Bagi peminat F1 - Formula One di Malaysia, Inilah minggu yang dinanti-nantikan. Petronas Malaysian Grand Prix 2010 bermula hari ini pada 2 hingga 4 April 2010, di Sepang International Circuit (SIC) Malaysia . Kemeriahan dan keterujaan terhadap acara ini dapat dibayangkan, kerana kembalinya Micheal Schumacher menyertai sukan yang paling mahal dan paling berprestij didunia. Micheal Schumacher yang juga dianggap sebagai lagenda F1, sebelum ini pernah menjadi juara dunia sebanyak 7 kali.
Untuk warga Malaysia , F1 kali ini memiliki aura patriotisme tersendiri dengan penyertaan Lotus sebagai Malaysian Team. Pastinya penyertaaan Malaysian Team bukan sekadar dilihat sebagai satu perlumbaan, tetapi juga membawa usaha pengukuhan Promotion, Branding, Research and Development (R&D), Technology, Kerjasama Pintar, Pendidikan dan Tourism.
2010 adalah tahun ke -11 Malaysia menganjurkan sukan Formula One, dan beberapa kali diakui FIA sebagai penganjur terbaik. Semua kejayaan itu didukung oleh kemudahan infrastruktur yang moden dan lengkap, selain ciri-ciri keselamatan serta logistic.
Bila mengintai kemudahan infrastruktur yang moden dan lengkap dari sisi lain, Bagi sesiapa rakyat Malaysia yang sudah menggunakan internet sejak tahun 90an, pastinya ada sedikit persoalan tentang kelajuan akses internet di Malaysia . Waktu dulu, lantaran masih baru tentang Cyber World, pasti tiada siapa mempersoal kelajuan internet di Malaysia . Tapi sekarang bagaimana?
Jika dibandingkan kelajuan internet pada waktu dulu dan kini, rasanya tidak banyak perbedaan. sedangkan Coverage dan kemudahan internet amat meluas di Malaysia . Meskipun WiMAX cuma ada di Bandar-bandar utama, tetapi di ceruk kampung. seperti kampung saya turut terdapat akses Broadband, WiFi atau yang lainya.
Sambil berfikir positif demi kemajuan bersama, tidak keterlaluan untuk membanding kelajuan internet di Malaysia dengan Korea Selatan, kerana Korea Selatan adalah negara seangkatan dengan Malaysia yang bangkit dengan cepat dari kejatuhan ekonomi pada tahun 90an. Tapi nampaknya kita tidak cepat dalam hal akses internet.
Kecepatan atau kelajuan internet yang ada di Korea Selatan pada waktu ini, boleh saja digelar ‘super cheetah’ jika dibandingkan dengan kita yang masih pada tahap ‘super kura-kura’. Jika di zaman saya belajar, akses internet pada kelajuan ‘kura-kura’ mungkin tidak disedari. Kerana tidak banyak yang boleh mendukung kreativiti, selain surfing dan MIRC, malah Google pun belum wujud, apalagi ‘mukabuku’(Facebook).
Yang menyebabkan kita sekadar berganjak dari tahap ‘kura-kura’ ke ‘super kura-kura’, bukan kerana tidak ada usaha ke arah kemajuan. tapi oleh ketidakseimbangan infrastruktur yang mendukung aplikasi kecepatan internet. Inilah yang menyebabkan standard kecepatan internet tidak menentu, selain persaingan oleh syarikat penyedia kemudahan internet yang belum merata.
Saya yakin, kerajaan juga menyedari hal ini. semoga Broadband (HSBB) yang baru dilancarkan kerajaan, dapat membawa cerita baru tentang internet ‘super kura-kura’. Jikapun tidak secepat ‘super cheetah’, setidaknya rakyat Malaysia dapat menikmati kecepatan baru ‘super penyu’. Sudah tentu dengan kecepatan internet ‘super penyu’ dapat menelurkan kreativiti yang lebih baik buat warga Malaysia .
Jangan saja kecepatan yang baru itu nanti menjadi ‘lompat siKatak lompat’, yang menyebabkan akses internet sering terputus-putus. Kerana internet bukan lagi sekadar media, internet adalah wahana kreativiti dan sumber ilmu.
Teknologi internet, Seperti juga dalam Formula One. Jika ingin maju, sememangnya kita harus terus belajar, berteman, mencontohi dan bekerjasama dengan mereka yang lebih maju.
Salam 'super' untuk semua
Salam 'super' untuk semua






