiada siapa yang mempersoal agama Islam sebagai agama rasmi. yang mana sudah termaktub dalam perlembagaan persekutuan. namun itulah diantara ayat-ayat sarkastik yang mereka jeritkan... memang KL sering menjerit.
Berdasarkan 'jeritan' mereka yang disiarkan di TV atau suratkabar, mereka mengatakan kedaulatan agama Islam sedang dicabar. malah seorang 'ahli teriak'atau demonstrator dengan gaya dan nada yang berapi-api mengatakan perkataan "Allah" adalah hak mutlak mereka. maka orang agama lain tidak layak menggunakannya.
Semua retorik dan aksi sarkastik ini bermula setelah Mahkamah Tinggi membuat keputusan mengizinkan penganut Kristian menggunakan perkataan "Allah" dalam risalah dan majalah mereka. kerana mereka juga percaya Allah adalah Tuhan, berdasarkan Kitab suci agama Kristian. namun tanggapan itu sama sekali tidak diterima oleh masyarakat melayu Islam . Mungkin Kerana 'kebiasaan'orang melayu yang gemar menuntut hak dan mudah merasakan lebih berhak dalam banyak perkara, maka dalam hal ini terlepas juga perkataan 'hak mutlak' dari mulut mereka.
Disisi lain saya tertanya, apakah kelompok melayu ini memiliki permit Polis untuk berteriak dijalanan. bukankah demonstrasi menyalahi undang-undang dan mengganggu ketenteraman awam. Tapi tiada berita tentang sesiapa yang ditahan, mungkin juga mereka berdemonstrasi diceruk-ceruk yang tak dapat dilihat oleh polis. hanya Upin dan Ipin yang tau...
Apakah perkataan "Allah" cuma hak melayu Islam di Malaysia?, Pendapat orang yang tidak berpendidikan agama dan bukan berketurunan melayu seperti saya pasti berbeda. Namun sebagai orang Islam yang sederhana, saya suka melihat isu ini secara akademik; berdasarkan fakta dan falsafah Islam itu sendiri. Orang Kristian menganggap Allah sebagai Tuhan, bukannya bermaksud mereka merendahkan Islam. Itu cuma betapa salahnya tanggapan kita, Tidakkah kita melihat jalur kebersamaan ada disana?
Negara Islam yang besar seperti Arab dan Indonesia, tidak juga mempersoal perkataan "Allah" digunakan masyarakat Kristian dalam kitab Injil/Bible mereka. Tidak pernah kita dengar orang Islam di Arab atau di Indonesia mengatakan pegangan agama mereka terganggu hanya disebabkan orang Kristian mengatakan Allah adalah Tuhan mereka. Malah tidak timbul soal hak mutlak atau 'exclusive'. Ini sangat berbeda dengan orang melayu di Malaysia. Masalahnya disini adalah kerana 'kebiasaan' yang salah dan pengetahuan sejarah yang amat lemah.
Masyarakat Kristian di dunia Arab memang menganggap Allah sebagai Tuhan, dan tertulis dalam kitab suci mereka. Arab Kristian menggunakan Allah dalam terjemahan Bible Arab untuk Eloah, Elohim dari bahasa Ibrani ke bahasa Arab sebagai Allah. Allah bagi Arab Kristian bermakna Elohim iaitu merujuk kepada makna Elohim dari Bible Kristian. Dan perkataan Allah ini adalah telah lama di gunakan oleh Arab Kristian. Pada hari ini Arab mempunyai kira-kira 25 juta penganut Kristian, mereka menggunakan Allah sebagai terjemahan dari Bible sejak berzaman.
Bagi saya, hal ini bertolak dari kedangkalan melayu Islam itu sendiri. Apakah mungkin untuk mengubah kepercayaan masyarakat Kristian terhadap Allah yang dimaksudkan dalam kitab mereka. Menjadi suatu yang sangat sensitif dan provokatif jika kita mahu menghentikan orang Kristian menyebut nama Allah, sedangkan kalimah itu sudah tertulis dalam Kitab suci mereka sejak berzaman. Masalahnya adalah pengetahuan am dikalangan masyarakat melayu Islam yang tidak menjangkau ke tahap itu, karna didukung oleh sikap "percaya diri" dan rasa "berhak" yang keterlaluan.
Apakah bagi melayu Islam di Malaysia, pegangan agama mereka akan goyah, dan akidah mereka akan terpesong. sekiranya ada agama lain menganggap 'Allah' sebagai Tuhan. Elok juga mereka bertanya pada diri, apakah orang lain akan tertarik pada Islam jika sikap dan tingkahlaku begini yang tunjukkan. Islam bukanlah agama yang sempit dan mengasingkan, tapi Islam adalah agama harmonis dan mampu menyatukan semua. Justeru wajarkah dihalang orang lain untuk menghargai sebahagian darinya, sedangkan Islam adalah hak seluruh umat manusia.
Selamat Sejahtera,
saya teringat lagu Agnes Monica "Allah Peduli"






