News Update :

Beli Domain Murah di Namecheap

September 22, 2010

Salam buat teman-teman,
Lama juga saya tak update blog ini, maklum saya ada beberapa blog lain (iklan adsense) yang aktif .  Baru sempat buka email dan terjumpa berita baik dari Namecheap.
 
We at Namecheap are pleased to announce that for the rest of the month, we're running our lowest price promotion EVER. Now, you can register a new .COM, .NET, or .ORG domain for an amazing low price of $5.99. Transfer any domain to Namecheap for the low price of $4.99. We'll even cover the ICANN fees!

As you know, we really appreciate each and every one of our customers, and this is just one of our many ways of saying thanks. 

Buy or transfer as many domain names as you wish to Namecheap under this special limited time offer, and reap the benefits of 24/7/365 friendly and reliable support, free WhoisGuard for the first year, free URL and email forwarding, custom nameserver registrations, an advanced control panel, and much much more. Just use coupon code SAVEBIG when you register or transfer your domain.

As always, thanks for being a valued customer.

With gratitude,
The Namecheap Team

Mungkin ada teman-teman yang berminat nak beli Domain sendiri dengan harga yang murah termasuk pakej menarik yang di tawarkan diatas. Jangan lupa, untuk mendapatkan harga tersebut sila gunakan Coupon Code SAVEBIG dan beli disini. LINK

Promosi ini sah sepanjang bulan september. Selain kad kredit dan paypal, kad debit juga boleh digunakan untuk membeli di Namecheap. itu menurut mereka yang berpengalaman, saya tak tahu...haha

Salam ketupat

VIDEO: Sejenak Menonton Upin dan Ipin

September 2, 2010

VIDEO TERKINI 

UPIN & IPIN 2010 - Ramadhan Kembali Lagi (part 5)



UPIN & IPIN 2010 - Ramadhan Kembali Lagi (part 4)

credit to Les' Copaque

Upin dan Ipin kebanggaan untuk bangsa Melayu

August 28, 2010

Salam buat semua,

Berbicara tentang kartun animasi Upin dan Ipin, dan pencapaiannya. tentu sekali mengundang senyum untuk bangsa melayu di Malaysia.

upin ipin

Animasi Upin dan Ipin bukan sahaja lahir dari tangan kreatif anak muda melayu. Malah kejayaan ini juga adalah hasil keberanian dan kesungguhan usahawan melayu, Hj. Burhanuddin Md Radzi dengan mengambil risiko untuk terjun ke dalam bidang yang sungguh asing ini.

Bangsa melayu di Malaysia yang membesar dan terdidik dengan kritikan sebagai bangsa yang tidak berdaya saing. Akhirnya membuktikan bangsa melayu, telah mampu mencipta satu fenomenal dalam dunia animasi 3D. Justeru melayu bukan sekadar ‘hanya menikmati’ atau ‘hanya mampu memuji’ karya orang lain, tapi sudah mencipta untuk dinikmati bangsa lain pula.

Pencapaian bangsa melayu di negara lain tentu lebih hebat, dan mungkin sudah memiliki pelbagai kejayaan besar. Namun bagi bangsa melayu di Malaysia, animasi Upin dan Ipin adalah langkah permulaan yang besar untuk menempah jalan yang lebih jauh dalam dunia animasi.


upin ipin 2


Kerjasama Les’ Copaque dan Disney Channel telah menyaksikan siri animasi 3D Upin dan Ipin serta filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan di 17 negara Asia Tenggara dan Korea. Kerjasama tersebut juga turut membuka ruang untuk pasaran Eropah.

Meskipun saya bukan berbangsa melayu, tapi sebagai rakyat Malaysia saya tumpang bangga dengan pencapaian kartun animasi Upin dan Ipin serta warga kerja Les’ Copaque. Lebih dari itu, animasi Upin dan Ipin turut mendukung kerukunan hidup berbagai bangsa dalam 1Malaysia.

upin ipin 3

Sudi atau tidak, kita harus mengakui filem animasi Upin dan Ipin telah bergerak ke pentas dunia. Sekaligus memberi ruang persaingan yang cukup sihat untuk industri animasi 3D di Malaysia.

p/s:  menjadi warga Malaysia, tidak membunuh identiti bangsa saya. 


Credit: semua gambar adalah milik dan  hakcipta  Les’ Copaque

Pembunuhan Bayi dan Alasan yang tidak Bertamadun

August 18, 2010

Salam Ramadhan...
Entah sampai bila pembunuhan bayi akan terhenti?

Agama sudah ada, pendidikan sudah ada, dan undang-undang pun sudah jelas untuk menghukum mereka yang terlibat. Tapi tetap saja bayi dianggap seolah sampah dan dicampakkan semahunya, Apakah kita sedang kembali di zaman jahiliah?

Terkini, kerajaan telah memutuskan setiap kes buang bayi akan disiasat  sebagai kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati. Dan cubaan  membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Lihatlah betapa kejamnya perbuatan ini.
mereka bukan saja tidak merasa bersalah membunuh bayi, 
malah dengan bangga mengutarakan alasan bodoh yang tidak bertamadun.


Mereka kata, ini salah kerajaan atau pemerintah...

 mereka kata,  ini salah Yahudi...


mereka kata, ini salah Israel...

Mereka juga akan berkata itu salah Amerika. 

Sungguh manis semua alasan itu, jelas sekali inilah contoh alasan manusia yang tidak berpendirian dan tidak bertamadun hidup dibumi Malaysia.

Tidakkah kita mahu belajar menyalahkan diri? Tidakkah kita tahu bahwa membunuh bayi itu sangat kejam? Andaikata suatu hari pembunuh bayi akan di hukum mati, Tidak mengejutkan pula  ada kelompok tertentu berteriak dijalanan untuk memperjuangkan hak asasi manusia. 

Jika inilah sikap dan pendirian warga Malaysia terhadap suatu kebejatan. Tidak menghairankan jika suatu hari  para pembunuh, perompak, penyamun, pencuri, perogol maupun penghisap ganja akan berdemontrasi dan menjerit dijalanan demi memperjuangkan hak mereka untuk membunuh, memperkosa dan sebagainya.

Kerana bagi mereka, semua itu bukan kesalahan diri. tapi salah Pemerintah, salah Yahudi atau apapun alasan yang lebih menguntungkan. Di Malaysia, sentiasa ada guru untuk berfikir seperti itu.

Sebenarnya cuma satu yang kita butuhkan, belajar menyalahkan diri...

Salam Ramadhan

August 10, 2010

Salam Ramadhan serta Selamat Berpuasa untuk teman-teman dan semua pengunjung blog Santai Sejenak yang beragama Islam. 

Semoga persahabatan, persaudaraan dan silatulrahim antara kita semua akan selalu dirahmati-Nya.





Dengan rendah hati...
al-basri
 

© Copyright al-basri 2010 -2011 | Design by Herdiansyah Hamzah | Published by Borneo Templates | Powered by Blogger.com.