News Update :
Showing posts with label INTERNET. Show all posts
Showing posts with label INTERNET. Show all posts

6 KOTA INTERNET TERBAIK DUNIA

May 4, 2010

1. Seoul, Korea Selatan.
Seoul dengan populasi 10 juta orang adalah satu-satunya Kota di dunia yang menggunakan Digital Multimedia Broadcasting MB, Digital TV, WiBro dan wayarles berkelajuan tinggi. Seoul menduduki peringkat pertama untuk Digital Opportunity Index, dengan penggunaan internet bagi setiap isi rumah sehingga 83%. Akses Internet mereka 10 kali lebih cepat daripada yang ditawarkan ketika ini.

2. Amsterdan, Belanda
Amsterdam adalah Kota yang mempunyai sambungan Internet terbaik di Eropah Barat dan antara yang terbaik di dunia. Penggunaan internet bagi isi rumah di Amsterdam adalah sekitar 80%.

3. Singapore.
Singapore adalah negara ke-5 terkaya di dunia, Singapura juga merupakan negara yang dianggap sebagai “Empat Harimau Asia” bersama Hong Kong, Korea Selatan dan Taiwan. Singapura turut mempunyai akses Internet antara yang terbaik di dunia ditambah lagi dengan infrastruktur telekomunikasi yang bertaraf dunia.

4. Hong Kong, China.
Hong Kong bukan sahaja merupakan pusat kewangan terkenal di kawasan Asia-Pasifik, tapi juga terkenal dengan akses internet yang cepat, stabil dan sangat murah.

5. Seattle, Amerika
Seattle adalah kota yang mempunyai akses internet terbaik di Amerika. Malah Amazon.com dan Microsoft turut bekerjasama untuk tujuan tersebut.

6. Tallinn, Estonia.
Merupakan kota yang mempunyai akses internet yang terbaik bagi negara-negara di Eropah Timur. Sering dianggap sebagai Kota Kuno, namun sebaliknya Tallinn juga merupakan Cyber City di benua Eropah. Hampir setiap sudut kota ini memiliki akses internet, Sesetengah pihak menganggap service internet di kota tersebut sebagai 'gila’. Kerana intenet bukan sahaja menjadi kemestian dalam segala urusan di kota Tallinn tetapi yang lebih dahsyat semua akses internet adalah FREE!!!

# Jika tempat kita tidak termasuk dalam senarai 6 di dunia, mungkin tempat kita berada dalam kategori International 'Interplanet' bersama-sama dengan Alien. hahaha... semoga ceria hari ini.

F1 MALAYSIA 2010 DAN INTERNET 'SUPER KURA-KURA'

April 2, 2010

Bagi peminat F1 - Formula One di Malaysia, Inilah minggu yang dinanti-nantikan. Petronas Malaysian Grand Prix 2010 bermula hari ini pada 2 hingga 4 April 2010, di Sepang International Circuit (SIC) Malaysia. Kemeriahan dan keterujaan terhadap acara ini dapat dibayangkan, kerana kembalinya Micheal Schumacher menyertai sukan yang paling mahal dan paling berprestij didunia. Micheal Schumacher yang juga dianggap sebagai lagenda F1, sebelum ini pernah menjadi juara dunia sebanyak 7 kali.

Untuk warga Malaysia, F1 kali ini memiliki aura patriotisme  tersendiri dengan penyertaan Lotus sebagai  Malaysian Team. Pastinya penyertaaan Malaysian Team bukan sekadar dilihat sebagai satu perlumbaan, tetapi juga membawa usaha pengukuhan Promotion, Branding, Research and Development (R&D), Technology,  Kerjasama Pintar, Pendidikan dan Tourism.  

2010 adalah tahun ke -11 Malaysia menganjurkan sukan Formula One, dan beberapa kali diakui FIA sebagai penganjur terbaik. Semua kejayaan itu didukung oleh kemudahan infrastruktur yang moden dan lengkap, selain ciri-ciri keselamatan serta logistic.

Bila mengintai kemudahan infrastruktur yang moden dan lengkap dari sisi lain,  Bagi sesiapa rakyat Malaysia yang sudah menggunakan internet sejak tahun 90an, pastinya ada sedikit persoalan tentang kelajuan akses internet di Malaysia. Waktu dulu, lantaran masih baru tentang Cyber World, pasti tiada siapa mempersoal kelajuan internet di Malaysia. Tapi sekarang bagaimana? 

Jika dibandingkan kelajuan internet pada waktu dulu dan kini, rasanya tidak banyak perbedaan. sedangkan Coverage dan kemudahan internet amat meluas di Malaysia. Meskipun WiMAX cuma ada di Bandar-bandar utama, tetapi di ceruk kampung. seperti kampung saya turut terdapat akses Broadband, WiFi atau yang lainya.

Sambil berfikir positif demi kemajuan bersama, tidak keterlaluan untuk  membanding kelajuan internet di Malaysia dengan Korea Selatan, kerana Korea Selatan adalah negara seangkatan dengan Malaysia yang bangkit dengan cepat dari kejatuhan ekonomi pada tahun 90an. Tapi nampaknya kita tidak cepat dalam hal akses internet.

Kecepatan atau kelajuan internet yang ada di Korea Selatan pada waktu ini, boleh saja digelar ‘super cheetah’ jika dibandingkan dengan kita yang masih pada tahap ‘super kura-kura’. Jika di zaman saya belajar, akses internet pada kelajuan ‘kura-kura’ mungkin tidak disedari. Kerana tidak banyak yang boleh mendukung kreativiti, selain surfing dan MIRC, malah Google pun belum wujud, apalagi ‘mukabuku’(Facebook).

Yang menyebabkan kita sekadar berganjak dari tahap ‘kura-kura’ ke ‘super kura-kura’, bukan kerana tidak ada usaha ke arah kemajuan. tapi oleh ketidakseimbangan infrastruktur yang mendukung aplikasi kecepatan internet. Inilah yang menyebabkan standard kecepatan internet tidak menentu, selain persaingan oleh syarikat penyedia kemudahan internet yang belum merata.

Saya yakin, kerajaan juga menyedari hal ini. semoga Broadband (HSBB) yang baru dilancarkan kerajaan, dapat membawa cerita baru tentang internet ‘super kura-kura’. Jikapun tidak secepat ‘super cheetah’, setidaknya rakyat Malaysia dapat menikmati kecepatan baru ‘super penyu’. Sudah tentu dengan kecepatan internet ‘super penyu’ dapat menelurkan kreativiti yang lebih baik buat warga Malaysia

Jangan saja kecepatan yang baru itu nanti menjadi ‘lompat siKatak lompat’, yang menyebabkan akses internet sering terputus-putus. Kerana internet bukan lagi sekadar media, internet adalah wahana kreativiti dan sumber ilmu. 

Teknologi internet, Seperti juga dalam Formula One. Jika ingin maju, sememangnya kita harus terus belajar, berteman, mencontohi dan bekerjasama dengan mereka yang lebih maju. 

Salam 'super' untuk semua
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.